Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t.

dan salam sejahtera

Yang Berbahagia, Dr. Muhammad bin Abdul Rahman, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik; Yang Berusaha, Dr. Mahmud bin Yahya, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik; Yang Berusaha, Ustaz Muaaz bin Muhammad, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar;

Ketua-ketua Jabatan; Ketua-ketua Unit; Para pensyarah; Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014; seterusnya rakan-rakan guru pelatih yang dikasihi sekalian. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, dapatlah kita sama-sama berkumpul di dalam Dewan

Serbaguna dan seterusnya, membenarkan kita bersama-sama dalam satu majlis yang bakal melakarkan sejarahnya yang tersendiri dalam catatan kenangan IPG Kampus Pendidikan Teknik iaitu Majlis Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi sesi 2013/2014 buat julung kalinya di kampus baru ini. Sebagai pemimpin pelajar yang dipilih, saya mengharapkan JPP kali ini akan terus mengekalkan semangat kerja berpasukan yang diamalkan sebelum ini. Saya juga

menyeru agar anda, JPP akan menjadi barisan pemimpin yang mesra pelajar serta mudah didekati. Selain itu, tanggungjawab anda selepas dilantik adalah semakin bertambah. Hal ini kerana, selain dari tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri, anda juga sebenarnya memegang amanah untuk melaksanakan

tanggungjawab kepada semua guru pelatih yang telah memilih anda sebagai pemimpin mereka. Tentunya harapan mereka, agar anda akan memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada mereka. Oleh itu, diharapkan agar semua JPP telah

menyiapkan diri secara mental dan juga fizikal. Pada masa yang sama, kerjasama daripada pihak pengurusan IPG juga amatlah digalakkan agar kepimpinan JPP sesi 2013/2014 akan lebih menyinar. Dalam pada itu, kita sedia maklum bahawa tugas guru bukan sahaja terhad iaitu mengajar di dalam bilik darjah, malah, seorang guru yang serba boleh harus mesra masyarakat. Jadi, kami mencadangkan agar pada tahun ini kita dapat menjalinkan silaturrahim dengan masyarakat diluar sana melalui aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan. Sehubungan itu, untuk merealisasikan impian ini, kerjasama dan sokongan bukan sahaja daripada pihak guru pelatih, malah daripada pihak pengurusan juga amatlah diperlukan. Sesungguhnya, melalui aktiviti yang sedemikian, ianya mampu meningkatkan sahsiah kita ke tahap yang lebih cemerlang. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kepimpinan JPP sesi 2012/2013 yang telah berjaya melaksanakan

tanggungjawab dan amanah dengan cemerlang sepanjang tempoh lantikan mereka. Buat kepimpinan JPP sesi 2013/2014, saya ingin mengucapkan selamat berkhidmat. Semoga barisan kepimpinan baru ini akan lebih menyerlah serta fokus dengan matlamat dan perancangan yang dibuat. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya titipkan buat Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melaksanakan proses pemilihan pemimpin pelajar ini. Semoga apa yang telah dilaksanakan ini akan menjadi permulaan yang baik buat kita semua. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai