Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Sesungguhnya aku memohon kepadaMu, Kau permudahkan urusanku

sepanjang bergelar hambaMu, Yang kini berjuang sebagai pendidik demi mencari rezeki halalMu. Ya Allah, Kau perindahkan bahasaku, Permudahkan tutur kataku, Agar apa yang aku sampaikan kepada anak didikku, Mudah untuk diterima oleh semua, Menjadi ilmu bermanfaat buat mereka. Ya Allah, Andai aku pernah menggores perasaan hati anak didikku, Kau ampunkanlah dosaku, Kerana aku adalah selemah-lemah dan sehina-hina insan, Yang kadangkala memenangkan emosi berbanding akal. Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hatiku, Agar dapat menerima mereka seadanya, Melihat kekurangan anak didikku sebagai satu kelebihan, Yang boleh aku bangunkan untuk ke hadapan, Pejuang bangsa dan agama.

Anda mungkin juga menyukai