Anda di halaman 1dari 3

Borang Pertandingan Seni Khat 2012 - Pertandingan Seni Khat Haji Wan Salleh Fathi (Tokoh Khat Maahad

Muhammadi)

Akhirnya borang pertandingan yang kita tunggu dah keluar!

Pertandingan Khat Peringkat Kebangsaan ini akan diadakan sempena sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi pada 31hb Mac 2012 hari Sabtu bertempat di Dewan C Maahad Muhammadi Perempuan jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Ia dinamakan Pertandingan Seni Khat Haji Wan Salleh Fathi bagi memperingati Tokoh Khat Maahad Muhammadi. Suatu Seminar Khat juga akan diadakan di Dewan Fatimah Maahad Muhammadi Perempuan pada 1 April 2012 hari Ahad jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Syarat-Syarat Pertandingan

Terbuka kepada warganegara Malaysia Penyertaan terhad kepada 100 orang terawal bagi setiap kategori Peserta hendaklah membawa peralatan sendiri, kertas disediakan penganjur. Setiap karya yang dihasilkan hendaklah mengandungi semua jenis khat dan ayat yang

telah ditetapkan oleh kategori masing-masing

Bahan rujukan dan lakaran tidak dibenarkan masuk ke dewan.

Karya yang tidak mengikut kaedah, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat akan ditolak Semua karya pemenang menjadi milik penganjur Penghakiman berdasarkan kaedah khat yang muktabar, susunan huruf, kreativiti,

kebersihan dan keseimbangan huruf

Penyertaan pertandingan atau seminar khat adalah percuma dan perbelanjaan penyertaan

ditanggung sendiri oleh peserta.

Peserta hendaklah membuat latihan awal dengan ayat yang telah ditetapkan sebelum

menghadiri pertandingan

Keputusan hakim adalah muktamad

Kategori pertandingan Remaja (18 tahun ke bawah) 1. Bahan : kertas 2. Saiz kertas: A2 (23.4 inci x 33 inci) 3. Jenis tulisan khat: Naskh, Thuluth dan Riq'ah 4. Dakwat: Hitam sahaja 5. Masa: 3 jam 6. Ayat : 1-5 Surah Al-Alaq Dewasa ( 18 tahun ke atas) 1. Bahan: kertas 2. Saiz kertas: A2 (23.4 x 33 inci) 3. Jenis tulisan khat: Naskh, Thuluth, Diwani dan Farisi 4. Dakwat: Hitam sahaja 5. Masa: 3 jam 6. Ayat: 27-28 Surah Al-Fathir

Hadiah Menarik menanti para peserta:

Kategori Remaja: Johan: RM1,500.00 serta Sijil Penyertaan Naib Johan: RM1,000.00 serta Sijil Penyertaan Tempat Ketiga: RM500.00 serta Sijil Penyertaan 3 Saguhati: RM200.00 serta Sijil Penyertaan Kategori Dewasa: Johan : RM3,000.00 serta Sijil Penyertaan Naib Johan : RM2,000.00 serta Sijil Penyertaan Tempat Ketiga: RM1,000.00 serta Sijil Penyertaan 3 Saguhati : RM400.00 serta Sijil Penyertaan Borang penyertaan boleh didapati dan diserahkan sebelum atau pada 29 Mac 2012 ke alamat berikut: Urusetia Pertandingan Seni Khat d/a Maahad Muhammadi Perempuan, Jalan Merbau, 15000 Kota Bharu, Kelantan. (u/p: Puan Siti Masaliny Ismail) Sekiranya ada sebarang pertanyaan anda bolehlah menghubungi Galeri Khat 09-

7430953, Ustaz Nik Abdul Rahman bin Dato Nik Abdul Kadir (013-9287197) atau anda boleh Faks kepada Galeri Khat 09-7430953.

Anda mungkin juga menyukai