Anda di halaman 1dari 10

2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum 21. Konsep Kurikulum Mengajar apa?

Soalan ini berkaitan dgn kurikulum & bahan pelajaran. Kurikulum dan bahan pelajaran, dikenali sbg isi kandungan pendidikan atau pengajaran & pembelajaran. Ia merupakan hasil kebudayaan intelek & pengalaman manusia. Mengikut Kamus Dewibahasa (1992) perkataan kurikulum diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Perkataan kurikulum berasal drpd perkataan latin curriculum yg bermaksud ruang tempat di mana pembelajaran berlaku. Mula digunakan sejak zaman Plato kira2x tahun 400sm. Pd zaman itu kanak2x Yunani belajar membaca, menulis, mengira, muzik dan gimnastik mulai umur 7 tahun. Apabila umur baligh hingga 17 tahun mereka belajar sastera, nahu, retorika, matematik, geograf, kewarganegaraan dan muzik.

Pengertian Kurikulum Tafsiran kurikulum mengikut bidang. 1. Kurikulum di bawah tafsiran spesifik & tafsiran umum. Tafsiran spesifik- pelbagai akt. pembelajaran di dlm & luar bilik darjah. Tafsiran Umum- proses aktiviti yg dialami olh sesorg individu dari peringkat kematangan mentah kanak2x kpd peringkat kematangan org dewasa.

2. Kurikulum dlm dan luar bilik darjah. Ada tokoh pendidik berpendapat kurikulum hanya merujuk kpd MP yg diajar di bilik darjah sahaja, sementara yg tidak disenaraikan di luar bilik darjah dikenali sbg extra curricular. Aktiviti luar kurikulum dikenali sbg aktiviti kokurikulum.
Cara klasifikasi ini tidak tepat kerana segala aktiviti yg berlaku di sekolah hendaklah dipandang secara keseluruhan- X wajar dibahagikan kpd dlm atau luar bilik darjah.

Tdpt beberapa MP yg terpaksa dijalankan diluar bilik darjah spt lawatan,kajian luar, mengumpul spesimen, dsb.
3. Kurikulum nyata dan kurikulum tersirat. Kurikulum nyata (manifest Curriculum) merujuk kpd kurikulum fomal & kurikulum rasmi, kurikulum tersirat (latent curriculum) merupakan kurikulum tak formal digunakan utk memupuk nilai, sikap & interaksi sosial yg positif melalui peniruan, aktiviti kumpulan, unit berniform, dll. Kurikulum ditinjau dari Perspektif pengalaman kehidupan manusia, harus merangkumi segala pengalaman kehidupan mereka. William B Ragan, pakar kurikulum AS dlm bukunya bertajuk Modern Elementary Curriculum, menyatakan, kurikulum merangkumi segala pengalaman yg sebenar dlm hidup. Bagaimanapun pengalaman yg terkandug dlm kurikulum hendaklah dipilih dgn teliti, dirancang dan diorganisasikan.

D Tawner dan L Tanner, dlm buku Curriculum Development into Practice (1975) menyatakan kurikulum adalah pengalaman pembelajaran terancang (Planned Learning Experience). Pengalaman ini mempunyai nilai praktik, sesuai dgn perkembangan fizikal kanak2x, dan remaja. Kurikulum ditinjau dari perspektif pelbagai aktiviti pembelajaran di sekolah, ia dirujuk sbg pelbagai aktiviti pembelajaran yg dijalankan dlm situasi yg terkawal utk setiap peringkat sekolah. J Caven Saylor dan Willian M Alexander dlm buku berjudul Curriculum Planning, mghuraikan kurikulum yg dilaksanakan di sekolah membolehkan pelajar dlm dan luar persekitaran sekolah menghasilkan pembelajaran mereka yg terkandung di dalamnya. Dgn kata lain, kurikulum ialah rancangan pembelajaran yg diorganisasikan utk pelajar sama ada di dalam atau luar sekolah.

Tafsiran kurikulum lengkap: Kurikulum merangkumi pgalaman kehidupan nyata & tidak nyata yg dipiih, diorganisasi & disusun olh sarjana pendidikan & pakar kurikulum secara teliti & profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata & tidak nyata seperti yg dijalankan dlm & luar bilik darjah, dlm & luar sekolah, utk semua peringkat persekolahan Definisi dan Model Kurikulum Kurikulum berasaskan rancangan di peringkat sekolah: Kerr JK (1968)- mentakrifkan kurikulum sbg semua pelajaran yg dirancang & dibimbing olh sekolah, sama ada dilaksanakan secara individu @ kelompok, baik di dlm @ luar sekolah. Hirst (1975) kurikulum sbg satu program yg mengandungi aktiviti2x pembelajaran dan disusun olh guru mombolehkan murid2x mencapai objektif yg ditentukan.

Kurikulum berasaskan rancangan bidang pendidikan. B.O Smith, WD Stanley da JH Shores dlm buku Fundamentals of Curriculum Developments (1957) mentakrifkan kurikulum sbg pengalaman2x yg dirancang & ditawarkan kpd murid2x di bawah bimbingan sekolah. JG Saylor dan WM Alexander dlm buku Planning Curriculum for Schools (1974) mentakrifkan kurikulum sbg rancangan yg menyediakan semua peluang pembelajaran dgn tujuan memperolehi maklumat dan objek. pendidikan di bawah bimbingan sekolah. Kurikulum berasaskan bentuk dan objektif: Tyler (1950) -Pelajaran yg dirancang, dikelola dan dilaksanakan olh sekolah berdasarkan obj. yg ditentukan. Kurikulum lengkap mengandungi perkara2x berikut: - Matlamat pendidikan yg harus dicapai olh negara @ sekolah - Isi pelajaran yg dipilih utk mencapai obj. yg ditentukan. - Metadologi digunakan utk menyusun & melaksana pgalaman pembelajaran supaya mencapai objektifnya. 6.2.07

G.A. Beauchamp dlm bukunya Curriculum Theory, (1968) berpendapat kurikulum harus mengandungi 4 bahagian berikut: - Pernyataan tujuan2x pendidikan berasaskan aspirasi msykt yg hendak dicapai melalui sekolah. - Objektif2x dan organisasi isi kandungan utk setiap MP. - Panduan penggunaan kurikulum utk guru. - Skema penilaian utk menilai keberkesanan P&P serta pencapaian obj. dan matlamatnya. Kurikulum berasaskan bentuk dan proses: Jenkins dan Shipman dlm buku Curriculum: An Introduction (1976) mghuraikan model proses kurikulum yg dikembgkan olh Wheeler adalah sangat berguna utk mereka bentuk sesuatu kurikulum yg baru. Model proses Kurikulum Wheeler ini merangkumi 5 komponen utama seperti rajah berikut.

1. Tujuan, matlamat dan Obj. Pembelajaran.

2. Pemilihan Pengalaman dan pebelajaran 5. Penilaian

4. Organisasi dan Integrasi Pengalaman, Pembelajaran dan Kandungan.

3. Pemilihan Isi atau Kandungan

Model Proses Pembentukan Kurikulum Wheeler.

A.S. Robinson dlm buku Curriculum Building (1971) memberi pengertian kurikulum dgn lbh lengkap dan menyeluruh. Beliau berpendapat kurikulum harus mengandungi matlamat, obj., isi kandungan, proses, sumber & cara penilaian semua pengalaman pembelajaran yg tlh dirancg utk murid2x di dlm & luar sekolah, (seperti lawatan, amali dan aktiviti kokurikulum).

Berdasarkan pelbagai definisi yg diberikan olh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum, maka rumusan kurikulum sekolah adalah: rancangan yg merangkumi aktiviti2x akademik, dan aktiviti 2x kokurikulum, disamping objektif, tujuan dan matlamat penilaiannya.
Berlandaskan rumusan kurikulum di atas, kurikulun sekolah blh dibahagi kpd 4 komponen iaitu Objektif kurikulum, Kandungan kurikulum( akademik dan bukan akademik), Aktiviti P&P serta proses penilaian kurikulum.

Objektif-Objektif Kuriklum

Proses Penilaian Kurikulum

------------------------

Kandungan Kurikulum

Aktiviti P&P

Perkaitan di antara empat komponen dalam kurikulum dekolah

Anda mungkin juga menyukai