Anda di halaman 1dari 3

EDU3107 : Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kanak-kanak Kuliah 12 4 jam 18.1.12 KULIAH : 7.45-12.

.15 (4j) Tajuk 7 : Kaunseling Kelompok Peranan kaunselor sebagai pemudahcara 1 jam (Kuliah 13) Dinamika dalam kelompok (1 jam) Jenis-jenis kelompok Proses kaunseling kelompok 2 jam (Kuliah 12)

Proses Kaunseling Kelompok Aspek 1 : Proses Kelompok i. ii. iii. iv. Penglibatan Fokus berpusat kelompok lawan berpusatkan individu Fokus kepada kini dan di sini Matlamat kelompok

Aspek 2 : Penapisan Pra Kelompok i. ii. iii. Mengenal pasti keperluan, jangkaan dan komitmen ahli Menyampaikan maklumat Membuat penapisan

Aspek 3 : Tahap-tahap Kaunseling Kelompok i. ii. iii. iv. Tahap Permulaan (orientasi) Transisi Bekerja Penamatan

Jenis-jenis kelompok

Kanseling Kelompok

Kelompok berpusatkan krisis Kelompok berpusatkan masalah

Kelompok ini berbeza dengan kelompok berpusatkan krisis, iaitu masalah yang timbul oleh ahli kelompok berpusatkan masalah tidak memerlukan tindakan segera. Tetapi, pada asalnya dibentuk untuk menangani suatu krisis boleh menjadi kelompok berpusatkan masalah. Elemen yang penting untuk memastikan kesan positif kelompok ini ialah pengetahuan asas tentang dinamika kelompok serta kepercayaan kepada sokongan moral ahli-ahli.

Kelompok berpusatkan pertumbuhan Kelompok latihan Kemahiran Hidup Juga dikenali sebagai kelompok pendidikan yang berstruktur dan mempunyai had masa. Dibentuk untuk membantu ahli mengembang atau mengekalkan kemahiran hidup masingmasing. Contoh: keibubapaan, perkembangan intelek, pengurusan kendiri dan perkembangan fizikal.

Kelompok Saling Berkongsi Juga dikenali sebagai kelompok sokongan atau bantu-kendiri. Matlamat asas kelompok ini ialah untuk memberi sokongan moral kepada ahli-ahli yang mempunyai kebimbangan serupa. Contoh: kanak-kanak yang mempunyai ibubapa dalam proses perceraian, kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan fizikal.

Kelompok Pertumbuhan Dibentuk untuk membantu ahli meningkatkan kesedaran kendiri mereka. Kesedaran kendiri dicapai melalui penjelasan nilai, kebimbangan peribadi, dan hubungan interpersonal masing-masing. Kelompok Keluarga Jenis kelompok ini mempelawa keluarga yang berlainan berkumpul dalam seting kelompok dan membincangkan mengenai isu-isu kebimbangan mereka. Dibentuk untuk meningkatkan kefungsian sistem keluarga secara keseluruhan.

Kelompok Perbincangan

Jenis kelompok ini memberi ahli peluang untuk membincangkan satu tajuk yang diminati, mereka akan berkongsi idea dan pengetahuan. Contoh: kelebihan dan kelemahan mempunyai ramai anak, kesan penggunaan dadah, sikap terhadap institut perkahwinan

Kaunseling Online Mengunakan internet sebagai saluran perkongsian maklumat. Atas sebab lokasi geographi, jarak dan kecacatan fizikal ahli. Kelemahannya ialah mungkin timbul isu mengenai kerahsiaan dan kesesuaian ahli untuk berbincang mengenai satu-satu isu.

Anda mungkin juga menyukai