Anda di halaman 1dari 6

PROJEK HASIL KERJA MURID PEMULIHAN

Pada 22 Februari 2013, saya telah melaksanakan satu projek iaitu untuk membuat satu sudut tulisan dan hasil kerja murid di dalam kelas pemulihan. Pada peringkat awal saya telah menghias papan kenyataan di hadapan kelas dan menyediakan pen marker dan kad tulisan kepada setiap murid. Selepas sesi pembelajaran murid berpeluang melengkapkan ruangan masing-masing dengan tulisan pada kad ataupun sebarang hasil kerja contohnya penanda buku buatan sendiri, lukisan dan cerita pada kertas lukisan dan hasil kerja lain. Murid perlu berusaha mengeja dan menulis perkataan yang dipelajari dengan betul dan tepat kerana hanya perkataan yang mempunyai ejaan yang tepat akan ditampal di ruangan sudut tulisan kegembiraan.

PROJEK TOKEN HAPPY

Pada minggu ketiga berpraktikum saya telah melaksanakan satu lagi projek iaitu menjalankan sistem token yang diberi nama happy untuk menggalakkan murid berusaha untuk belajar di samping membentuk tingkah laku positif murid. Token ini disertakan ini perlu dikumpul bagi mendapatkan mata untuk menebus ganjaran yang ditampal di hadapan kelas. Token akan diberi kepada murid yang bertingkah laku baik, siap kerja rumah, dan berusaha ketika sesi pembelajaran. Penarikan token akan berlaku bergantung kepada guru. Berdasarkan pemerhatian pada minggu keeempat penggunaan token ini mampu mengawal tingkah laku murid dan menggalakkan murid berusaha. Contohnya masalah murid selalu masuk lambat ke kelas pemulihan dapat diatasi dengan sistem token.

PROJEK GENERASI MEMBACA

Projek generasi membaca ini telah dirancang pada minggu ke 2 saya berpraktikum, saya telah menyediakan bahan bacaan yang perlu perlu dibaca di rumah. Bahan ini perlu disemak bacaannya oleh mana-mana ahli keluarga contohnya ibubapa, kakak atau abang dan perlu ditandatangani bagi memastikan murid membaca dirumah. Bahan ini biasanya diberikan untuk bacaan pada hujung minggu. Selain bahan ini bahan tambahan yang kurang lancar yang dibaca murid ketika disekolah, perlu dibawa pulang dan dilancarkan bacaanya dirumah. Pada minggu ketiga projek ini bermula. Walaubagaimanapun hanya dua orang murid yang memulangkan semula buku tersebut dengan tandatangan salah seorang ahli keluarga. Manakala seorang murid lagi mengatakan bahawa dia terlupa untuk membaca. Projek ini berjalan lancar pada minggu minggu seterusnya terhadap dua orang murid sahaja. Bagi mengatasi masalah ini, seorang murid lagi perlu membaca bahan yang dibekalkan ketika awal pagi ataupun waktu rehat. Walaubagaimanapun pada minggu kelapan setelah diberikan nasihat dan amaran, semua murid telah memulangkan bahan bacaan dengan berserta tandatangan.

Anda mungkin juga menyukai