Anda di halaman 1dari 1

AKMA NABILAH BT SALEH CERITA JENAKA PAK DOGOL DAN SERATUS EKOR LEMBU

Pak Dogol tinggal sebatang kara di dalam sebuah hutan yang terpencil. Setiap hari Pak Dogol memberi makan tiga ekor lembunya. Keesokan harinya, Pak Dogol bangun dan ingin memberi makan lembunya namun alangkah terkejutnya kesemua lembunya telah hilang. Pasti telah dicuri, bisik hati Pak Dogol. Pak Dogol berasa sangat khuatir. Sudah semua tempat dicari oleh Pak Dogol namun tetap tidak menjumpai lembu-lembunya. Lantas Pak Dogol mengambil keputusan mencari di Kampung Perot. Tiada siapa yang mengenali Pak Dogol di situ. Pak Dogol bertanya kepada setiap penduduk di kampung sekiranya ada melihat lembulembunya. Penduduk yang prihatin membawa Pak Dogol kepada Penghulu. Penghulu bertanya, berapa ekor yang hilang?. Pak Dogol mengerut dahinya kerana beliau tidak tahu mengira. Tanpa berfikir panjang, beliau menyebut seratus. Alangkah terkejutnya Penghulu kerana jumlah seratus ekor lembu itu sungguh banyak dan disangkanya Pak Dogol seorang kaya-raya. Penghulu tersenyum riang kerana ingin menjodohkan anaknya yang bernama Sharifah dengan Pak Dogol yang disangka kaya-raya itu. Kemudian, Ketua Penghulu mengarahkan anak-anak buahnya mencari seratus ekor lembu Pak Dogol yang hilang. Dalam pada masa yang sama, Ketua Penghulu mengahwinkan Pak Dogol dengan anaknya. Pak Dogol gembira bukan kepalang kerana memiliki isteri yang cantik. Malah Pak Dogol juga dilayan seperti raja. Pak Dogol berasa sangat bersyukur. Beberapa hari kemudian, anak-anak buah Ketua Penghulu berjaya mengumpulkan seratus ekor lembu dan membawanya di hadapan rumah Ketua Penghulu. Ketua Penghulu sangat gembira kerana disangkanya kekayaannya akan bertambah. Beliau bertanya kepada Pak Dogol adakah lembu-lembu tersebut miliknya. Pak Dogol melihat seekor demi seekor lembu dan menarik tiga ekor daripadanya. Pak Dogol berkata inilah lembu-lembu saya. Ketua Penghulu pengsan lalu jatuh sakit.

14

Anda mungkin juga menyukai