Anda di halaman 1dari 2

Iban Sarawak

Apa yang anda tahu tentang masyarakat Iban di Sarawak? banyak masyarakat luar tidak tahu tentang asal usul, budaya, pertuturan dan adat-adat yang dijalankan oleh masyarakat ini. umumnya, masyarakat luar hanya menyedari kewujudan kaum ini melalui pembelajaran di sekolah-sekolah dengan memperkenalkan kaum-kaum minoriti yang wujud di Sabah dan Sarawak. kalau di semenanjung malaysia kaum Melayu merupakan komuniti terbesar, di Sabah kita ada kaum Kadazan dan begitu juga di Sarawak di pelopori oleh masyarakat kaum Iban.

Kita bermula dengan sejarah kewujudan kaum ini di Sarawak. secara umumnya, masyarakat Iban dikatakan berasal dari satu daerah kecil di Kalimantan, Indonesia. namun, ada juga ura-ura mengatakan bahawa Iban sebenarnya berasal daripada Myanmar yang membawa diri ke Indonesia seterusnya ke Sarawak. pada zaman dahulu, masyarakat Iban cukup dikenali kerana kepahlawanannya, keberanian dan kekejaman terhadap musuh dan dikenali sebagai "Headhunter". ini adalah kerana sebagai tanda kemenangan terhadap pihak musuh, ketua pahlawanan tersebut hendaklah membawa pulang kepala musuh tersebut dan kepala tersebut akan digantung di rumah panjang. cerita kepahlawanan ini boleh kita dengar melalui cerita-cerita orang- orang tua, dan pada zaman sekarang "Sarawak Culture Village" pernah melakonkan semula cerita sebegini kepada orang awam yang datang berkunjung ke situ. Masyarakat Iban lagi didedahkan lagi dengan sejarah-sejarah pahlawan-pahlawan dan tokoh-tokoh terkenal seperti Keling, Rentap dan Tun Jugah.

Masyarakat Iban mengamalkan pelbagai perayaan dan tradisi. antaranya adalah perayaan Hari Gawai yang diraikan pada 1 Jun setiap tahun oleh golongan masyarakat Dayak sebagai tanda keberkatan dan kesyukuran terhadap penanaman padi. selain itu di antara perayaan lain adalah Gawai Antu, Gawai Burung, dan Gawai Lelabi. oleh kerana kebanyakan masyarakat Iban menganuti agama Kristian, mereka juga menyambut perayaan Hari Krimas. Tradisi masyarakat Iban selalunya terletak pada tarian, pakaian, makanan dan minuman. masyarakat Iban dikenali dengan tarian "Ngajat" iaitu tarian kepahlawanan. pakaian yang di pakai oleh kaum wanita adalah "Ngepan" manakala untuk kaum lelaki adalah "Sirat" dan tak ketinggalan dengan pua kumbu. minuman yang paling dikenali sekali adalah Tuak. sudah pasti ramai yang tahu...kalau di semenanjung malaysia ia dikenali dengan nama air Tapai.

Pada zaman sekarang dunia sudah berubah mengikut peredaran zaman. kalau dahulunya masyarakat Iban kebanyakannya tinggal di Rumah Panjang, sekarang ramai yang keluar untuk mencari rezeki. bahkan ada yang pergi belajar ke luar negara dan ini membuktikan masyarakat Iban setanding dengan kaum-kaum yang lain di Malaysia ini.

Anda mungkin juga menyukai