Anda di halaman 1dari 2

Cara Memikat Wanita

Adakah anda pernah melihat lelaki yang boleh mendapatkan mana-mana gadis yang mereka mahu dan tertanya-tanya, "bagaimana mereka melakukannya?" Ya, perempuan tertarik kepada kuasa dan status. Ya, mereka tertarik dengan ciri-ciri kelelakian yang dominan, dan keyakinan. Jaga penampilan anda Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik, dan positif. Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar nampak kemas dan tidak dilebel selekeh oleh kaum hawa. Jangan la pergi dating pakai baju pagoda, seluar pendek macam taukeh dan berselipar jepun sahaja. (rasional sikit masa dating) Jadi diri sendiri Jangan nak mengedik-gedik nak jadi orang lain. Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho ,buat alim-alim kucing semata-mata nak nampak sempurna dimata awek yang cuba anda pikat. Anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya. Pandai berkomunikasi Cara memikat wanita dengan komunikasi yang baik dan lancar memang tak dapat dinafikan akan mempengaruhi sesuatu perhubungan. Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan awek yang bakal anda tackle saya gerenti dia akan cair dengan anda. Bagi wanita, lelaki yang pandai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang, mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat. Kalau anda kantoi part ni wanita akan cop anda membosankan. Bersifat prihatin dan ambil berat Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus mengambil berat @ take care terhadap mereka. AWAS jangan OVER TAKE CARE tiap 3 minit sms, tiap 30 minit call, tiap 3 jam video call. Ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembagan beliau. Contoh bila dia sakit anda boleh jenguk dia, beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh. Jangan jadi Haji Bakhil Bin Haji Kedekut Sifat ni cukup wanita tak gemar. Cara memikat wanita yang betul anda perlu bersifat pemurah. Pemurah bukan bermaksud anda bagi 100% wang anda supaya dihabiskan @ senang-senang menjadi mangsa pisau cukur wanita yang tak bertanggungjawab. Sekali-sekala boleh la melayan wanita yang anda mahu pikat seperti belanja si dia makan @ berikan hadiah yang istimewa time birthday dia. Kompom dia akan terharu & cair. Jejaka yang periang Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda. Contoh, perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum. Jangan pula anda tunjuk muka macam nak makan orang. Kompom la dia tak selesa. Selain itu satu BONUS cara memikat wanita, sekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja. Wanita cukup sukakannya dan akan menimbulkan mood yangpositif tapi jangan buat lawak tak menjadi @ lawak terlalu bodoh. Jangan suka main remote control

Jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar, wanita cukup pantang pasal benda ni. Wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka (memang la semua tapi majoritinya memang tak suka). Contoh, setiap minit nak tahu dia ada kat mana, naik bosan la dia macam tu. Cuba berikan sedikit ruang kepada dia untuk dirinya juga. Macam ni la baru cara memikat wanita yang gentleman.

Meh aku topup sikit berdasarkan pengalaman aku pompuan suke: 1. lelaki bekerjaya=yg bukan nk beli roti pon mintak duit mak 2. lelaki yg rajin/ringan tulang=yg bukan kaki tido di hujung minggu 3. lelaki yg aktif=yg bukan selalu lemau dan malas 4. lelaki yg sentiasa positif=yg bukan byk komplen itu ini 5. lelaki yg berinformatif=setiasa memberi pendapat dan cara menyelesaikan masalah dlm semua aspek 6. lelaki yg berkemahiran=paling cikai pon mestila pandai btolkan komputer...upgrade sikit pandai masak, pandai buat umah, pandai buat wiring, dan yg paling utama ialah pandai buat duit haha

Anda mungkin juga menyukai