Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum.. TUNJUKKKAN DI MANA TUHAN Renungan.....

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air.Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut,seorang kiyai. Pemuda: Anda siapa? Dan apakah boleh menjawab pertanyaanpertanyaan saya? Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya. Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya 2. Apakah yang dinamakan takdir 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras. Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya? Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya. Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti. Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit. Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada? Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu! Pemuda: Saya tidak boleh. Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya. Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya? Pemuda: Tidak. Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? Pemuda: Tidak. Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir. Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda? Pemuda: Kulit. Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda? Pemuda: Kulit. Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda: Sakit. Kiyai : Itu adalah jawaban bagi soalan awak yang ketiga.Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan. Wallahu A'lam.. *** Peringatan Bersama *** Simpanlah baik-baik tazkirah ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai peringatan kita setiap hari di mana syaitan-syaitan laknatullah ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka .Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat

yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, InsyaAllah . Saidina Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan: 1. Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barangbarang yang tidak perlu. 2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. 3. A'awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama. 4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras). 5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour. 6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut. 7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain. 9. Lakhuus Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari. Wallahu A'lam..

Anda mungkin juga menyukai