Anda di halaman 1dari 7

TELAGA AL-KAUTSAR

Soalan:
Apakah beza antara telaga al-Kautsar dan al-Haudh?

Jawapan:
Tidak ada beza antara al-Kautsar dan al-Haudh. Kedua-duanya bermaksud air
yang banyak. Cuma ulama berselisih pendapat adakah ia telaga atau sungai.

Al-Kautsar bermaksud sungai di dalam syurga yang diberikan kepada
Nabi kita s.a.w sebagaimana firman ALLAH di dalam surah al-Kautsar, ayat 1.
Anas bin Malik r.a berkata:

. .` , , .. ` ,,`. `.. . . ` , . . . . , . . : .. . . , . . | ` . , . `, . | _` , , ` , , ` . | _ `
. , . < -` . | . . . . .. . .` . , .`. .. ,,` . ,. _ . . ` , . ` | . . | . : ,` . ` . , ..
, . _ .` . $) & O39# ` ` , < . . . ,,` ` . . | ,. ` . . . . ` .,` . , ` ..
,. ` .` . | _ , . _` , , . . , ` ` , ` . ` _` , ,`- ` . : ` ` , - ` , . . _ . . | ` , . . ` . ` , ,
.. , . .
Maksudnya:
Ketika kami berada di samping Rasulullah s.a.w pada suatu masa di
dalam masjid, baginda tunduk seketika (mendapat wahyu) kemudian
mengangkat kepalanya sambil tersenyum. Kami bertanya: Apa yang
engkau ketawakan wahai Rasulullah? Diturunkan kepadaku satu ayat
yang mengembirakanku lalu baginda membaca: Sesungguhnya kami
berikan kepadamu al-Kautsar. Katanya lagi: Adakah kamu tahu apa
itu al-Kautsar? Kami menjawab: ALLAH dan Rasul-NYA sahaja yang
tahu. Jawabnya: Ia merupakan sungai dan ia telah dijanjikan oleh
TUHANku untuk diberikan kepadaku kelak. Ia mengandungi banyak
kebaikan dan merupakan takungan air yang akan dikerumuni oleh
umatku pada hari kiamat. Hadis riwayat Muslim.

Ibn Umar r.a berkata:

<. ` , ` ` ` , _ ` .. . . . . ` _ . `. ` . , , - . . . ., . , . , ` ..
Maksudnya:
Al-Kautsar ialah sungai di dalam syurga tebingnya diperbuat daripada
emas dan airnya mengalir di atas permata al-Dur dan al-Yaqut. Hadis
sahih riwayat al-Tirmizi.|

Al-Kautsar juga bermaksud telaga paling luas. Ia menakungi air di padang
mahsyar kelak dan akan dikelilingi oleh umat Muhammad s.a.w. Telaga ini
dipenuhi oleh air sungai al-Kautsar yang mengalir dari dalam syurga. Sebab
itulah sebahagian ulama menamakan ia sebagai Haud al-Kautsar (telaga
Kautsar). Abu Dzar r.a berkata:

_` , - ,| `, -` . , , ,. , , . ` _ . . . ' . . , ` . . ,` . . , : ` _ .
Maksudnya:
Sesungguhnya al-Haudh ialah takungan air hasil takungan air yang
mengalir daripada syurga. Sesiapa meminum air al-Kautsar, dia tidak
akan terasa dahaga lagi.. Hadis riwayat Muslim.|
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani r.h:

Berdasarkan zahir hadis, ia membuktikan bahawa al-Haudh berada di
pinggir syurga lalu air sungai al-Kautsar itu mengalir masuk ke dalam takungan
al-Haudh. Rujuk Fath al-Bari, jil. 11, ms. 466.

Menurut kefahaman saya setelah dikaitkan dengan hadis lain, ini
menunjukkan bahawa telaga al-Haudh berada di padang mahsyar. Sesiapa yang
dapat meminumnya tidak akan dahaga lagi ketika proses hisab. Setelah
memasuki syurga dia akan dapat meminum empat jenis air sungai syurga, iaitu
sungai arak, susu, madu dan air biasa sebagaimana firman ALLAH di dalam
surah

W g:# L9# )G9# ( $ & i >$ 9# & i &9 9 G & i
9~ ;%! /=j9 & i 9 y (

Maksudnya:
Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa
(ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang
tidak berubah (rasa dan baunya), beberapa sungai dari susu yang
tidak berubah rasanya, beberapa sungai dari arak yang lazat bagi
orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu
yang suci bersih. Surah Muhammad: 15.

Wallahu alam.

KEDUDUKAN AL-HAUDH

Soalan:
Jika al-Haudh berada di padang mahsyar, di manakah letaknya? Adakah
sebelum titian al-Sirat atau selepasnya?

Jawapan:
Ulama berbeza penapat mengenai kedudukannya. Sebahagian mengatakania
terletak selepas titian al-Sirat. Manakala majoriti dan pendapat paling tepat ialah
ia terletak sebelum titian al-Sirat. Ini kerana, terdapat hadis sahih menjelaskan
bahawa sebahagian umat Nabi s.a.w dihalau dari mendekati al-Haudh lalu
dihumban ke neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

,`- ` _` , `. . . | ` , . . ,` .. ` . . . ``. , .. , . . ` , , _ . ` _ . .` -` , ` , ` ,, ' ` ` ,` . . ` .` , . .
` _ . ` , : .` . , ` , .` | . . _ ` . . . . `,, . , _ . . |
Maksudnya:
Sesungguhnya al-Haudh akan dikerumuni oleh umatku pada hari
kiamat. Timbanya sebanyak bintang di langit. Namun, ada hamba
yang dihalang dari meminumnya. Lantas aku bertanya: Wahai
TUHANku! Sebenarnya dia adalah umatku. TUHAN berfirman:
Engkau tidak tahu apa yang telah mereka lakukan selepas
kewafatanmu. Hadis riwayat Muslim.|

Jika selepas titian al-Sirat, selepas dihalau tentulah mereka ke syurga.
Namun, golongan ini termasuk ahli bidah, kafir dan musyrik yang layak
dihumban ke neraka. Wallahu alam.

KELUASAN KURSI ALLAH

Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan Kursi ALLAH? Adakah ia bermaksud kerusi?

Jawapan:
Mengenai kalimah al-Kursi, ALLAH telah berfirman:

. N9# {# ( $m 4
Maksudnya:
Luasnya Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi dan langsung tidak
menjadi keberatan kepada ALLAH menjaga serta memelihara kedua-
duanya. Surah al-Baqarah: 255.

Menurut pendapat Ibn Abbas r.a, apa yang dimaksudkan dengan al-Kursi
ialah tempat ALLAH meletakkan kedua-dua belah kakinya. Wallahu alam.

MELIHAT ALLAH

Soalan:
Benarkah pendapat mengatakan bahawa orang beriman akan dapat melihat
ALLAH dengan kedua-dua belah matanya pada hari kiamat kelak?

Jawapan:
Wajib yakin bahawa orang beriman akan melihat ALLAH dengan penglihatan
yang jelas di padang mahsyar dan di dalam syurga kelak. Malah, mereka mampu
mengunjungi dan berkata-kata dengan ALLAH kelak. Firman ALLAH S.W.T:

_ 7 $ <) $h5 $
Maksudnya:
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang beriman) berseri-seri ketika
melihat kepada TUHANnya. Surah al-Qiyamah: 22-23.

Begitu juga firman ALLAH di dalam surah Yunus, ayat 26. Kebaikan yang
dimaksudkan ialah syurga manakala nikmat tambahan pula bermaksud melihat
ALLAH sebagaimana ditafsirkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat di
dalam hadis sahih.
Golongan yang mengingkari kebenaran dapat melihat ALLAH hanyalah
golongan Jahmiyyah, Muktazilah, Khawarij dan Syiah al-Imamiyyah. Wallahu
alam.

APA ITU MUKTAZILAH, JABARIYYAH, AL-QADARIYYAH DAN SEBAGAINYA

Soalan:
Bolehkah terangkan apa itu muktazilah, jabariyyah, qadariyyah dan sebagainya?
Adakah golongan ini masuk neraka?

Jawapan:
Antara golongan yang termasuk 72 aliran yang dihumban ke neraka ialah:

1. Jahmiyyah, iaitu golongan yang membuang seluruh atau sebahagian sifat-
sifat uluhiyyah dan mengingkari kewujudan sifat uluhiyyah bersama zat
ALLAH.
2. Musyabbihah, iaitu golongan yang menyamakan sifat-sifat ALLAH dengan
makhluk-NYA sama ada secara keseluruhan atau sesetengah sifat sahaja.
Berbeza dengan ahli sunnah wal jamaah, mereka menghimpunkan antara
persamaan sifat dan penyucian (yang layak bagi ALLAH seperti disifatkan).
3. Jabariyyah, iaitu para pengikut Jahm bin Sofwan al-Turmuzi. Dinamakan
jabariyyahkerana berpendapat bahawa hamba itu dipaksa melakukan semua
perkara. Yang mampu melakukan semua perkara hanyalah ALLAH. Justeru,
hamba bebas memilih amalan yang dirasakan mampu.
4. Qadariyyah, iaitu pengikut Mabad al-Juhani. Dialah yang mula-mula
memperkatakan tentang masalah takdir. Antara iktikad batil mereka, segala
perbuatan hamba sama ada ketaatan atau maksiat tidak termasuk ke dalam
takdir (ketentuan) ALLAH. Justeru, manusia bebas menentukan takdir sendiri.
Mereka menafikan bahawa ALLAH menyesatkan manusia atau berkehendak
memberi hidayah kepada manusia. Merekalah golongan majusi yang diistilah
oleh Nabi s.a.w di dalam hadis sebagai majusi umat ini.
5. Al-Murji-ah berasal dari kalimah irja bermaksud melambatkan kerana mereka
mengakhirkan amalan daripada iman. Menurut mereka, setiap pelaku dosa
besar tidak dianggap fasiq (berdosa). Mereka juga berpendapat dosa itu tidak
menjejaskan iman begitu juga ketaatan tidak memberi kesan kepada
kekufuran.
6. Muktazilah adalah golongan pengikut Wasil bin Atho al-Uzzal. Antara iktikad
batil mereka ialah pelaku dosa besar dianggap ahli maksiat tetapi dari segi
keimanan mereka samar-samar. Golongan ini tidak dihukumkan kufur dan
tidak dihukumkan beriman. Wallahu alam.

Anda mungkin juga menyukai