Anda di halaman 1dari 3

Mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Agama yang dianuti rakyat Sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya Politik yang menentukan ideologi negara dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan Ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara Individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas spr keselamatan, perkembangan potenasi dan penyempurnaan kendiri Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan kearah persefahaman antarabangsa

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matl amat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Guru yang bepekertimulia, Berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Model Konseptual Pendidikan Guru; Ketuhanan: peningkatan ilmu, penghayatan dn amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kpd ajaran agama. Kemasyarakatan: penekanan peranan guru sbg pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Kendiri: penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia. Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi 3 aspek: ~Pengetahuan yg berkaitan dgn perkembangan dan kepentingan pendidikan dlm kehidupan. ~Kemahiran ikhtisas yg merangkumi kemahiran meggunakan bahan-bahan pelajaram dgn tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Nilai yg merujuk kpd amalan nilai2 murni, perlakuan yg penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kpd etika profesion keguruan. ~ Model Konseptual Pendidikan Guru juha menekankan mtlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani 16) Peranan Guru; Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dlm mata pelajaran, khsanya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yg bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kpd diri dan pelajar selaras dengan tuntutan FPG. Menyempurnakan tgjwb dan akauntabiliti sbgai insan guru yg sentiasa mncari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa hadapan. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk meransang perkembangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai