Anda di halaman 1dari 5

SJK (T) GUNUNG RAPAT KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU BAHASA TAMIL 2013

1.0 PENGENALAN Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Tamil ialah mata pelajaran teras di sekolah jenis rendah tamil. Pendidikan Bahasa Tamil berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Tamil sekolah rendah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa, berkomunikasi dan berpendidikan bagi memenuhi keperluan diri. 2.0 RASIONAL Pelaksanaan projek ini adalah untuk : 1. Memperkasakan Bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda. 2. Melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menarik penyertaan warga murid agar lebih mahir berkomunikasi dan melahirkan cinta akan bahasa ibunda. 3. Para guru pelatih didedahkan kepada pelaksanaan minggu bahasa. 4. Pemilihan projek ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman tentang pelaksanaan minggu bahasa. 5. Para guru pelatih dapat menyedari tanggungjawab mereka sebagai seorang bakal guru yang akan mendidik para murid. 6. Para guru pelatih dapat menjadi warganegara yang patriotik, berdedikasi, prihatin dan bertanggungjawab terhadap murid, masyarakat, sekolah dan negara. 3.0 TEMA Veera Mozhiyai Veeriyam Seigha

4.0 OBJEKTIF Pelaksanaan projek ini adalah untuk :

1. Melibatkan para murid dalam kebudayaan Bahasa Tamil. 2. Mendedahkan keunikan Bahasa Tamil dari pelbagai aspek. 3. Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa Tamil. 4. Menimbulkan minat dalam kalangan para murid untuk menguasai Bahasa Tamil. 5. Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Tamil. 6. Membina kemahiran pengurusan dan pentadbiran sekolah serta

menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal antara para murid, guru dan warga sekolah. 7. Memenuhi proforma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. 5.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PROGRAM MINGGU BAHASA TAMIL TARIKH MASA : 09.07.2013 12.07.2013 : 7.20 PAGI 7.45 PAGI

6.0 TEMPAT Bilik darjah masing-masing

7.0 PERASMIAN PEMBUKAAN PN.P. Kamala Devi (Guru Besar, SJK (T) Gunung Rapat)

8.0 KUMPULAN SASARAN Semua Murid SJK (T) GUNUNG RAPAT

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL 1 2 3 4 JUMLAH PERKARA Printing Fotostat Perasmian Hadiah RM2 HARGA UNIT RM 0.10 RM 0.05 JUMLAH 0.10 X 150 = RM15 0.05 x 500 = RM25 RM30 2 x 60 = RM120 RM180.00

10.0 PERINCIAN PROGRAM 10.1 MINGGU BAHASA TAMIL

BIL

TARIKH PELAKSANAAN

PERKARA

TAHAP

GURU BERTUGAS

10.07.2013

Kuiz

1&2

Guru Kelas

11.07.2013

Mengarang Esei

1&2

Guru Kelas

12.07.2013

Nyanyian Lagu Kanak-Kanak

Guru Kelas

12.07.2013

Cipta Sajak

Guru Kelas

11.0 JAWATANKUASA PROJEK 11.1 JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Pn.P. Kamala Devi Guru Besar Pengerusi : Pn.M.Jothy Guru Penolong Kanan HEM Setiausaha Bendahari : Cik. Rogini Thevathas : Cik. Mathimalar Rajainatharan

11.2 JAWATANKUASA PELAKSANA AJK Perasmian AJK Fotografi AJK PA Sistem AJK Juruacara Majlis : Pn.S. Tamil Selvi : Cik. Indra : En.P. Maheswaran : Cik. Rogini Thevathas Saudari Aelizharasi (THN 5) AJK Hakim : Pn. Ranee Pn. K. Vasantha Pn. R. Indra Pn. R. Vani En. P. Maheswaran En. Arumugam

12.0 PENUTUP Adalah diharapkan projek ini dapat memberikan kepuasaan terhadap permintaan pihak sekolah. Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan. Di samping itu, projek ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan mesra sesama ahli masyarakat dan membina sahsiah guru yang cemerlang.

Disediakan oleh, ______________________ (Cik. Rogini Thevathas) Setiausaha, Program Minggu Bahasa Tamil Program Internship Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Disemak oleh, ______________________ (Pn.M. Jothy) Mentor Program Internship, Guru Penolong Kanan HEM SJK(T) Gunung Rapat.

Disahkan oleh, ______________________ (Pn. P. KamalaDevi) Guru Besar, SJK (T) Gunung Rapat, Ipoh.

Anda mungkin juga menyukai