Anda di halaman 1dari 4

Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati bt.

Saad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penaga,

Yang dihormati, Puan Hajah Fuziah bt. Karim, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zulkifli b. Mohamed, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Puan Juriah bt. Ismail, Penolong Kanan KoKurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid Tahun 6 sekalian..

((Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia ___________________________________________________________________atas kesudian menerima undangan ke Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 2012..))

....

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Zikir Munajat Pembersih jiwa Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada tengahari ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan adik Mohd Syazwan bin Roslan untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan.

#########

Amin..ya rabbal alamin Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT. Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penaga, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi b. Abdullah untuk memimpin Majlis Khatam AlQuran kita pada hari ini.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

######### Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini.Namun, majlis kita masih belum selesai.

Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam al-Quran bagi murid-murid Tahun 6 yang telah selesai mengkhatam Al-Quran. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penaga untuk menyampaikan sijil tersebut.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Yakin untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Jaya untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Usaha untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Gigih untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Maju untuk menerima sijil Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak majlis, dipersilakan Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad menyampaikan tanda hati kepada Al-fadhil Ustaz Mohd Fauzi b. Abdullah, Khalifah Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini .Dipersilakan.

#########

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt. Saad atas kesudian menyampaikan tanda hati sebentar tadi.

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Quran Program j-QAF Tahun 2012, ingin mengungkapkan ucapan rasa

syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Taala wa ilal liqa, maas salamah.

Anda mungkin juga menyukai