Anda di halaman 1dari 4

Teknik Menulis Ayat Berdasarkan Gambar

PENULISAN BAHAGIAN A TULIS LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR Contoh Soalan Bahagian A : Dibei stimulus. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar. Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar. Tulis lima ayat lengkap tentang situasi dalam gambar. Syarat-syarat perlu ada : 1. Digalakkan menulis nombor 1, 2, 3, 4 dan 5. 2. Idea mesti menepati bahan grafik. 3. Ayat hendaklah menggambarkan perkara yang sedang berlaku. 4. Ada watak/pelaku. Boleh guna nama orang, kata bilangan - beberapa, dua orang. 5. Aktiviti-aktiviti gunakan kata kerja. 6. Ada huraian. 7. Mula membina ayat pada gambar di hadapan dahulu. 8. Bina satu aktiviti sahaja dalam satu ayat. Galakkan

tulis ayat gramatis. 9. Bilangan perkataan sekurang-kurangnya 8 hingga 12 patah perkataan supaya mendapat pengskoran cemerlang. 10. Bilangan ayat diambil kira. ( 5 ayat sahaja). Jika tulis lebih daripada lima ayat impression turun, markah akan dipotong. 11. Satu ayat satu titik. (Dalam satu nombor ada dua titik maka dikira telah wujud dua ayat.) 12. Jangan tulis ayat yang berbentuk cerita. Jangan gunakan penanda wacana.

Gambar di bawah menunjukkan Amin bersiapsiap sekolah. Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. Langkahlangkah untuk menulis ayat : 1. Baca arahan dan soalan serta fahamkan. 2. Lihat gambar dengan teliti. 3. Gunakan beberapa soalan panduan seperti

yang berikut : a) Siapa? = Amin b) Buat apa? = mandi c) Di mana? = di dalam bilik air d) Bagaimana? = menggunakan air dan sabun e) Mengapa? = supaya bersih 4. Lengkapkan Lembaran Bijak Mengurus Grafik pada setiap maklumat yang diperolehi seperti berikut :
Siapa Buat apa? Kata Sendi / Kata Hubung Amin Dia Amin Amin Ibu mandi memakai baju menyikat rambut bersarapan melambai tangan di sambil dengan sebelum kepada Keterangan / Huraian peluasan prediket dalam bilik air tersenyum kemas ke sekolah Amin

5. Salin semula ayat-ayat seperti di atas dan meletakkan tanda bacaan. 1. Amin mandi di dalam bilik air. 2. Dia memakai baju sambil tersenyum. 3. Amin menyikat rambut dengan kemas. 4. Amin bersarapan sebelum ke sekolah. 5. Ibu melambai tangan kepada Amin. (Kaedah ini dapat membantu murid untuk

mendapat pengskoran lulus.) 6. Baca semula ayat-ayat yang ditulis dan semak semua ejaan dan tanda bacaan betul. Kesalahan yang selalu dilakukan oleh murid : 1. Tidak tulis huruf besar pada permulaan ayat. 2. Tidak meletakkan tanda noktah pada akhir ayat. 3. Menulis ayat melebihi lima ayat. 4. Menulis dua ayat dalam satu nombor. 5. Menulis ayat tidak berdasarkan maklumat yang tersurat dalam gambar. 6. Ayat yang ditulis tidak menepati kehendak soalan.

Anda mungkin juga menyukai