Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN Kaunseling kelompok telah memperlihatkan potensi yang besar dalam membantu individu dalam bilangan yang besar.

Menjadi lumrah manusia hidup dalam satu komuniti masyarakat. Perasaan saling memerlukan antara satu sama lain wujud sejak dilahirkan lagi. Ini kerana setiap manusia saling perlu-memerlukan antara satu sama lain. Dalam institusi pendidikan keberkesanan intervensi kelompok telah terbukti. Menurut Corey (1995), kaunseling kelompok boleh membantu bilangan pelajar yang lebih besar di institusi pendidikan.

Menurut Websters Third New World International Dictionary kelompok didefinisikan sebagai: ...a number of individuals bound together by a community of interest, purpose or function.

Johnson

and

Johnson

(1991)

pula

berpendapat

kelompok

adalah:

..a collection of two or more individuals, who meet in face to face interaction, independently, with the awareness that each belongs to the group and for the purpose of achieving mutually agreed-upon goals

Gadza (1978) mendefinisikan kelompok sebagai: group work refers to the dynamic interaction between collections of individuals for prevention or remediation of difficulties or for the enhancement of personal growth/ enrichment through the interaction of those who meet together for a commonly agreed on purpose and at prearranged times.

Kaunseling Kelompok Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain. Ia melibatkan proses perhubungan individu dalam kumpulan secara dinamik tentang tingkahlaku dan pemikiran. Ia juga melibatkan fungsi-fungsi terapi yang mana ahli-ahli dalam kelompok berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya dan kaunselor. Hansen, Warner dan Smith (1980) menghuraikan kaunseling kelompok sebagai satu perhubungan di antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau ahli-ahli. Mereka menilai diri dan keadaan dalam usaha mengubah sikap dan kelakuan. Fokusnya adalah pada pencegahan dan rawatan. Kaunseling pencegahan menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah sebelum ia bertambah rumit. Carl Rogers (1970) mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan pemulihan proses yang mana setiap orang dirasionalkan mengikut kehendak ramai.

Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan antara individu secara berkelompok yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli yang mencerminkan diri mereka serta situasi yang dialami. Tujuan perhubungan tersebut adalah untuk mengubah sikap dan kelakuan.

Ohlsen, Horne and Lawe (1988) menyatakan kaunseling kelompok sebagai: ..a helping process that provides the opportunity for counseless to identify goals of change to develop skills necessary to archieve those goals and to practice those skills within a safe and structure setting. Menurut Gadza, Duncan and Meadows (1967)

..group counseling is a dynamic interpersonal process focusing on conscious thought and behavior and involving the therapy functions of permissiveness, orientations to

reality, catharsis and mutual trust, caring, understanding, acceptance and support. The therapy functions are created and nurtured in a small group through the sharing of personal concerns with ones peers and the counselors. The group counselees are basically normal individuals with various concerns which are not debilitating to the extent requiring extensive personality change. The group counselees may utilize the group interaction to increase understanding and acceptance of value and goals and to learn and unlearn certain attitudes and behaviors.

Gladding (1995) mendefinisikan kaunseling kelompok ialah dua orang atau lebih yang berkumpul bersama untuk tujuan beberapa interaksi yang telah dirancang. Pemimpin membentuk kumpulan untuk membincangkan atau membuat keputusan tentang sesuatu perkara, meneroka masalah peribadi atau untuk menyiapkan tugas khusus untuk mencapai matlamat yang spesifik. Berdasarkan definisi-definisi di atas dapat dirumuskan bahawa kaunseling kelompok adalah satu proses interaksi antara individu yang dinamik dan melibatkan seorang kaunselor terlatih yang berperanan sebagai pemimpin dengan beberapa orang ahli yang ingin menerokai diri sendiri serta keadaan yang dialami dalam usaha mengubah sikap untuk memperoleh penyesuaian dan perkembangan diri.

Kaunseling kelompok mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu dari segi jenis kelompok, matlamat kelompok, tahap-tahap perkembangan dalam kelompok, peranan ahli-ahli dalam kelompok dan ia juga ada kelebihan dan terdapat juga limitasi dalam pengendalian kaunseling kelompok.

Kaunseling kelompok melibatkan ahli yang ramai. Oleh yang demikian setiap ahli mempunyai peranan masing-masing. Kaunselor adalah merupakan pemimpin kelompok yang mana berperanan untuk menggerakkan kelompok kearah matlamat yang ingin dicapai dalam kelompok.

Dari segi jenis kelompok terdapat pelbagai jenis kelompok dan ianya bergantung kepada tujuan kelompok itu dibentuk. Antara jenis kelompok ialah kelompok bimbingan, kelompok kaunseling, kelompok T dan kelompok psikoterapi. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah dipercayai mampu dan dapat meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan pelajar (Aminah & Arthur 1995). Salah satu daripada kaedah yang telah mendapat perhatian beberapa orang pengkaji ialah kaedah berkumpulan seperti intervensi kelompok bimbingan dan kaunseling. Kaedah sebegini sesuai memandangkan lebih ramai pelajar dapat dibantu pada satusatu masa (Aminah, 1999). Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya semasa berinteraksi dalam kelompok akan meneguhkan pengetahuan dan perubahan yang dialami oleh pelajar (Zuraidah, 2004). Zuraidah (2004) juga berpendapat Intervensi kelompok kaunseling Pendekatan Adlerian yang berasaskan pendidikan sesuai membantu remaja untuk mempelajari perlakuan yang baik. Hal ini disebabkan pemimpin kelompok (kaunselor) itu adalah berperanan sebagai pengajar yang merupakan orang bermakna dalam hidup pelajar. Pemimpin kelompok (kaunselor) juga merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat seperti ibu bapa, guru dan rakan sebaya kepada pelajar. Daripada pemimpin kelompok (kaunselor), remaja dapat belajar mengenali matlamat tingkah lakunya dan memberi tindak balas supaya remaja dapat membina keyakinan, tanggungjawab, kerjasama, kebebasan dan perlakuan-perlakuan lain yang membina dan diterima oleh masyarakat. Kelompok kaunseling sesuai bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku seperti suka bertumbuk, tidak berupaya bergaul denga rakan sebaya, ganas, letih-lesu, kurang perhatian, pengabaian kasih sayang dan kecuaian ibu bapa semasa kanak-kanak berada di rumah (Corey, 1990 & 2008 ). Dalam kehidupan seharian, remaja banyak menghabiskan masa berinteraksi dengan kawan-kawannya. Kelompok merupakan tempat yang sesuai bagi

melaksanakan kerja bimbingan pencegahan dan kaunseling pemulihan (Mohamed Sharif, Roslee & Hamdan 2006). Menurut Gazda (1989, 2001), pengalaman kelompok bimbingan dan psikopendidikan berguna untuk meningkatkan perkembangan dan

keperluan kepada individu mahupun kelompok. Intervensi kelompok sedia berdepan dengan perasaan remaja yang bercelaru dan dapat dirumuskan bahawa, intervensi kelompok dapat berfungsi dengan berkesan dengan kesediaan pemimpin kelompok dan kerjasama daripada ahli kelompok untuk mencapai sesuatu matlamat yang ingin dicapai bersama.

Anda mungkin juga menyukai