Anda di halaman 1dari 2

Keunikan dan kehalusan 21 monumen kegemilangan Islam dari seluruh dunia yang dipersembahkan dalam bentuk replika bersaiz

1:8 itu membuat sesiapa saja terpegun dan kagum dengan seni binanya. Malah, penulis dan rakan media turut kagum ketika berkunjung ke taman tema itu yang dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008. Dengan melawat 21 monumen itu, anda seolah-olah sudah mengelilingi dunia melihat sendiri seni bina warisan Islam yang cukup mengagumkan. Kembara mengelilingi dunia di TTI dimulakan dengan mengunjungi Masjid Negara kemudian ke Masjid Kudus Minar, Jawa, Indonesia yang mana batu pertama membina masjid itu dikatakan diambil dari Baitulmaqdis. Tetapi ramai mengatakan masjid dengan gabungan seni bina Hindu dan Islam ini dibina menggunakan batu dari gunung berapi. Kami turut dibawa ke Masjid Sultan Omar Sharif di Brunei yang kubahnya diperbuat daripada emas, kemudian terus ke Thailand iaitu Masjid Pattani Central yang dibina pada 1954. Apa yang menariknya, masjid ini sama seperti Taj Mahal di India yang menjadi bukti cinta Shah Jahan. Dari bumi Thailand, pengembaraan di taman tema itu seterusnya ke Pakistan untuk melihat Masjid Badshahi yangdibina oleh Maharaja Aurangzeb Alamgir ketika zaman kegemilangan kerajaan Mongol. Ciri utama bangunan ini adalah pintu masuk yang dibina mengikut cara Mongol, menara bersegi lapan dan laman dalaman yang luas. Tatkala singgah di Dome of The Rock atau Masjid As Sakhra yang ada di Baitulmaqdis, pengunjung boleh melihat sendiri keunikan dan kehalusan seni binanya. Kunjungan ke masjid terbesar ketika kurun ke-9 iaitu Masjid Besar Samarra, Iraq pula semakin mengujakan. Mana tidaknya, di taman tema itu saja kita boleh melihat masjid yang boleh memuatkan 80,000 jemaah. Selepas ke Iraq, kami dibawa ke Masjid Sheikh Lutfalla, Iran dan ke Masjid Abu Nasr Parsa, Afghanistan yang mempunyai ciri paling menarik iaitu dua tiang berpusing di hadapannya dengan dinding, kubah, menara dan kaligrafi yang diperbuat daripada mozek biru. Kembara seterusnya ialah Masjidil Haram, Makkah kemudian ke Syria bagi melihat Masjid Aleppo Citadel. Dibina oleh arkitek berbangsa Turki, Masjid Mohamed Ali, ia turut dikenali Masjid Pualam kerana marmar putih yang bersinar menghiasi dinding luar dan dalamnya.

Kami kemudian mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah. Puncak bukit menjadi lokasinya, mihrab dan mimbarnya daripada marmar putih berukir dan cermin berwarna menyaring pancaran matahari pasti membuatkan pengunjung terpesona melihat keunikan Tugu Kompleks Suleyman, Turki. Di taman ini, Suleyman dan isterinya membina musolla manakala Sinan membina makam untuknya. Kunjungan ke Masjid Besar Qairawan yang menjadi pusat Islam tertua itu membawa pengunjung terus ke Tunisia sebelum ke Sepanyol melihat Masjid Al Hambra. Alhambra mempunyai empat pintu masuk utama dan dilengkapi dengan beberapa dewan besar di beberapa bahagian. Dindingnya diukir dengan seni kaligrafi memuji kebesaran Allah. Ketika melewati Menara Kalyan, Uzbekistan itu, penulis dan rombongan kagum dan tertanya-tanya bagaimana ia di bina dan sehingga kini tidak ada jawapannya. Bagaimanapun, menara itu adalah contoh binaan kejuruteraan dan reka bentuk kegemilangan Islam dengan ketinggian 48 meter (m). Ia juga adalah menara pertama runtuh akibat asasnya yang tidak sempurna. Di di Masjid Besar Agadez, Nigeria, pembinaannya menggunakan lumpur dan kayu dan di tengah-tengah menara itu dipasang kayu. Pengembaraan mengelilingi dunia melihat keunikan seni bina Islam diakhiri dengan mengunjungi replika Masjid Xian di China dan Masjid Kul Sharif, Tatarstan di Russia. Masjid Xian boleh dikatakan masjid yang cukup unik kerana ia memaparkan seni bina Islam dan tradisional China dan seolah-olah pagoda atau tokong Buddha, tetapi kedudukannya menghadap kiblat. Selain 21 monumen, turut menarik perhatian ialah Masjid Kristal, mercu tanda baru Kuala Terengganu yangdibina seolah-olah terapung di air. Ia dinamakan Masjid Kristal kerana asas seni bina yang menggunakan hanya kaca dan keluli seakan-akan menyerupai kristal apabila terkena tempias cahaya. Berkeluasan 2,146 meter persegi dan mampu menempatkan kira-kira 1,000 jemaah, masjid itu adalah terjemahan hasil seni dan kreativiti rakyat tempatan yang turut menyumbang terutama menghasilkan lukisan kaligrafi khat yang menghiasi keseluruhan hiasan dalamannya. Selain membawa anda mengelilingi dunia melihat seni bina Islam, pelbagai ilmu pengetahuan boleh diperoleh. Jika letih berjalan, anda boleh menaiki buggy atau basikal yang disediakan dengan bayaran berpatutan.

Anda mungkin juga menyukai