Anda di halaman 1dari 14

Kemahiran Menyoal

Konsep Menyoal
Menyoal merupaka satu kemahiran komunikasi yang kompleks. Keadaan yang kompleks ini wujud secara semula jadi daripada komunikasi dua hala. Umumnya, kemahiran menyoal dan keadaan semula jadi antara dua manusia boleh mempengaruhi interpretasi sesuatu soalan itu. Kecenderungan penyoal dan individu yang menjawab soalan, soalan bersifat terbuka mahupun tertutup dapat mempengaruhi sesuatu proses komunikasi itu.

Mengapa?
Menurut Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad, Sulaiman Shakib Mohd Noor & Azizi Yahya (2005), Kemahiran menyoal membolehkan kita mengumpul lebih banyak maklumat dalam proses kaunseling. Hal ini kerana, kemahiran ini dapat memberikan panduan, meningkatkan perhubungan, dan mencapai tujuan kaunseling. Menurut Mizan Adaliah & Halimatun Halaliah (2006), dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin dirundingkan oleh klien, menyoal merupakan satu cara yang perlu dilaksanakan. Menurut Sapora Sipon & Hapsah Md Yusof (2008), soalan merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat.

Matlamat Menyoal
Mendapatkan maklumat dengan tepat. Mendapatkan maklumat lanjut. Mendapatkan kepastian. [Mizan Adaliah & Halimatun Halaliah (2006)] Mendapatkan maklumat dengan cepat. Mendapatkan maklumat lanjut. Mendapatkan kepastian. [Sapora Sipon & Hapsah Md Yusof (2008)]

Matlamat Menyoal [Sambungan]


Menurut Mohamed Sharif, Roslee & Jamaludin (2002) dalam buku 2005, kaunselor yang cekap dari aspek kemahiran menyoal membolehkan soalan yang sesuai sahaja dikemukakan kepada klien dan soalan yang kurang penting harus diabaikan sama sekali. Menurutnya lagi, matlamat menyoal adalah untuk:
Mengumpul maklumat Membenuk perhubungan Mengeluarkan tujuan sesi diadakan Membatu mencari, menjelaskan dan menyelesaikan isu. Meningkatkan persefahaman apabila komunikasi itu terhad, umum, atau kurang jelas. Memberikan beberapa contoh kesilapan umum semasa penyoalan, menerangkan kenapa kesilapan tersebut menimbulkan masalah dan membetulkan kesilapan tersebut.

Kriteria Soalan
Soalan-soalan mestilah berkaitan dengan usaha mengalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Disamping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan tertntu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa berasa tergugat. Soalan ditanya adalah sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela.

Jenis-Jenis Soalan

Soalan Terbuka

Soalan Tertutup

Soalan Terbuka
Soalan yang menjemput perbincangan , penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Ia memberikan autonomi kepada klien untuk bercerita. Dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa diterima. Contoh: Apa, Bagaimana, Mengapa, Dimana, Kalau tidak keberatan, boleh anda kongsikan, Jelaskan.

Tujuan Soalan Terbuka


Bertujuan untuk menggalakkan pendedahan kendiri. [Choong Lean Keow, PhD (2010)] Memberi ruang kepada klien untuk meluahkan perasaan menikut arah yang dipilihnya sendiri dan dikhususkan oleh kaunselor. Klien memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya tanpa dinilai terlebih dahulu. Klien bebas bercerita atau menerangkan. Memberi peluang kepada klien untuk menerokai dan membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. [Sapora Sipon & Hapsah Md Yusof (2008)]

Aplikasi Di Dalam Kes GloriaAlbert Ellis


would you like to tell me what bothering u most? Now lets consider the source of your shyness... that's what you're telling yourself to create that? what are you saying to yourself before you get flipped?

Soalan Tertutup
Soalan yang menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini memberikan maklumat yang khusus. [Mizan Adaliah & Halimatun Halaliah (2006) & Sapora Sipon & Hapsah Md Yusof (2008)] Contoh soalan: Adakah, Sudahkah, Siapakah, Berapakah, Bilakah, Dimanakah

Tujuan Soalan Tertutup


Menggalakkan sesi kaunseling daripada terkeluar dari tajuk perbincangan. Memenuhi jurang maklumat yang spesifik Mengurangkan percakapan klien yang banyak. [Sapora Sipon & Hapsah Md Yusof (2008)] Untuk mengumpul maklumat atau memberi fokus kepada perbincangan. [Choong Lean Keow, PhD (2010)] Mendapatkan kepastian fakta. Mendapatkan maklumat yang khusus. Memberitahu apa yang ingin kita ketahui daripada mereka. Memberhentikan orang daripada terlalu banyak bercakap. Memberi arah tertentu di dalam perbincangan. [Mizan Adaliah & Halimatun Halaliah (2006)]

Aplikasi Di Dalam Kes GloriaAlbert Ellis


You are generalize that probably would be I have a more difficult time..and you jumping to therefore I never get at allA sense of not confidence at you, and the non-confidence is you saying I dont want to miss out on things. I would like to get that kind of man that I want. Gloria: yea.. Kaunselor: Superior kind of girl will get a superior kind of man. Gloria: Yea.. Kaunselor: But if I dont then I practically on the othersideI could not get anythingthat was quiet extream way. Gloria: yes

Rujukan
http://books.google.com.my/books?id=YtGMyE8LtYC&printsec=frontcover#v=onepag e&q&f=false Choong Lean Keow.2010.Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Kumpulan Budiman SDN BHD.

Anda mungkin juga menyukai