Anda di halaman 1dari 5

1.

RASIONAL PERTANDINGAN Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang

terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guruguru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2009. Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan. Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini. Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental. Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia sejak sekian lamanya. Berdasarkan kepada keperluan inilah, kumpulan PISMP SN/PJ/BI semester 5 berusaha menyediakan satu karnival pertandingan permainan tradisional yang diharap dapat merealisasikan kemantapan rohani dan jasmani seterusnya melahirkan para guru yang berketrampilan.

2.0

LAPORAN

JAWATANKUASA

MAKANAN,

KARNIVAL

PERMAINAN

TRADISIONAL ANJURAN PISMP SEMESTER 5, IPG KAMPUS DARULAMAN. 2.1 Sebelum Pada 8 Januari 2013, taklimat kali pertama telah diberikan oleh Encik Ismail bin Yaacob berkaitan pengelolaan Karnival Permainan Tradisional yang akan dianjurkan oleh PISMP Semester 5. Dalam taklimat ini, kami dikehendaki melantik jawatankuasa pengelola permainan tradisional. kelas. Hanya Namun saya begitu, seorang saya yang terlibat dalam

jawatankuasa

makanan

berkolaborasi

bersama

jawatankuasa makanan dari kelas lain yang diketuai oleh Abdul Raqib daripada kelas Pendidikan Khas 1. Karnival Permainan Tradisional akan diadakan pada 16 Mac 2013 iaitu pada hari Sabtu. Oleh itu, saya bersama-sama jawatankuasa makanan dari kelas lain telah membuat perbincangan bersama pensyarah mengenai menu makanan dan tempahan makanan. Selain itu juga, sebelum membuat tempahan makanan, saya dan ahli jawatankuasa makanan telah mengumpulkan senarai nama pengelola permainan iaitu daripada lima buah kelas yang terlibat serta senarai nama vegetarian dan elergik. Setelah mengumpul senarai nama, hanya beberapa orang dari kelas bahasa Cina adalah vegetarian. Manakala, selebihnya tiada masalah pemakanan dan elergik. Sebelum membuat tempahan makanan, kami telah mengisi borang LO untuk mendapatkan peruntukan daripada Unit Kewangan IPG Kampus Darulaman. Setelah borang tersebut dicop dan diluluskan barulah tempahan makanan boleh dibuat. Setelah itu, kami telah membuat tempahan makanan di caf asrama Kolej Kediaman Pelajar. Menu yang telah dipilih ialah Nasi Ayam dan Nasi beserta sayur bagi vegetarian.Manakala, minuman yang ditempah pula ialah Sirap Ais. Roti dan air teh panas juga disediakan untuk sarapan. Kami juga meminta pihak pengurusan caf asrama untuk membungkus makanan tersebut dan menghantar bungkusan makanan tersebut ke Dewan Besar iaitu tempat permainan dan majlis penutup berlangsung.

2.2 Semasa Karnival Permainan Tradisional dijalankan pada dua sesi iaitu sesi pagi dimulakan dengan permainan outdoor dan pada jam 11 pagi berlangsung pula permainan indoor. Sarapan pagi telah disediakan di Kafe Lawang iaitu roti dan teh panas. Setelah kami dimaklumkan oleh pihak pengurusan caf asrama bahawa makanan tengah hari telah dihantar di caf Lawang, kami bersama-sama mengangkut ke semua makanan ke Dewan besar untuk sesi jamuan makan. Setelah berakhir

kesemua pertandingan dan majilis penutup, kami mula mengagihkan makanan mengikut kelas. Setelah selesai makan dan minum, saya bersama-sama ahli jawatankuasa makanan telah mengumpul semula cawan-cawan yang telah digunakan serta mengumpul semula bekas makanan untuk dipulangkan kepada pihak caf asrama. 2.3 Selepas Pada 9 Mac 2013 bertempat di Dewan Zaba, satu sesi refleksi telah dilaksanakan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Karnival Permainan Tradisional yang telah dilaksanakan. Pembentangan kekuatan dan kelemahan telah dibentangkan oleh ketua setiap jawatankuasa pengelolaan. Manakala, refleksi jawatankuasa makanan telah

dibentangkan oleh Abdul Raqib iaitu ketua jawatankuasa makanan.

3.0

Refleksi Syukur Alhamdulillah, Karnival Permainan Tradisional ini telah berlangsung

dengan lancar tanpa sebarang kekangan yang menghalang kelancaran karnival permainan tradisional ini. Terdapat beberapa kekuatan daripada penglibatan saya dalam jawatankuasa pengelolaan karnival permainan tradisional ini. Antaranya ialah jawatankuasa makanan telah bekerjasama menguruskan prosedur memohon peruntukan makanan daripada Unit Keewangan IPDA. Kerjasama di anatara ahli jawatankuasa telah melancarkan perjalanan dan proses permohonan peruntukan makanan ini. Selain itu juga, sebelum mengagihkan makanan kepada para pengelola, kami telah bekerjasama mengangkut makanan dari kafe lawang ke Dewan Besar IPDA untuk diagihkan kepada setiap kelas. Kerjasama ini telah mengeratkan lagi hubungan kami antara jawatankuasa pengelolaan karnival permainan tradisional ini. Kekuatan yang terakhir ialah, menu yang dipilih telah dipuji oleh rakan pengelola yang lain bahawa makanan tersebut sangat sedap dan mereka berpuas hati dengan makanan yang dipilih. Oleh itu, saya sangat gembira dan berpuas hati dengan pengelolaan jawatankuasa makanan. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang timbul semasa mengelola jawatankuasa makanan ini. Anataranya ialah, semasa sesi sarapan pagi, terdapat ramai pengelola permainan tradisional tidak mendapat makluman bahawa sarapan pagi ada disediakan terutamanya pengelola yang menguruskan kawasan permainan di dalam Dewan Besar IPDA. Saya sangat kesal dengan kelemahan ini kerana saya dan rakan jawatankuasa makanan tidak membuat makluman yang jelas kepada para pengelola.

Selain itu juga, semasa mengagihkan makanan tengahari kepada para pengelola mengikut kelas, saya dan rakan-rakan jawatankuasa makanan mendapati bahawa makanan kepada pengelola vegetarian yang telah ditempah tidak disediakan oleh pihak kafe asrama. Kami sangat kesal kekangan yang tidak diingini seperti ini telah berlaku. Namun begitu, bilangan makanan yang mencukupi dan semua pengelola mendapat makanan tengahari tersebut. Vegetarian juga diberikan makanan tersebut dan mereka hanya memakan nasi sahaja tanpa lauk. Segala kelemahan dalam pengelolaan saya dan rakan-rakan jawatankuasa pengelolaan karnival permainan perlu diambil tindakan susulan. Antaranya ialah saya dan rakan-rakan perlu membuat makluman yang jelas semasa menyediakan sarapan dan makan tengahari. Untuk mengelakkan berlaku masalah yang sama iaitu makanan vegetarian yang ditempah tidak disediakan, kami perlu memeriksa makanan terlebih daluhu sebelum menerima makanan tersebut dari pihak kafe asrama. Segala kesulitan amat dikesali. Saya berharap agar kekangan seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai