Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA, KUALA LUMPUR DAN PERAK UNTUK MURID LEPASAN UPSR 2011

1. Pendahuluan Dalam proses pembentukan jati diri seorang pelajar yang cemerlang dan berjiwa patriotisme, pendedahan terhadap cabaran dan rintangan dalam pembinaan negara bangsa perlu bagi mengukuhkan lagi semangat cintakan negara dalam diri generasi baru ini. Program Lawatan sambil belajar ini dilihat sebagai satu proses dalam menerapkan ilmu, pengalaman dan memperlihatkan kejayaan serta kemajuan tanahair yang telah dicapai kepada pemimpinpemimpin masa hadapan bagi memastikan akan lahir pemimpin yang cemerlang di kemudian hari. Lokasi utama yang dipilih ialah Melaka dan Kuala Lumpur terutamanya Putrajaya yang merupakan lambing kemajuan negara Malaysia yang merdeka. Pelbagai nilai pengajaran sama ada dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek dapat diperolehi melalui sejarah kewujudan Kuala Lumpur. Seperti mana yang sering diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Seri Dr. Mahathir Mohammad dari keruntuhan kota Melaka, kita dirikan Putrajaya sebagai lambang bangsa Malaysia yang maju dan merdeka. 2. Matlamat Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar khususnya para pelajar dari sekolah ini untuk melihat proses pembangunan negara. Proses pembelajaran bukan sahaja diperoleh secara formal di dalam bilik darjah bahkan boleh juga didapati di luar bilik darjah secara tidak formal. Strategi pengajaran dan pembelajaran melalui lawatan ini dapat memperluas pengetahuan dan membuka minda murid-murid seiring dengan keperluan sains dan teknologi pendidikan masa kini . Adalah diharapkan melalui program ini akan terbentuk semangat jati diri diri yang tinggi dalam kalangan pelajar ini bagi memanjangkan maklumat dan pengalaman ini kepada rakan pelajar di sekolah.

3. Objektif i. ii. iii. iv. v. Bagi melahirkan pelajar yang mempunyai semangat kenegaraan bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu melahirkan insan yang seimbang. Bagi membentuk jati diri dan semangat juang yang tinggi dalam diri setiap pelajar melalui pengalaman dan penghayatan. Bagi member rangsangan emosi kepada pelajar untuk lebih aktif dalam pelbagai aspek pendidikan di luar bilik darjah. Memupuk semangat setia kawan dan perpaduan antara rakan-rakan. Memberi pendedahan tentang semangat cintakan alam semula jadi dan kehidupannya.

4. Tempat / Lokasi Muzium telekom,Pusat Sains Negara,Menara Kuala Lumpur dan Menara Petronas Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya, Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Dataran Merdeka, Masjid Putrajaya. Bandar Hilir Melaka,Taman Mini Asia dan Zoo Melaka Lost Of Tambun Perak

5. Tarikh 7 Oktober 2011 hingga 10 Oktober 2011 (Jumaat hingga Isnin) 6. Peserta 50 orang pelajar dan 14 orang guru pengiring. 7. Jadual Aturcara Lawatan (SILA LIHAT LAMPIRAN A) 8. Senarai nama peserta (SILA LIHAT LAMPIRAN

9. Penutup Program ini dilihat sebagai satu program penerapan ilmu luar bilik darjah kepada para pelajar dalam usaha melahirkan bakal pemimpin yang lebih kreatif, inovatif yang mampu bersaing di alaf yang baru ini. Pengalaman berada di Pusat Sains Negara ini dapat melahirkan lagi pelajar yang mempunyai minat dalam dunia penerokaan sains dan angkasa lepas amnya. Manakala pengalaman di Zoo Melaka ini dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengetahui tentang hidupan yang terdapat dalam alam semula jadi ini. Diharap melalui program seperti ini, pelbagai aspek pembangunan negara dapat memberi panduan kepada para pelajar bagi menghadapi kepelbagaian pengisian sistem pendidikan negara kelak. Berkhidmat Untuk Agama, Bangsa dan Negara

Disediakan oleh,

Disemak Oleh

. Azizah binti Kamis Pengelola Lawatan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka, Kuala Lumpur dan Perak Disahkan Oleh .......... Tuan Haji Mansor bin Ibrahim Guru Besar Sekolah Rendah Islam 1

Pn.Hajah Basah binti Jib Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sek.Rendah Islam 1

Anda mungkin juga menyukai