Anda di halaman 1dari 11

Minggu 4 Kesedaran untuk Merdeka Pendidikan, Penulisan, Pengaruh Luar Faktor pendidikan dalam kalangan rakyat tempatan, kegiatan

penulisan dan pengaruh luar memainkan peranan penting mewujudkan kesedaran memerdekakan tanah air di Tanah Melayu. Faktor Kesedaran Pendidikan Sistem persekolahan di bawah British tidak menekan aspek intelektual dan kesedaran bernegara dalam kalangan pelajar. Kebolehan pelajar untuk menguasai kemahiran membaca telah memberi kesan yang mendalam kepada kesedaran untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu. Peranan akhbar sebagai media massa utama yang menggerakkan semangat untuk merdeka di Tanah Melayu. Kadar celik huruf yang baik membolehkan apa yang ingin disampaikan oleh akhbar dapat diterima oleh rakyat di Tanah Melayu. Sistem persekolahan pondok dan madrasah juga mula menekankan semangat ingin merdeka dan membela Islam di Tanah Melayu. Contohnya, Maahad as-Syarif di Gunong Semanggol Perak memainkan peranan penting dalam menggerakkan Hizbul Muslimin di Tanah Melayu. Penglibatan guru-guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan penduduk. MPSI menjadi pusat intelektual Melayu. Antara tokoh MPSI yang menjadi tokoh penting di Tanah Melayu termasuklah Harun Aminurrashid, Buyong Adil, Zaaba dan Ibrahim Haji Yaacob. Golongan berpendidikan juga telah memainkan peranan penting dalam meniupkan kesedaran untuk merdeka di Tanah Melayu.

Golongan berpendidikan Inggeris seperti Dato Onn, Nik Ahmad Kamil, Dato Panglima Bukit Gantang dan Dr.Ismail Abdul Rahman. Golongan berpendidikan Islam seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Haji Ahmad Badawi, Haji Ahmad Fuad Hassan dan lain-lain. Golongan berpendidikan vernakular dalam kalangan guru dan wartawan seperti Zaaba, Harun Aminurashid, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Abdul Rahim Kajai.

Faktor Kesedaran Penulisan Kegiatan kesedaran nasionalisme melalui kegiatan penulisan telah dimulakan sejak awal tahun 1900an. Dipelopori oleh golongan berpendidikan Timur Tengah seperti Syeikh Syed Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dll melalui akhbar-akhbar seperti Majlis, Saudara, Edaran Zaman dll. Selepas era Perang Dunia kedua, akhbar-akhbar yang aktif dalam menggerakkan semangar kemerdekaan dalam kalangan orang Melayu termasuklah Utusan Melayu, Warta Negara dan Majlis. Utusan Melayu menjadi antara akhbar paling berpengaruh selepas perang dengan barisan wartawannya Pak Sako, Keris Mas, Melan Abdullah dan Abdul Samad Ismail. Antara usaha yang dibangkitkan oleh Utusan Melayu : Keperluan untuk menggerakkan kembali persatuan-persatuan Melayu di negeri-negeri yang terjejas ketika era pendudukan Jepun. Memperjuangkan kedudukan dan hak orang-orang Melayu Memainkan peranan dalam menentang Malayan Union Kesusasteraan memainkan peranan melalui penubuhan Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50). Antara penggerak utama ASAS 50 termasuklah Keris Mas, Usman Awang, Asraf dan Masuri S.N.

Matlamat penubuhan angkatan sasterawan adalah untuk memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat menuju ke arah kemerdekaan melalui slogannya Seni Untuk Rakyat.

Cerpen dan sajak yang dihasilkan oleh ASAS 50 adalah mengkritik masyarakat termasuklah membela kaum marhaen (golongan petani) dan mengkritik golongan atasan di Tanah Melayu.

Antara cerpen yang terkenal yang dihasilkan oleh ASAS 50 termasuklah Suluh Malaya karya Keris Mas (1946) dan Orang-orang Sial karya Abdul Wahab Mohamad (1951).

Usman Awang juga telah mencurahkan idea-idea penulisannya melalui majalah Mastika yang memainkan peranan memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan.

Faktor Pengaruh Luar Kejayaan negara jiran iaitu Indonesia memperoleh kemerdekaan daripada tangan Belanda pada 1945 telah memberi inspirasi kepada penduduk di Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan. Maka menularnya ideology radikal dalam memperjuangkan kemerdekaan selepas terpengaruh dengan perjuangan buluh runcing bagi menuntut kemerdekaan di Indonesia. Selain itu, keadaan semasa di seluruh dunia selepas perang yang menyaksikan kebanyakan negara-negara bekas jajahan seperti India, Pakistan, Filipina dll telah menyemarakkan bagi semangat ingin merdeka dalam kalangan rakyat tempatan.

Minggu 5 British Military Adminstration (BMA) Jepun kalah pada tahun 1945, Tanah Melayu dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari sahaja. PKM banyak melakukan ganas, Tanah Melayu menjadi huru-hara. Keadaan diselamatkan oleh BMA. BMA ialah pentadbiran bercorak tentera sebelum Malayan Union diperkenalkan. Pentadbiran Tentera British Selepas 14 hari, tentera British mula tiba di Tanah Melayu dan membentuk pentadbiran tentera British yang dikenali sebagai British Military Adminstration (BMA). Bermula September 1945 sehingga Mac 1946, BMA telah mentadbir secara sementara Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat (termasuk Singapura) di bawah satu unit pentadbiran yang diketuai oleh Mejar Ralph Hone yang bertindak sebagai Pegawai Hal Ehwal Awam. BMA diberi peranan untuk mentadbir Tanah Melayu sehingga sebuah kerajaan awam yang baharu dapat dibentuk di Tanah Melayu. Pentadbiran tentera British di Tanah Melayu dikuasai oleh golongan tentera dan terdapat beberapa orang awam yang dilantik sebagai penasihat. Pentadbiran BMA telah dilihat gagal untuk menguruskan Tanah Melayu dengan baik dan gagal untuk mengatasi masalah yang berlaku disebabkan peperangan termasuklah : 1. BMA tidak dapat mengawal tenteranya yang bertindak sewenangnya dan melanggar undang-undang. 2. BMA telah menimbulkan kesulitan kepada rakyat apabila mengisyhtiharkan wang pokok pisang pada zaman Jepun tidak disahlaku dalam urusan urusniaga. Kesannya, rakyat tidak dapat

membeli barang keperluan dan memberi tekanan terhadap ekonomi rakyat. 3. BMA gagal mengatasi kegiatan pasaran gelap, penyeludupan dan rasuah yang berleluasa pada zaman Jepun. 4. BMA gagal mengatasi masalah perpaduan kaum dan pergaduhan antara kaum seing berlaku. Kejayaan BMA 1. Menghapuskan kuasa PKM selama 14 hari di Tanah Melayu 2. Memujuk PKM dan MPAJA menyerah senjata 3. Kawal dan henti pergaduhan kaum dan wujudkan keamanan dan tegakkan undang-undang. Akhirnya, pada bulan April 1946, pentadbiran BMA telah dibubarkan dan diserahkan kepada kerajaan awam di Tanah Melayu dan kerajaan awam itu ialah Malayan Union.

Minggu 5 Reaksi Rakyat Tempatan Terhadap Penubuhan Malayan Union Sambutan rakyat tempatan terhadap cadangan penubuhan Malayan Union adalah pelbagai. Ada yang menyokong Ada yang menentang

Penentangan terhadap Malayan Union Majoriti orang Melayu di seluruh Tanah Melayu telah bangun menentang cadangan Malayan Union yang cuba dilaksanakan oleh British di Tanah Melayu. Penentangan dapat dilihat melalui gerakan yang dilakukan oleh persatuanpersatuan Melayu di seluruh Tanah Melayu. Faktor Penentangan 1. Ancaman terhadap kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu Dalam kerajaan Malayan Union, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan. Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja. Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal (veto). Gabenor Malayan Union menjadi Pengerusi Majlis Islam menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi pengerusi. Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan tidak rela sultan dilucutkan kuasa politik di negeri mereka sendiri. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi tanah jajahan British.

2. Cara Pemerolehan Kerakyatan Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentimen benci orang bukan Melayu terutamanya kaum Cina. Syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Orang Melayu meragui taat setia orang Cina dan India kerana sebelum Perang Dunia 2 semangat nasionalisme mereka terarah ke negara asal masing-masing. Pelaksanaan Malayan Union akan mengakibatkan kira-kira 85% orang Cina dan 75% orang India mendapat taraf kewarganegara Tanah Melayu. Kerakyatan golongan imigran dilihat menghapus status quo orang Melayu sebagai gol majoriti di Tanah Melayu. 3. Tipu helah Mac Michael Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan dalam menyokong penubuhan Malayan Union. Bagi mendapat persetujuan sultan, paksaan telah dilakukan ke atas sultan dengan mengugut akan dilucutkan jawatan atas alasan bekerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua. Mac Michael tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing. Orang Melayu marah kerana Mac Michael tidak menerangkan syarat gagasan Malayan Union secara terperinci serta mendapatkan pandangan daripada raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum sultan menandatangani perjanjian. 4. Ancaman terhadap kedudukan Islam Tindakan Gabenor Malayan Union menjadi pengerusi Majlis Agama Islam telah membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Hal ini ditambah pula dengan tindakan yang memberikan kuasa kepada Gabenor untuk memungut zakat atas nama Gabenor Malayan Union sedangkan zakat adalah satu bentuk ibadah dalam Islam.

5. Ancaman terhadap kedudukan orang Melayu Di bawah Malayan Union, semua rakyat adalah sama tanpa mengira sama ada mereka merupakan rakyat asal di negara ini mahupun golongan imigran. Hal ini adalah bertentangan dengan kenyataan bahawa orang Melayu memiliki keistimewaan disebabkan mereka adalah tuan di Tanah Melayu. Malah, pemberian kerakyatan secara terbuka kepada golongan imigran telah menghakis kuasa politik orang Melayu di Tanah Melayu. Cara Penentangan 1. Peranan Akhbar Antara akhbar yang menyatakan penentangan mereka terhadap Malayan Union termasuklah akhbar Utusan Melayu (Singapura), akhbar Majlis (Selangor) dan akhbar Warta Malaya (Malaya). Akhbar-akhbar ini telah menyeru dan membangkitkan semangat orang Melayu untuk menentang Malayan Union dengan menjelaskan kesankesan buruk apabila Malayan Union diisytiharkan. Utusan Melayu telah mempertikaikan cara Mac Michael memperoleh tandatangan Sultan Melayu manakala Warta Melayu menyeru orangorang Melayu menubuhkan sebuah pertubuhan kebangsaan bagi menentang Malayan Union. 2. Peranan Dato Onn Dalam menentang Malayan Union, Dato Onn Jaafar, Pegawai Daerah Batu Pahat yang juga merupakan salah seorang yang dekat dengan kerabat diraja Johor telah menggesa semua pertubuhan Melayu di seluruh

Tanah Melayu bersatu agar mendapat kekuatan dalam memelihara kepentingan orang Melayu. Hasilnya, Dato Onn Jaafar telah berjaya menyatukan persatuan persatuan Melayu di Johor di bawah ikatan Melayu Johor dan kemudiannya Gerakan Melayu Semenanjung. Dato Onn juga memainkan peranan penting bersama-sama Persatuan Melayu Selangor bagi menjayakan Kongres Melayu seMalaya sebagai respon terhadap usaha menentang Malayan Union. 3. Demonstrasi Tunjuk perasaan dan demonstrasi secara besar-besaran juga telah diadakan di seluruh Tanah Melayu sebagai tanda bantahan terhadap Malayan Union. Antaranya, Persatuan Melayu Kelantan telah berjaya mengumpul 10 ribu orang Melayu ketika Mac Michael tiba di Kelantan dalam usaha mendapatkan tandatangan Sultan Kelantan. Di Kedah, Persatuan Melayu Kedah berjaya menganjurkan demonstrasi yang dihadiri hampir 50000 ribu orang manakala perhimpunan di Johor dihadiri hampir 15000 orang. 4. Telegram Sebagai menandakan bantahan terhadap Malayan Union, beberapa telegram daripada Pertubuhan di Tanah Melayu telah dihantar ke Pejabat Tanah Jajahan British di London supaya menghalang penubuhan Malayan Union. Antaranya adalah telegram yang diutuskan oleh Dato Onn melalui UMNO, Zaaba dan Suara Islam Malaya Pulau Pinang. 5. Kongres Sebagai tanda penentangan terhadap Malayan Union, satu kongres tergempar diadakan pada 29 dan 30 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,

Kampung Baru Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Pertubuhan-pertubuhan Melayu dari seluruh Tanah Melayu. Antara ketetapan kongres dalam menentang Malayan Union termasuklah : Bersetuju menubuhkan UMNO dan membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada Dato Onn, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil dan Zaba yang ditugaskan untuk merangka Perlembagaan UMNO. Memulaukan upacara berhubung dengan penubuhan Malayan Union. Berkabung selama tujuh hari sebagai tanda bantahan terhadap Malayan Union dengan melilitkan kain putih pada songkok. Menggesa Ahli Majlis Mesyuarat Negeri memulau majlis dan menarik diri dari sebarang perlantikan ke dalam mana-mana jawatankuasa. 6. Penubuhan UMNO Dalam meneruskan lagi penentangan terhadap Malayan Union, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan secara rasmi pada 11hb Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru dan melantik Dato Onn sebagai Presiden UMNO yang pertama. Melalui UMNO, Dato Onn telah menghantar satu telegram bantahan terhadap Malayan Union kepada Perdana Menteri British, Clement Atlee. UMNO juga bertindak dengan mengadakan demonstrasi membantah Malayan Union di seluruh negara termasuk di padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, Pahang dan Perak. 7. Sokongan Bekas Pegawai British Perjuangan orang-orang Melayu yang menentang Malayan Union di bawah UMNO telah mendapat simpati dan sokongan daripada bekas pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Cecil Clementi, Frank Swettenham, R.O Winsteadt, dan George Maxwell.

Mereka mengecam penubuhan Malayan Union yang dianggap cuba merampas kedaulatan Raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Untuk itu, mereka telah menulis dalam akhbar The Times di London bagi menyatakan bantahan mereka terhadap Malayan Union.

8. Peranan MDU Malayan Democratic Union (MDU) yang dianggotai oleh golongan Cina professional telah menentang penubuhan Malayan Union yang dianggap gagal membawa masuk Singapura ke dalam Malayan Union. Mereka menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bersama (CIA) yang diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock dan John Eber.

Anda mungkin juga menyukai