Anda di halaman 1dari 2

PEMBENTUKAN INDEKS KEEFISIENAN BANDARAYA UTAMA

SEMENANJUNG MALAYSIA

06-01-02-SF0357

Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh, Dr. Habibah Ahmad, Dr. Sivapalan Selvadurai, Dr.
Jalaluddin Abdul Malek, Dr. Masri Ayob, Dr. Azima Abdul Manaf, Marsitah Mohd
Radzi,
Sarmila Md Som.

ABTSRAK

Pelbagai tragedi seperti banjir kilat, tanah runtuh, jenayah berat (rompakan dan
pembunuhan), pembuangan kerja, kemalangan dan kesesakan lalulintas yang melampau
semakin kerap dialami oleh bandar-bandar di Malaysia. Tragedi-tragedi ini bukan sahaja
membawa kerugian material-nyawa tetapi sebenarnya merupakan petunjuk ketidak-
efisienan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan di peringkat bandar,
negeri mahupun negara. Ketidak-efisienan ini menjadi satu isu kritikal apabila daya saing
menjadi pertaruhan dalam era globalisasi. Dalam era globalisasi, strategi
pembangunan bandar perlu berganjak ke arah memperkukuhkan daya saing berteraskan
keefisienan. Di Malaysia, penggubalan beberapa dasar pembangunan, seperti yang
terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Rancangan Fizikal Negara
(2006) dan Dasar Perbandaran Negara (2006) serta pembentukan Indeks Kualiti Hidup,
dilihat sebagai usaha memenuhi bukan sahaja tuntutan lokal, malah juga tuntutan global
ke arah mencapai status negara maju. Namun, pelaksanaan strategi-strategi ini tanpa
penelitian terperinci terhadap pendekatan dan mekanisme keefisienan memungkinkan
sesebuah bandaraya gagal bersaing apabila gerakuasa pasaran menjadi pemain dan
penentu utama pembangunan global. Dengan pendekatan yang menyeluruh, setempat
dan bersandarkan budaya, konsep keefisienan yang diterokai dalam penyelidikan ini
menawarkan satu pembaharuan iaitu mengadunkan pengintegrasian prinsip keefisienan
pelbagai dimensi, antaranya efisiensi-ekonomi, efisiensi-ekologi, efisiensi-lestari,
efisiensi-ekuiti, efisiensi-kerjasama, efisiensi-bersaing, efisiensi-berdayahuni, efisiensi-
governan, efisiensi-perkasa, dan efisiensi-budaya. Kesemua dimensi keefisienan
bandaraya ini mengambilkira entiti ruang-masa lokal-nasional-global. Justeru itu, satu
set indeks keefisienan bandaraya akan dibentuk bagi memandu pihak berkepentingan
seperti pihak berkuasa tempatan; perancang dan pembangun bandar dan wilayah;
pelabur serta masyarakat umum dalam membangunkan sebuah bandaraya berteraskan
komponen atau gabungan komponen pembangunan yang mempunyai tahap keefisienan
optimum, dan meminimumkan pembaziran sumber. Justeru itu, poster penyelidikan ini
akan menonjolkan fenomena ini, sebagai gambaran awal betapa pentingnya
pembangunan sesebuah bandaraya seharusnya berteraskan keefisienan pelbagai-dimensi
bagi menjamin survival bandaraya tersebut dalam arus pembangunan global, dengan
Kuala Lumpur sebagai kes kajian utama.

Anda mungkin juga menyukai