Anda di halaman 1dari 2

BAHASA INGGERIS BAHASA KEDUA: MASALAH DAN

CABARAN

SK1/2006

Nor Hashimah Jalaluddin (KP), Fauziah Ahmad, Rozmel Abdul Latiff, Kalthum Ibrahim,
Zalina Mohd. Lazim, Noraini Ibrahim, Radha Nambiar, Norsimah Mat Awal,
Kesumawati Abu Bakar, Nor Zakiah Abdul Hamid, Suziana Mat Saad, Masera Shabudin,
Hayati Lateh, Marlyna Maros, Pramela Krish, Nadzrah Abu Bakar, Siti Hamin Stapa,
Fadzeli Jaafar, Mohd. Azlan Mis

ABSTRAK

Sejak kebelakangan ini penguasaan BI pelajar dikatakan semakin lemah meskipun telah
lama terdedah dengan bahasa kedua ini. Satu kajian penguasaan BI telah dilakukan di
selatan tanah air yang melibatkan sekolah kawasan bandar, pinggir bandar dan luar
bandar. Kajian ini telah mengenal pasti banyak faktor yang mempengaruhi penguasaan
BI ini. Antaranya faktor kekerabatan bahasa yang terasing antara dua bahasa ini. Baahsa
Melayu (BM) berasal dari rumpun Austronesia sementara BI dari rumpun Indo-Aryan.
Secara tidak langsung struktur bahasanya memang berbeza. Pelajar gagal membezakan
struktur kedua bahasa melalui ujian kloz karangan dan soal selidik yang diberikan. Faktor
sosiolinguistik dan persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Rata-ratanya
pelajar malu untuk bertutur, tidak melihat kepentingan bahasa kedua ini, tidak merasakan
perlu menggunakan BI kerana BM masih merupakan bahasa komunikasi utama antara
kaum di sekeliling mereka. Selain faktor linguistik, faktor pembelajaran seperti strategi
pembelajaran dan pemilihan teks kesusasteraan Inggeris juga mempengaruhi minat
pelajar. Jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas menyebabkan guru gagal
memanfaatkan strategi yang berkesan dalam pengajaran. Ditambah lagi dengan
penggunaan sesetengah teks kesusasteraan Inggeris oleh penulis barat menyebabkan
mereka gagal menghayati bahasa dan mesej yang hendak disampaikan. Guru BI yang
mahir dalam ilmu linguistik, kreatif dalam pedagogi dan dilengkapi dengan strategi
pembelajaran yang mapan mampu menarik minat pelajar terhadap BI memandangkan
majoriti pelajar mengatakan mereka suka dengan subjek ini.

Anda mungkin juga menyukai