Anda di halaman 1dari 23

1.0 Pengenalan Anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sesebuah rumahtangga.

Kehadirannya dinanti oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Kehadiran cahaya mata di dalam sesebuah keluarga merupakan kejayaan dan harapan. Seorang anak yang normal menggambarkan kesempurnaan diri seseorang itu dan seorang anak yang cacat menggambarkan satu kegagalan (Gargiulo, R.M.., 1985). Ibu bapa yang mempunyai anak yang cacat akan mengharungi satu proses yang sungguh memedihkan setelah diberitahu mengenai masalah yang dihadapi. (Bentovim, A., 1972). Mereka berperasaan negatif, berkabung, berasa dukacita, kemarahan atau enggan menerima hakikat sebenar dan juga dalam keadaan yang sungguh mengharukan (Weisebren, S.E., 1980). Anak-anak yang bermasalah pembelajaran adalah anak-anak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah

pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah; (a) (b) (c) (d) (e) (f) Sindrom Down; Autisme ringan; Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders / ADHD); Terencat akal minima; Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability); dan Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Contoh: Disleksia).

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

Anak-anak yang bermasalah pembelajaran seperti disleksia ini tidak patut disisihkan oleh keluarga dan masyarakat. Mereka sepatutnya mendapat pendidikan yang sewajarnya berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara iaitu semua kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti disleksia, mereka juga tidak terkecuali untuk mendapat pendidikan yang sebaik mungkin melalui program pendidikan khas yang disediakan untuk mereka.

2.0 Definisi Perkataan disleksia (dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia yang bererti perkataan. Terjemahannya membawa maksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Pelbagai interpretasi dan definisi yang diberikan terhadap disleksia, namun begitu semuanya membawa maksud kepada kelemahan atau kesukaran membaca yang dialami kanak-kanak. Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara

bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Manakala menurut Fadhilah Fitri (2009), perkataan disleksia berasal daripada bahasa Yunani iaitu dys kesulitan untuk dan lexis (huruf atau leksikal). Walau bagaimanapun terdapat beberapa pandangan dan pendapat penulis serta pengkaji yang memberi takrifan tentang disleksia. Menurut Choong Lean Keow (2009) disleksia didefinisikan sebagai kesukaran

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

menggunakan perkataan yang dihadapi oleh murid yang mengalami kecelaruan bahasa. (halaman 158) Dari sudut pengistilahan, penggunaan perkataan disleksia amat terhad kerana istilah tersebut merujuk kepada murid-murid yang mengalami kesukaran menguasai kemahiran membaca (Hammond & Hughes, 1996). Malah terdapat penulis-penulis dalam bidang disleksia di peringkat antarabangsa (British Psycological Society, 1999; Spafford & Grosser 1996) yang mengiktirafkannya sebagai kesukaran atau ketidakbolehan menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi iaitu merujuk khusus kepada kesukaran literasi. The Orton Dyslexia Societys (1994) telah mendefinisikan disleksia sebagai ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran.

Masalah ini adalah disebabkan kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan satu kod ayat yang selalunya menunjukkan ketidakupayaan pemprosesan tentang bunyi bahasa. Kesukaran-kesukaran dalam mentafsir satu kod ayat adalah selalunya tidak dijangkakan bersangkutan dengan umur dan kebolehan akademik. Terdapat pelbagai kesukaran yang ditunjukkan oleh disleksia. Antaranya adalah seperti bentuk bahasa, masalah membaca dan masalah menulis dan mengeja.

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

3.0 Faktor faktor Disleksia Faktor yang sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami disleksia tidak diketahui (Bradford, 2011). Namun mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, secara teorinya disleksia adalah disebabkan oleh genetik, biologi dan kematangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999).

3.1 Faktor Genetik Menurut pendapat dan kajian Bradford (2001), dalam kebanyakan kes murid disleksia, terdapat tanda-tanda berkemungkinan disleksia berpunca daripada faktor genetik atau keturunan. Contohnya terdapat beberapa orang ahli keluarga sama ada ibu bapa, adik-beradik atau saudara terdekat yang turut mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan disleksia boleh diwarisi. Namun demikian, darjah keterukkan disleksia yang dialami oleh seseorang individu itu mungkin berbeza antara satu sama lain. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terbukti bahawa disleksia adalah disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang diwarisi secara turun-temurun (British Psychological Society, 1991).

3.2 Faktor kongenital Disleksia juga terjadi disebabkan oleh faktor kongenital atau biologi. Pada kebiasaanya kanak-kanak disleksia merupakan anak yang dilahirkan tidak cukup bulan atau pramatang, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi yang dihadapi oleh ibu semasa proses kelahiran. Semua faktor ini merupakan penyebab

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

kepada kelambatan atau ketidak sempurnaan perkembangan sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia (Hammond & Hughes, 1996) dan kerosakan otak ini adalah dianggap minimum.

3.3 Faktor Perkembangan lewat Faktor perkembangan lewat juga merupakan salah satu daripada kemungkinan punca disleksia. Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf, dan kebiasaannya, kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya (Hammond dan Hughes 1996). Oleh itu, masalah disleksia sering berlaku di kalangan lelaki dan kerap berlaku juga kepada pasangan kembar. Kanak-kanak ini akan mengalami masalah pembelajaran apabila bersekolah kelak nanti. Selain itu, disleksia juga berlaku secara perkembangan atau pembinaan, iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Berlaku kecelaruan dalam dua hemisfera cerebral untuk menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisfera kiri yang menguasai bacaan. Oleh sebab hemisfera kiri ini lemah, maka terjadilah keterbalikan huruf dan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak disleksia ini.

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

Kanak-kanak yang mengalami disleksia juga mempunyai pelbagai defisit atau kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian otak (Rourke 1991). Ini bermakna otak kanak-kanak disleksia beroperasi secara berbeza dengan kanakkanak yang normal. Menurut Galaburda dan Tallal (1991), sistem pemprosesan auditori dan visual pada otak individu yang mengalami disleksia selalunya lebih kecil sebanyak 27% berbanding dengan individu lain.

Tanda-tanda masalah pembelajaran bagi kanak-kanak disleksia boleh dikenal pasti seawal usia tiga tahun. Sering kali ianya dikesan oleh ibu bapa atau penjaga. Kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat, dalam beberapa bidang perkembangan, mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran apabila remaja dan dewasa kelak. Antara tanda-tanda kanak-kanak mungkin mengalami masalah pembelajaran terutamanya bagi kanak-kanak disleksia ialah:-

Tanda-tanda Semasa Pra Sekolah


Tanda-tanda Semasa Awal Persekolahan (7-8 tahun)

Kurang tumpuan Masalah menyebut perkataan Tidak menggunakan banyak perkataan


Masalah mengaitkan abjad dan bunyi. Keliru dengan makna perkataan mudah contoh makan, lari dan lain-lain.

Tidak pandai bergaul dengan kawan

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

Tidak dapat mengikut arahan Lewat bercakap Masalah belajar nombor dan abjad

Buat kesilapan dalam menggunakan abjad (b dan d) dan (m dan w)

Masalah transposisi iaitu kesilapan dalam susunan suku kata contoh baldi dikatakan bladi,

Sukar memegang pensel Pakaian tidak kemas Penglihatan terhad, dan bermasalah untuk menentukan bahagian hadapan, belakang, kiri, kanan, atas atau bawah.

Keliru dengan tanda matematik (+, -, x, /, =)., kanan dan kiri Lebih bergantung kepada kebolehan menghafal Tidak pandai merancang. Masalah dalam pergaulan

Gambarajah 1: Perbezaan otak yang normal dengan otak yang mengalami disleksia

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

3.5 Faktor Neurogikal Menurut Kirk, Kliebhan dan Lerner (1978), Kebanyakan kanak-kanak disleksia dikenal pasti cenderung mengalami gangguan saraf otak atau kecederaan otak. Namun begitu, kebanyakan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar saraf, mereka belum dapat menemukan suatu gangguan neurologis yang sebenar.

4.0 Kategori Disleksia Pada dasarnya, kanak-kanak disleksia boleh dikategorikan kepada tiga iaitu disleksia perolehan, disleksia perkembangan dan disleksia pembawaan. 4.1 Disleksia Perolehan Menurut Ott (1997), disleksia perolehan (acquired dyslexia) adalah kesan dari kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan, iaitu : Dieleksia yang dalam teruk (deep dyslexia) dan dikenali juga (phonemic dyslexia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca yang menyebabkan berubah makna. Disleksia phonologi (phonological dyslexia) yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan bukan perkataan.

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

Disleksia permukaan (surface dyslexia) yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak-kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama.

Disleksia huruf (word form dyslexia) dan dikenali juga sebagai Deterine Syndrom di mana seseorang yang mengalami disleksia ini hanya boleh faham apa yang dibaca secara kuat dengan menyebut setiap huruf dalam sesuatu perkataan.

4.2 Disleksia Perkembangan Menurut Kennedy (1984), disleksia perkembangan developmental dyslexia ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak lain, yang lebih muda dua tahun atau lebih darinya. Ini berpunca daripada kerosakan tisu-tisu tertentu atau gagal untuk berfungsi secara keseluruhannya kerana

jangkitan penyakit atau ketidak seimbangan kimia dalam badan. Kanak-kanak ini mempunyai intelek yang normal serta tidak mempunyai kekurangan daripada segi persekitaran dan sosial.

4.3 Disleksia Bawaan Disleksia bawaan atau kongenital dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku sejak mereka dilahirkan akibat jangkitan kuman pada sistem saraf otak atau kecederaan akibat kemalangan semasa proses perkembangan. Kanak-kanak yang sering mengalamai demam selesema dan kepala yang sering terhantuk boleh menyebabkan

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

gangguan pada perkembangan saraf otak. Sistem saraf otak yang terganggu secara berterusan boleh menyebabkan kanak-kanak gagal menguasai pemerolehan kemahiran bahasa.

5.0 Ciri-ciri Disleksia Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan luar negara yang menyatakan bahawa masalah pembelajaran seperti disleksia mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah pemulihan (Chow, 1992). Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri

disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol seperti not muzik atau simbol Matematik. Masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri iaitu seperti: (a) Kesukaran berbahasa. (b) Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual. (c) Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak. (d) Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku). (e) Mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

10

kepada tulisan. (f) Daya tumpuan yang terhad( pendengaran dan pengamatan visual). 5.1 Pra Sekolah Bagi kanak-kanak pra sekolah yang mengalami masalah disleksia akan mengalami perkara-perkara seperti berikut: Kemajuan pertuturan yang lambat. Susah faham atau untuk mengingati arahan. Lemah kemahiran kasar seperti membaling atau menangkap bola. Sukar menepuk tangan mengikut irama. Kesukaran dengan preposisi ( Contoh: atas/ bawah, kiri/ kanan). Tidak tentu arah. Hyperaktif. Cekap dengan mainan binaan.

5.2 Sekolah Rendah Bagi mereka yang mengalami masalah disleksia di sekolah rendah pula, kita dapat mengecam mereka jika mereka ada masalah masalah seperti berikut: Lemah dalam bacaan, tulisan dan ejaan. Selalu terbalikkan perkataan, huruf dan nombor. Keliru dengan preposisi.

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

11

Kemahiran konsentrasi. Berbakat kreatif. Sifat ingin tahu tinggi dan suka bertanya. Sering berangan-angan. Pengetahuan am baik. Perbezaan ketara dalam pencapaian mata pelajaran. Nampak cerdik dan pandai.

5.3 Fizikal/ Pengurusan Diri Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia ini kita dapat juga melihat mereka daripada segi fizikal dan pengurusan diri yang agak berbeza dengan kanakkanak normal. Ciri-ciri yang dapat kita lihat pada diri mereka adalah seperti berikut: Pakaian tidak kemas tetapi tidak kotor. Butang baju salah butang. Tali kasut tidak diikat rapi. Kidal. Tidak berminat belajar. Perhatian singkat. Pengamatan lemah. Perangai/ kelakuan tidak konsisten.

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

12

6.0

Sejauh

mana

faktor-faktor

genetik,

kongenital,

neurogikal

dan

perkembangan lewat yang menyebabkan kejadian Disleksia Berdasarkan huraian di atas, memang terbukti bahawa faktor-faktor genetik,

kongenital, neurogikal dan perkembangan lewat merupakan salah satu faktor menyebabkan berlakunya disleksia. Contohnya faktor keturunan di mana masalah disleksia telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak disleksia. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Hallgren mendapati bahawa masalah disleksia banyak dihadapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanakkanak perempuan dengan kadar 3:1 atau 2:1. Menurut beliau, hal ini disebabkan oleh orang lelaki lebih banyak memikul tanggungjawab berbanding orang perempuan. Bagi pendapat John Bradford (1999) pula, simptom disleksia juga terdapat pada keluarga yang mempunyai anggota kidal. Menurut beliau, orang tua yang disleksia tidak secara automatik menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya atau anak kidal yang dikenal pasti disleksia. Berdasarkan penelitian yang dilakukan di Amerika, beliau menemui indikator bahawa 80 peratus daripada seluruh subjek yang diteliti mempunyai sejarah atau latar belakang anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran (learning disabilities) dan 60 peratus memiliki anggota kidal.

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

13

Selain itu, disleksia akibat daripada faktor kongenital di kalangan kanakkanak juga boleh berlaku sejak mereka dilahirkan akibat jangkitan kuman pada sistem saraf otak atau kecederaan akibat kemalangan semasa proses perkembangan. Kanak-kanak yang sering demam selesema dan kepala yang sering terhantuk boleh menyebabkan gangguan pada perkembangan sistem saraf otak. Sistem saraf otak yang terganggu secara berterusan boleh mengakibatkan kanak-kanak gagal menguasai pemerolehan kemahiran bahasa. Di samping itu, masalah disleksia juga berpunca daripada akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada yang normal. Ujian imbasan yang dijalankan ke atas penghidap disleksia, mendapati cara mereka memproses maklumat adalah berbeza daripada orang biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan atau kemalangan. Pengambilan ubat-ubatan yang dilarang juga mungkin menjadi punca kepada masalah disleksia ini. Berdasarkan faktor-faktor genetik, kongenital, neurogikal dan

perkembangan lewat inilah menyebabkan kanak-kanak disleksia ini akan mengalami kelemahan dari segi mengeja. Kesan daripada kelemahan mengeja ini akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperoleh menjadi terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang, kelemahan dalam proses mengeja akan memberikan kesan terhadap kelemahan membaca. Masalah ini terjadi disebabkan oleh timbulnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf seperti yang berikut:

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

14

m-w y g - j u-n m-n c-e p-q h-n b-d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti yang berikut: t-h f-v l-l

Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menterbalikkan perkataan. Contohnya, batu menjadi tuba dan gula menjadi lagu. Mereka juga melakukan pembalikan perkataan dalam ayat. Contohnya, pada masa yang sama menjadi dapa sama yang masa.

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

15

Masalah kekeliruan perkataan antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris juga berlaku, seperti yang berikut: Bahasa Inggeris jam cat Bahasa Melayu jem cat

Di samping itu,

kesan daripada

faktor-faktor

genetik,

kongenital,

neurogikal dan perkembangan lewat akan menyebabkan kanak-kanak disleksia mengalami masalah dalam bahasa dan pertuturan. Malahan ada sesetengah kanakkanak disleksia turut mengalami kesukaran untuk bertutur. Oleh itu, mereka

kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan percakapan orang lain disebabkan oleh kelambatan dalam proses memperoleh maklumat. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga didapati tidak boleh melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Kanak-kanak disleksia juga keliru terhadap simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya, 3-5-8 dan 9-6. Hal ini menyebabkan kanak-kanak disleksia menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Menurut Snowling (1987), kanak-kanak yang bermasalah dalam bahasa mungkin mengalami sebahagian atau semua kesukaran seperti bermasalah dalam menamakan perkataan, salah sebut perkataan, mencampur adukkan perkataan,

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

16

lemah penggunaan sintak, sukar menyebut perkataan berirama dan literasi, berkecenderungan menggunakan banyak perkataan untuk menerangkan sesuatu, pertuturan yang teragak-agak dan perlu mendengar sesuatu perkataan lebih kerap sebelum menggunakan dengan tepat dan konsisten. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga menghadapi masalah besar dan

berterusan dalam urutan. Kanak-kanak ini lebih kerap melakukan kesalahan berbanding kanak-kanak normal. Masalah urutan boleh dibahagikan kepada kesukaran visual dan kesukaran urutan ingatan auditori. Kesukaran visual boleh dikesan apabila kanak-kanak lemah dalam lukisan, sukar dalam maze, sukar mengasingkan manik mengikut bentuk, sukar untuk memakai pakaian, bermasalah dalam membuka dan menutup paip kerana tidak ingat arah, sukar untuk memasang butang baju dan sukar untuk membuka pintu yang menggunakan tombol. Di samping itu, kesan daripada salah satu faktor disleksia yang dibincangkan tadi juga menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah dalam kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar. Contohnya, kanak-kanak ini mempunyai masalah dalam menggunakan sudu atau garpu sewaktu makan, sukar menggunakan gunting terutamanya jika kidal, sukar untuk menekap, memegang pensel secara ganjil, sukar untuk mengikat tali kasut dan sangat sukar untuk memakai tali leher. Dalam aspek penulisan pula, kanak-kanak disleksia ini mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga sukar untuk memegang pensel atau untuk menulis mengikut garisan yang

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

17

disediakan. Kalaupun boleh menulis, mereka cenderung menulis perkataan yang pelik yang sukar untuk difahami.

6.1

Faktor-faktor lain yang menyebabkan masalah pembelajaran kanak-

kanak disleksia Disleksia bukan sahaja terjadi disebabkan oleh faktor-faktor genetik, kongenital, neurogikal dan perkembangan lewat tetapi juga disebabkan faktor sampingan yang lain seperti gangguan persepsi penglihatan. Menurut Kinsbourmen dan Warrington menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia mungkin mengalami kesukaran dalam mentaksir rangsangan, sehingga banyak bahagian kata atau ayat tidak dapat membuat tanggapan yang betul. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga mengalami kesukaran dalam mengalami kesulitan dari kiri ke kanan sehingga cenderung melihat perkataan secara sembarangan. Kanak-kanak disleksia juga tidak mampu mengenal huruf atau kata secara visual, namun mampu mengenalinya jika menunjuk pada bahan bertulis tersebut. Pengabaian penjagaan kesihatan juga boleh menyumbang boleh berlakunya masalah disleksia dalam kalangan kanak-kanak. Oleh yang demikian, penjagaan kesihatan perlu diberi perhatian oleh ibu bapa terhadap anak-anak khususnya ketika janin masih dalam kandungan, selepas kelahiran bayi sehingga usia enam tahun dan ketika usia persekolahan sehingga dewasa.

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

18

Manakala menurut Dechant (1982) pengalaman kehidupan khusus seseorang merupakan penentuan umur hakikat interprestasi yang akan diberikan pada suatu peristiwa. Individu adalah gudang pengalaman atau rangsanganrangsangan baru. Gangguan pengalaman pahit boleh mengakibatkan gangguan dan kecelaruan fikiran yang memungkinkan berlakunya masalah disleksia.(halaman 30) Selain itu, faktor kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan disleksia terjadi. Individu yang mengalami kekurangan vitamin A secara berterusan, lama kelamaan boleh mengalami tunanetra atau menjadi buta. Individu yang kekurangan vitamin C mudah diserang penyakit selesema. Selesema yang dibiarkan berlarutan atau tidak dirawat dengan sempurna akan mengakibatkan radang pada hidung atau tenggorok pengidap. Individu yang kekurangan vitamin B atau B kompleks akan mudah diserang penyakit, mudah lelah, perkembangan fizikal terganggu dan konsentrasi untuk berfikir menjadi kurang. Sekiranya penyakit-penyakit yang mengggangu perkembangan fizikal menjangkiti perkembangan organ otak dan kematangan fungsi-fungsi organ otak maka, risiko individu mengalami disleksia amat tinggi. Faktor pemakanan juga boleh diambil kira. Berdasarkan beberapa kajian penyelidikan, kajian dan penemuan, terdapat beberapa unsur penyedap makanan, bahan awet dan pewarna tiruan yang dipercayai serta dikenal pasti yang boleh mengganggu otak jika diambil secara berlebihan dalam tempoh yang lama. Gangguan terhadap otak ini terjadi bukan melalui reaksi imunologi akan tetapi

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

19

kesan bahan pencemar atau racun yang terkandung di dalam bahan-bahan makanan. Antaranya ialah Salicylates, tartarzine (zat pewarna makanan), nitrat, amine, monosodium glutamate (MSG), antioksidan, ragi, laktosa, benzoate dan seumpamanya. Para pengkaji berpendapat bahawa gangguan terhadap otak akibat bahan pencemar ini dipercayai penyebab disleksia.

7.0 Rumusan Disleksia bukanlah merupakan sejenis penyakit. Disleksia hanyalah merupakan satu gangguan dalam proses pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak. Disleksia terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik, kongenital,

neurologikal dan perkembangan lewat. Kesan daripada faktor di atas akan menyebabkan beberapa kesukaran atau masalah dalam pembelajaran kepada kanakkanak disleksia. Antara kesukaran yang dialami oleh kanak-kanak disleksia ini ialah sukar mengenal huruf, mengira, membaca, menulis, mendengar arahan dan sebagainya. Kanak-kanak disleksia ini boleh dibantu dengan menggunakan teknik yang betul agar mereka dapat keluar dari masalah atau kepompong kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Melalui sistem pembelajaran yang betul tidak mustahil kanak-kanak disleksia ini berpotensi untuk berjaya dan menjadi seorang yang hebat. Ramai tokoh dan individu disleksia yang telah berjaya dan telah mencipta nama terkenal seperti Albert Einstein (saintis terkenal), John F. Kennedy (Presiden

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

20

Amerika Syarikat ke-35), Leonardo Da Vinci (pelukis dan arkitek), Tom Cruise (pengarah dan pelakon) dan ramai lagi. Selain itu, peranan ibu bapa, guru dan masyarakat amat penting untuk memotivasikan kanak-kanak disleksia ini agar dapat berdaya saing dan dapat menikmati Pendidikan untuk Semua seperti kanakkanak lain. 8.0 Penutup Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia sangat mempengaruhi aktiviti komunikasi mereka dengan ibu bapa, rakan-rakan, guru dan masyarakat sekitar. Semua pihak perlu memahami lebih dekat permasalahan ini agar usaha membantu mereka berbahasa dan berkomunikasi dengan betul dan teratur dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh yang demikian, guru perlu membantu kanakkanak disleksia mempertingkatkan aspek perkembangan bahasa dengan memberi peluang kepada mereka berinteraksi untuk kemahiran sosial. Keupayaan untuk belajar bagi setiap individu dengan individu lain adalah berbeza memandangkan kemampuan otak, konsepsi dan pengamatan setiap

individu itu juga adalah tidak sama. Oleh yang demikian, program pengurusan disleksia perlulah menitikberatkan aspek yang memerlukan perhatian dan bantuan. Proses pengajaran dan pembelajaran disleksia dapat berjalan lancar dengan mengambil kira kesesuaian sukatan, masa belajar dan menjawab soalan peperiksaan. Selain itu, khidmat sokongan daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan juga amat penting untuk memastikan kanak-kanak disleksia

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

21

mendapat pembelaan. Ibu bapa juga berperanan untuk memberikan kerjasama dan komitmen yang baik demi menjayakan program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk membantu kanakkanak disleksia ini. Hasil kerjasama semua pihak, pengurusan program disleksia dapat dilaksanakan dengan teratur dan akan mencapai matlamat yang disasarkan.

SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA

22

RUJUKAN Abd. Rahim Talib. (2010). Pengenalan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Selangor: Open Universiti Malaysia.

Cikgu Cam. (2010). Punca-punca disleksia. Capaian 4 Oktober 2012, http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2010/09/punca-punca-disleksia.html

Mya Afifi. (2011). Punca-punca disleksia. Capaian 2 Oktober 2012, http://pelangipetang89.blogspot.com/2011/05/punca-punca%20disleksia.html

Unit Disleksia Bahagian Pengurusan Sekolah.(2007). Modul kursus pendedahan bermasalah pembelajaran spesifik disleksia. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Vijayaletchumy Subramaniam. (2011, September). Menangani masalah disleksia. Dewan Bahasa, 6. Zainal Kassan & Suhaila Multimedia Sdn. Bhd. Abdullah. (2010). Pendidikan disleksia. Selangor: Penerbitan

Anda mungkin juga menyukai