Anda di halaman 1dari 17

KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea

melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca, dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Konsep Menulis Menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol-simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Sehubungan dengan itu, struktur penulisan dapat diperlihatkan seperti rajah berikut:

Penulis (Murid)

Subjek (Karangan/Esei)

Pembaca (Guru)

Tujuan (Penilaian) Rajah 1. Struktur Penulisan

Tujuan Menulis Kamarudin Hj. Husin (1988), menyatakan tujuan menulis terbahagi kepada dua iaitu: (a) Tujuan Serta-merta Tujuan ini adalah untuk : 1. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap, dan pantas. 2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. 3. Membolehkan kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya. 4. Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. 5. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Ramai orang mempunyai bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk melahirkannya. 6. Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan. 7. Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan. (b) Tujuan Lanjut : Tujuan ini adalah untuk : 1. Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan. 2. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pangalaman dan perasaan. Misalnya, seseorang penulis, penyajak, atau pengarang dapat menggambarkan sesuatu melalui penulisannya. Mereka melaporkan sesuatu

yang telah berlaku, mendedahkan perkara-perkara semasa yang berlaku, membuat ramalan-ramalan peristiwa masa depan dan sebagainya. 3. Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya. Namun begitu secara umumnya tujuan menulis ialah seperti rajah berikut:

Memenuhi kehendak masyarakat dan negara

Mendirikan asas menulis

Mengeja perkataan

TUJUAN Memberi kepuasan jiwa

Melahirkan fikiran dan perasaan

Menyuburkan minat

Meluaskan kosa kata

Jenis-jenis Kemahiran Menulis Ada dua jenis kemahiran iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis untuk pelahiran. (a) Secara mekanis Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah penting kerana aktiviti ini bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan supaya berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan ialah seperti berikut: 1. Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk atau membuat garisangarisan, bulatan, segi-segi, bentuk-bentuk, awan larat dan sebagainya. 2. Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya. 3. Bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan. 4. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat. 5. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak, kekemasan, kebersihan dan lain-lain. 6. Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca.

7. Melatih menulis cantik.

(b)

Secara Pelahiran (mental) Kemahiran penulisan pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak

mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihanlatihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk pelahiran ialah : 1. Latihan pernyataan fikiran atau pendapat. 2. Latihan pernyataan perasaan. 3. Latihan pernyataan kehendak. 4. Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.

Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis (a) Peringkat pramenulis Dalam peringkat ini, murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot-otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid. Contoh aktiviti pramenulis seperti berikut: (i) Latihan menulis dari kiri ke kanan.

(ii)

Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri

(iii)

Latihan membentuk bulatan di udara. Di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

(iv)

Latihan membentuk garis lurus

(v)

Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

(vi)

Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.

(b)

Peringkat Mendirikan Asas Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu

memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih

membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Aktiviti ini harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah ini adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke akhir lembaran satu garis itu. (i) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal. Bentuk besar Bentuk kecil

(ii)

Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.

(iii)

Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

a
(iii)

Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul.

Aa Bb Cc Dd Ee Ff

Peringkat untuk pelahiran Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan

melahirkan idea/fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga muridmurid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.. Antara aktivit-aktiviti menulis yang boleh dijalankan ialah : 1. Mengisi silang kata 2. Mengisi tempat kosong dalam ayat. 3. Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai. 4. Menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. 5. Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.

10

6. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita. 7. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan. 8. Menulis jawapan-jawapan kefahaman. 9. Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan. 10. Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya. Kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan 1. Bentuk huruf buruk, saiz tidak sama besar atau kecilnya. 2. Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukannya tegak dan condongnya. 3. Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan pemadam. Kesalahan-kesalahan ini boleh diatasi dengan cara : 1. Beri latihan dengan secukupnya dalam peringkat pemulaan dan peringkat mendirikan asas. 2. Berilah penerangan dan contoh-contoh yang betul dan sesuai supaya dapat diikuti oleh kanak-kanak dengan mudah. 3. Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh untuk disalin oleh murid atau sebagainya hendaklah dibuat dengan baik dan betul. 4. Sediakan kad-kad tulisan untuk melatih kanak-kanak menulis dengan sempurna. 5. Jangan galakkan mereka menggunakan pemadam terlalu kerap kerana boleh mengotorkan tulisan. 6. Banyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan. 7. Dari segi kedudukannya dan cara menulis :

11

8. Tunjukkan gaya duduk, cara memegang alat tulis, letak buku dan lain-lain dengan betul. 9. Kedudukan keselesaan. 10. Pada masa menulis, biarlah kedua-dua tangan terletak di atas meja, dan tangan kiri menyokong badan (kalau kidal adalah sebaliknya). 11. Jarak mata dengan buku ialah lebih kurang di antara 8 hingga 10 inci. 12. Jangan memegang pen atau pensel terlalu kuat. 13. Pen atau pensel mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu. 14. Jangan duduk membongkok ketika menulis. bangku, meja, kerusi dan sebagainya biarlah memberi

12

KATEGORI PENULISAN Karangan Penulisan Ringkas - poskad - telegram - pesanan - arahan - iklan - memo - catatan

Penceritaan - kisah - berita - laporan - rencana - ulasan

Khayalan

Kreatif - puisi - cerpen - skrip Huraian - gambaran - susunan peristiwa - benda

Perbahasan - bahas - perbincangan - kritikan

Penulisan Rasmi - ucapan - syarahan - minit mesyuarat - kertas kerja

Papan Kenyataan - notis - pengumuman - pesanan

Surat

Tidak berformat - keluarga - sahabat - tahniah - takziah

Berformat - permohonan - bantahan - pesanan - rayuan - mengisi borang - jemputan - perjanjian - amaran

13

Jenis-jenis Penulisan (a) Terkawal

Penulisan terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam karangan terkawal ditentukan oleh guru bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa. Contoh : 1. Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan. 2. Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap. (b) Separa terkawal

Penulisan ini ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. Contoh : 1. Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan

perkataan-perkataan lain yang telah disediakan. (c) Berpandu

Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru. Contoh : 1. Menulis semula cerita/petikan yang dibaca. 2. Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan beruutan mengenai sesuatu tajuk. 3. Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.

14

(d)

Separa berpandu

Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru. Contoh : 1. Menulis semula cerita yang diperdengarkan. 2. Menyudahkan cerita. 3. Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal. 4. Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan. (e) Bebas

Jenis penulisan ini akan memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk karangan bebas seperti dalam rajah berikut:

15

K A R A N G A N

Naratif

cerita berita laporan rencana ulasan bahas perbincangan kritikan gambaran peristiwa benda perwatakan

Argumentatif

Deskriptif

B E B A S

Kreatif

puisi cerpen drama

Imaginatif

pengalaman

16

17

Anda mungkin juga menyukai