Anda di halaman 1dari 6

SOALAN KUIZ

1) Berikan definisi kurikulum yang lengkap? Kurikulum bermaksud satu rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sebuah sekolah dan institut pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Menurut Ornstein dan Hunkins, (1993, 1998) kurikulum merupakan satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihayati. Selain itu, ia juga sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif psikomotor, afektif dan kognitif bagi sesuatu mata pelajaran. Kesimpulannya, kurikulum ditakrifkan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi kepada sayu generasi ke generasi yang lain. 2) Apa yang anda faham dengan pendidikan jasmani? Pendidikan jasmani ditakrifkan sebagai proses pembelajaran yang berlaku seumur hidup melalui jasmani untuk membantu individu mendapat kemahiran, kecergasan, pengetahuan serta sikap yang mendorong kepada perkembangan keseluruhan. Selain itu, ia merupakan suatu proses untuk menggalakkan gaya hidup yang aktif untuk

semua individu pelbagai umur serta berkeupayaan. 3) Apa yang anda faham dengan kurikulum PJ sekolah rendah? Pada pendapat saya kurikulum merupakan rancangan yang tersusun, terancang dan bersifat berterusan berdasarkan falsafah pendidikan, matlamat dan objektif bidang pendidikan. Kurikulum ini menjadi panduan mengenai skop dan kandungan mata pelajaran yang dapat membantu guru merancang P&P. Selain itu, kurikulum di sekolah rendah perlu melalui proses pembentukannya bagi membangunkan kurikulum tersebut berdasarkan tiga aspek yang berikut. Antaranya, teori-teori berkaitan dengan kurikulum, falsafah pembentukan kurikulum dan kriteria-kriteria bagi pembentukannya.

4) Nyatakan cara-cara seorang guru memantapkan kualiti mata pelajaran PJ di sekolah? Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh seorang guru bagi memantapkan kualiti mata pelajaran PJ di sekolah. Antara cara-cara tersebut adalah: a) Melaksanakan konsep penggabungjalinan iaitu menggabungkan dan menjalinkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani degan kemahiran yang ada pada subjek lain seperti Sains, Matematik dan sebagainya. Contohnya, aktiviti berjoging ataupun larian merupakan asas

pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui aktiviti ini, ia membawa kepada kebaikan seseorang kerana dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular serta memecah lapisan lemak yang terkumpul di lapisan dinding arteri. Hal ini melibatkan mata pelajaran Sains. Seterusnya, guru dapat mengajar anak-anak muridnya dalam pengiraan kadar nadi rehat melalui aktiviti tersebut. Hal ini membuktikan subjek Matematik turut digabungjalinkan dalam subjek Pendidikan Jasmani. Kesannya, murid-murid tidak menjadi bosan dan mereka mendapat input tambahan. b) Mempelbagaikan gaya pengajaran dam subjek Pendidikan Jasmani. Sebagai guru Pendidikan Jasmani, dia perlu mengenali latar belakang murid-muridnya yang berbeza di antara satu sama lain. Antara latar belakang tersebut adalah dari segi aspek seperti kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Pendekatan pengajaran yang berbagai ini membolehkan murid-murid menerima teknik pengajaran dari cikgunya dengan baik. Contohnya, guru mengajar murid-muridnya seperti menerangkan kadkad kerja, mempersembahkan pengajaran melalui penggunaan ICT , memberikan bahan luaran yang berkaitan dengan tajuk yang diajar dan tidak tertumpu pada buku teks sahaja. c) Melakukan penilaian terhadap kemampuan murid-murid. Penilaian yang dibuat ini merupakan satu aktiviti bagi mendapatkan maklumat yang berguna untuk membantu seseorang guru yang mengajar subjek tersebut menentukan tahap pencapaian sesuatu objektif P&P yang dilakukan. Tindakan susulan perlu diambil kepada murid

yang lemah dalam sesuatu tunjang pembelajaran yang ada pada mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sekiranya murid itu lemah dalam sesuatu permainan yang terkandung dalam tunjang pembelajaran kemahiran, maka guru itu perlulah m mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan tersebut dengan melakukan ansur maju sebagai langkah permulaan bagi acara tersebut. Hal ini, memberikan motivasi kepada murid-murid agar merasakan kepuasan dan melakukan teknik-teknik yang betul. 5) Bagaimanakah PJ membantu pembentukan individu dari segi JERIS? PJ dapat membantu pembentukan individu dari segi JERIS dengan memberi kesan positif kepada seseorang. a) Dari segi jasmani, seseorang itu dapat melakukan kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan, ketangkasan, kelajuan dan kuasa. b) Dari segi emosi pula, seseorang yang melakukan sebarang aktiviti kecergasan mampu memberi kepuasan dan keseronokan apabila selepas bermain. Tekanan yang terbuku dalam hati seseorang dapat diluahkan ataupun dilepaskan secara terkawal bagi mengelakkan individu lain berasa tidak selesa dan tidak puas hati terhadap kelakuan pemain yang beremosi itu. c) Rohani dapat dirasai apabila segala aktiviti yang diceburinya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin di atas kesihatan yang dianugerahkan oleh Tuhan dan memelihara nikmat kesihatan yang berharga ini. Selain itu, rohani lahir selepas

individu itu menerima kemenangan dan kekalahan dengan hati yang terbuka selepas dia berusaha gigih dalam sesuatu permainan itu. Perasaan cemburu dan tidak

puas hati dapat dijauhkan kerana mempercayai segala ketentuan yang ditakdirkan oleh-Nya. d) Dari segi intelek pula merujuk kepada perkembangan tahap minda seseorang itu berfikir secara rasional dan bijak mengurus dalam melaksanakan sesuatu aktiviti itu. Selain itu, intelek individu dapat berkembang dengan pengetahuan yang bukan

hanya dalam satu skop mata pelajaran sahaja, malah pengetahuan dan kemahiran lain yang terkandung dalam subjek lain seperti Sains, Sejarah, Matematik dan sebagainya yang berhubung kait dengan sesuatu aktiviti dapat dipraktikkan serta ditambah ke dalam kotak pemikiran individu. e) Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang

menggembirakan merupakan kesan pembangunan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dari sudut sosial. Hal ini bermakna bahawa seseorang itu tidak akan bergantung terhadap sikap individualistik dan dia akan mula mengenali watak perwatakan seseorang itu dari segi perbuatannya dan percakapannya.

BIBLIOGRAFI
Shamsudin bin Mohd. Shariff, Mohd. Sofian bin Omar Fauzee, Sharizad binti Yusof, 2008,Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka. Borhannudin bin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Mohd. Fauzi bin Abd. Rahman, Hamizan bin Hamid, 2008, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.iclipart.com/search.php?keys=long+jump&x=10&y=5&andor=AND&c1=COL OR&c2=BANDW&cat=All&tl=clipart&s1=&s2=&release1=&rel http://ms.wikipedia.org/wiki/Lompat_jauh http://ms.wikipedia.org/wiki/Olahraga

REFLEKSI
Berdasarkan tugasan yang saya selesaikan ini, saya dapat mempelajari dan mengetahui terhadap jenis-jenis sukan yang diadakan dalam olahraga ini. Antaranya, saya dapat mengetahui asal-usul sesuatu acara olahraga, mengaplikasikan teknik yang betul serta mengetahui fasa-fasa secara terperinci yang terdapat dalam acara tersebut. Sewaktu melengkapkan tugasan yang tidak seberapa ini, saya perlu berbincang dengan rakan serta pensyarah sebagai pembimbing dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya mengahadapi kesukaran dalam mencari bahan dan maklumat sebagai rujukan utama. Dengan internet yang sedia ada, saya dapat mencari maklumat tersebut untuk melengkapkan tugasan ini. Antaranya, saya dapat memasukkan gambar yang sedia ada dari pelbagai sumber ke dalam tugasan saya ini. Dalam setiap acara, terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan ketika dilakukan. Contohnya, bagi acara melontar peluru, genggaman lima jari perlu diajar kepada murid-murid kerana bebanan yang berat oleh peluru yang dipegangnya kebarangkalian terjatuh dan menimpa ke kakinya. Hal ini menyebabkan kecederaan yang teruk seperti patah jari kaki mahupun lebaman yang teruk. Akhir kata, setiap individu mempunyai bakat, kelebihan dan kekurangan. Muridmurid perlu diajar dari awal lagi agar bakat yang terpendam dapat dicungkil dan diasah supaya menjadi seorang atlet yang berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Anda mungkin juga menyukai