Anda di halaman 1dari 15

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN TAHUN 2012

TEMPAT : DEWAN BESAR IPG KAMPUS DARULAMAN TARIKH : 20 JUN 2012 MASA : 8.00 PAGI 1.00 TENGAHARI
1. PENGUMUMAN UMUM

Sila matikan telefon bimbit ataupun menyediakan telefon bimbit dalam mode senyap. Mohon hadirin untuk bangun sewaktu ketibaan tetamu diumumkan dan sekali lagi berdiri sewaktu tetamu diumumkan keluar dewan. Mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan bagi melancarkan majlis. Mohon senyap sewaktu perutusan dan ucapan disampaikan.

2. MENGUMUMKAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan, Yang berbahagia, Tuan Haji Mohamed Mustafa bin Ahmad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Diiringi oleh, Yang Berusaha, Tuan Haji Hashim bin Asman, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Tuan Haji Abdullah bin Mat, Pengerusi Sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Darulaman, Barisan pengarah Institut Pendidikan Guru Zon Utara, Para ketua jabatan,

Ketua-ketua unit serta saf kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 masuk ke dalam dewan.

3. NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI KEDAH DAN ASMAUL HUSNA Hadirin sekalian, Marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan mengalunkan zikir Asmaul Husna. Para tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan duduk. Terima kasih diucapkan.

4. BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Bagi memohon keredhaan, keberkatan dan kerahmatan ke atas majlis bersejarah ini, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan saudara Mohamad Iqbal bin Shahidan bagi memimpin bacaan doa. Falyata faddol masykura. ....................................................................................................................................................... Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian saudara memimpin bacaan doa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.

5. KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS Terima kasih guru budiman yang merungkai erti kehidupan menanam benih-benih kemanusiaan memadam puntung-puntung kesombongan bagai bintang di kegelapan malam di tengah lautan jadi pedoman.

Terima kasih guru jauhari yang membugar perkebunan budi lembut menyiram akal pekerti tekun menyemai mulia peribadi jasa baktimu terhampar pasti moga Tuhan sentiasa memberkati.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Hadirin sekalian, begitulah bait-bait puisi dan sajak yang dipetik hasil nukilan sasterawan negara, Dato` Dr. Usman Awang. Mengangkat martabat guru, menjulang profesion keguruan kerana umum menyedari, hanya dengan bermula alif, ba, ta, ABC dan 123, ia bermula daripada seorang insan kerdil bernama guru.

Bertemakan GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, semestinya ia membawa definisi dan makna tersendiri. Ia secara tidak langsung menyatakan hasrat kerajaan serta semua rakyat Malaysia yang mendambakan sebuah bentuk kemajuan dan transformasi dalam bidang pendidikan dan amanah ini dipikul oleh insan yang bernama guru. Ia juga dapat memacu tahap pendidikan negara kita agar setanding dengan negara-negara lain yang sedang membangun pesat era ini.

6. PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Tuan-tuan dan puan-puan, Bagi meneruskan majlis, kini pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan, Tuan Haji Hashim bin Asman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman bagi membacakan perutusan hari guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. .......................................................................................................................................................... Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Hashim bin Asman atas kesudian membacakan perutusan hari guru sebentar tadi.

7. PERUTUSAN HARI GURU MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Hadirin sekalian, Bagi meneruskan agenda majlis, kini majlis dengan berbesar hati ingin menjemput dan mempersilakan, Tuan Haji Mohamed Mustafa bin Ahmad, Pengarah IPG Kampus Darulaman bagi membacakan perutusan hari guru Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan. .......................................................................................................................................................... Sekalung penghargaan diberikan buat Tuan Haji Mohamed Mustafa bin Ahmad atas kesudian tuan membacakan perutusan hari guru Menteri Pelajaran Malaysia. Terima kasih diucapkan.

8. BACAAN IKRAR HARI GURU Bunga selasih bunga kemboja, Kembang mekar di tepilah paya, Ikrar tanda taat setia, Moga janji terpahat di jiwa.

Sidang hadirin warga dewan sekalian, marilah kita sama-sama berdiri bagi membacakan ikrar hari guru. Bagi menyempurnakan upacara pembacaan ikrar, kini majlis dengan sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan saudara Mohamad Aqmalhakim bin Abdul Rahim bagi memimpin bacaan ikrar hari guru. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. .......................................................................................................................................................... Para tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan duduk. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Mohamad Aqmalhakim atas kesudian memimpin bacaan ikrar itu tadi.

9. GIMIK PERASMIAN HARI GURU Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan marilah kita bersama-sama menyaksikan gimik peramian Hari Guru peringkat IPG Kampus Darulaman. Untuk itu, bagi menyempurnakan agenda majlis, majlis dengan berbesar hati menjemput saudara Naqiuddin bin Nazli, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohamed Mustafa bin Ahmad, Pengarah IPG Kampus Darulaman bagi menyempurnakan gimik perasmian. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. .......................................................................................................................................................... Hadirin sekalian, hasil cetusan idea yang kreatif maka, gabungan 100 keping kad ucapan kad hari guru terhasil pada hari ini sebagai gimik sambutan hari guru peringkat IPG Kampus Darulaman. Cetusan idea, keikhlasan hati serta rasa kasih terhadap guru dan para pensyarah yang telah banyak mencurahkan bakti dan keringat dalam mendidik dan memberikan ilmu, maka terjelmalah KAD UCAPAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS DARULAMAN. HADIRIN SEKALIAN, AYUH SAMA-SAMA KITA BERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH.

10.

VIDEO

Buat pengetahuan sidang hadirin warga dewan sekalian, tayangan video sebentar tadi telah disediakan oleh saf kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar melalui Biro ICT & Penerbitan. Terima kasih dan tahniah diucapkan.

11.

PERSEMBAHAN

Ikrar sudah, gimik pun sudah, Ingin hiburan pengubat jiwa, Ayuh kalian dendangkan qasidah, Moga terubat gundah gulana. Hadirin sekalian, Kini dengan sukacitanya, pihak majlis ingin menampilkan kumpulan qasidah Anwarul Mustofa bagi mengalunkan irama merdu qasidah mereka. Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.

Merdu sungguh alunan suara, Lunak jua kicauan nuri, Moga terubat jiwa nan lara, Pahatkan Al-Quran di sanubari.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada kumpulan qasidah Anwarul Mustofa. 12. FORUM

Sidang hadirin warga dewan sekalian, majlis kita pada pagi ini tidak berhenti sekadar ini sahaja. Bagi meneruskan agenda majlis pada pagi ini, kita akan bersama-sama menimba ilmu pengetahuan dan input-input berguna buat bekalan dunia dan akhirat melalui Forum Bicara Hari Guru yang bakal disampaikan oleh dua orang ahli panel yang cukup berpengetahuan luas. Ahli panel pertama ialah Tuan Sheikh Yusoff bin Haji Ahmad serta ahli panel kedua ialah AlFadhil Ustaz Roslan bin Che Ros. Moderator forum pada hari ini ialah, Ustaz Mohamad Hafedz bin Salleh, Pensyarah IPG Kampus Darulaman. Tanpa melengahkan masa pihak majlis ingin menjemput dan mempersilakan moderator forum dan barisan ahli panel bagi mengambil tempat yang telah disediakan. Majlis mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai