Anda di halaman 1dari 40

ISU-ISU DALAM SUKAN

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG

WANITA DALAM SUKAN

SEJARAH PENGLIBATAN WANITA DALAM SUKAN

GREEK

ROM

GREEK
Kepercayaan dewa dewi. Percaya Dewi Greek ambil bahagian dalam acara menunggang kuda, memburu, berenang dan berlari. Namun, mereka masih merendahkan keupayaan wanita berbanding lelaki.

ROM
Lelaki ketua keluarga kaum wanita di bawah kawalan lelaki. Wanita dilarang aktif secara fizikal dan ditegah hadirkan diri di mana-mana tempat pertandingan atau pertarungan. Namun, ada wanita yang ambil bahagian dalam aktiviti kesukanan secara tertutup.

Objektif bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang sukan:

Mempertingkatkan gaya hidup yang cergas, sihat dan aktif di kalangan wanita supaya dapat menyumbang kepada pembangunan organisasi keluarga yang positif. Memperkasakan wanita untuk meningkatkan penglibatan dalam kepimpinan sukan di semua peringkat. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menggiatkan penglibatan wanita dalam bidang sukan.

Memberi fokus kepada sukan yang mempunyai potensi untuk kecemerlangan wanita. Menambahkan peluang untuk melanjutkan pengajian dan mendapatkan pekerjaan bagi atlet dan pegawai sukan wanita. Meningkatkan penglibatan wanita kurang upaya dalam sukan.

Wanita dalam sukan menurut perspektif Islam:


Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan malah Islam sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. Perkaitan di antara sukan dan penglibatan kaum wanita turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digaris panduankan oleh Islam bertujuan sebagai suatu penetapan bagi mencipta garis keseimbangan di antara hal wanita Islam di dalam sukan dan kepentingan dalam memelihara maruah dan kedudukannya sebagai seorang Muslim.

Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam aktiviti sukan adalah menjaga auratnya. Syarat-syarat untuk wanita menyertai aktiviti sukan: a) Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki. b) Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka. c) Wanita dilarang bergaul dengan kaum lelaki sehingga melanggar batas-batas pergaulan.

Faktor kurang penglibatan sukan oleh wanita:


Kekurangan pendedahan serta peluang untuk menyertai kegiatan sukan. Kurang keyakinan di kalangan wanita sendiri yang merasa tidak yakin dan tidak pasti sejauh mana sumbangan yang dapat mereka berikan di bidang sukan. Kurangnya kemudahan sukan yang boleh dinikmati oleh setiap golongan wanita. Pakaian yang digunakan pada masa kini tidak selaras dengan nilai-nilai agama dan kesopanan yang sedang diterapkan di kalangan masyarakat.

Perwakilan wanita dalam kepimpinan, pengurusan, kejurulatihan dan kepegawaian terutamanya di peringkat atasan juga masih di tahap yang rendah. Negara juga kekurangan jurulatih di kalangan wanita dan bagi memastikan insiden gangguan seksual oleh jurulatih lelaki terhadap atlet wanita tidak akan berlaku.

Tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi menggalakkan penglibatan wanita dalam sukan:
Memupuk minat dan potensi wanita dalam bidang sukan rekreasi dan berprestasi tinggi dengan menyediakan kemudahan-kemudahan sukan yang seumpama dan mencukupi di kawasan-kawasan perumahan; Mengadakan polisi, program dan struktur yang dapat meningkatkan jumlah wanita sebagai jurulatih, pengadil, penasihat, pembuat keputusan, pegawai, pentadbir dan kakitangan sukan di semua peringkat; Melantik lebih ramai jurulatih wanita bagi menjamin ahli-ahli sukan wanita dilatih oleh jurulatih wanita bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya perbuatan-perbuatan yang sumbang seperti gangguan seksual atas nama latihan;

Memperkenalkan pakaian sukan yang lebih bercirikan kesopanan dan selaras dengan tuntutan agama; Memastikan keperluan khusus wanita diberi perhatian dalam menyediakan kemudahan-kemudahan sukan seperti kolam renang khusus untuk wanita dan sebagainya; dan Wanita diwakili di dalam badan-badan sukan negara.

SUKAN DAN MEDIA MASSA

MEDIA MASSA
Merupakan penyebar maklumat yang terbesar di dunia. Salah satu alat atau bentuk interaksi sosial utama di dunia, sukan memainkan peranan penting dalam menarik minat ramai orang. Internet digunakan dengan meluas kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat itu belum lagi dipastikan kesahihannya.

Penyebaran maklumat tentang suatu sukan itu tidak mungkin tercapai jika tiada media massa yang membantunya.

Maklumat juga dapat diperolehi melalui cabang-cabang media massa yang lain:
Radio Televisyen Akhbar Majalah

Fungsi Media
Para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media massa mempunyai empat peranan utama iaitu:
Pemerhati Pentafsir Penghubung Penghibur

Fungsi laman web dalam sukan: sebagai media perantaraan dan alat komunikasi dua hala bagi penyebaran maklumat yang lebih mudah dan pantas. Sejajar dengan penggunaan teknologi maklumat yang semakin meluas laman web telah membuka ruang baru untuk dijadikan saluran alternatif kepada semua golongan masyarakat.

Peranan Media dalam sukan


Melaporkan kemenangan dan kekalahan pemain. Mendapat maklumat semasa sesuatu perlawanan dan keputusan melalui akhbar. Dapat melihat gambar-gambar dan aksi pemain. Dapat merasai pertandingan walaupun tidak dapat hadir. Dapat melihat pertandingan sukan secara langsung walaupun tidak hadir. Dapat mengenali sesuatu sukan dengan lebih terperinci.

Menarik minat serta memperluaskan pengaruh sukan di kalangan penduduk amat penting. Menerusi televisyen dianggarkan lebih kurang 15% drpd rancangannya dipenuhi dengan acara sukan. Televisyen sering menyiarkan siaran langsung acara dan perjumpaan sukan utama dan popular yang menelan belanja berjuta-juta ringgit walaupun sukan itu diadakan di merata dunia. Contoh : Sukan Olimpik, Piala Dunia, perlawanan tinju, badminton.

Politik dan Sukan

Definisi Politik
Menurut Kamus Dewan, politik bermaksud ilmu (pengetahuan) bukan cara pemerintahan (dasar-dasar dan lain-lain), ilmu sahsiah dan ilmu kenegaraan. Segala sesuatu bukan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain.

Definisi Sukan
Menurut Kamus Dewan, sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (seperti berenang, bermain bola) yang dilakukan sebagai acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan menyihatkan badan).

Pengenalan
Sejak dulu lagi sudah ramai ahli politik yang melibatkan diri dalam sukan sama ada sebagai pegawai, penganjur, pentadbir dan sebagainya. Tujuan memudahkan sesuatu sukan itu disebar atau diketahui ramai tanpa perbelanjaan publisiti yang banyak.

Kegiatan sukan terlalu kerap dilanda kemelut politik, sama ada politik persatuan atau campur tangan parti politik. Terlalu bergantung kepada kerajaan memberikan alasan kepada kerajaan dan parti-parti politik masuk campur dalam pentadbiran dan urusan badan-badan dan pasukan sukan.

Politik di Olimpik
Pada zaman dahulu, sukan jauh lebih ganas jelas menunjukkan elemen kuasa dan politik pada sukan Olimpik. Semua pihak mahu membuktikan kekuatan masing-masing : Athens dan Sparta dua musuh tradisi melakukan apa sahaja untuk menewaskan pihak musuh termasuk penipuan dan rasuah.

Sukar untuk mengutamakan semangat kesukanan atau nilai-nilai kemanusiaan apabila sentimen politik sentiasa menguasai keadaan. Sukan Olimpik di Greek yang berlaku pada tahun 2006 telah menunjukkan unsur-unsur politik dan kuasa. Dari persediaan untuk merebut menjadi kota penganjur hingga pertandingan sukannya, elemen kuasa dapat dilihat dengan jelas.

Ia bermula sejak Olimpik di Los Angeles pada 1984 yang menyaksikan peningkatan perbelanjaan dan berleluasanya tajaan korporat, skandal, korupsi, diskriminasi dan penindasan menjadi tema utama pesta sukan ini. Belanja besar - sehingga berbilion dolar yang dikeluarkan penganjur untuk menganjurkan sukan ini memperlihatkan politik sentiasa menjadi elemen penting sukan berprestij ini.

Hari ini dapat disaksikan iklan Visa - kad rasmi sukan Olimpik - menjelaskan segala-galanya mengenai Olimpik yang kini dikuasai jenama-jenama korporat. Pada 1952, Jerman Timur enggan menyertai Olimpik kerana tidak diberikan hak sebagai sebuah negara atau diterima sebagai sebuah negara baru.

Pada 1968, Afrika Selatan dilarang menyertai Olimpik akibat tekanan yang dikenakan oleh ahli sukan kulit hitam Amerika Syarikat. Berhubung dengan dasar anti-aparteid yang dipraktik di Afrika Selatan.

Pada 1972 di Olimpik Munich, 11 atlet Israel dibunuh oleh pengganas Arab beberapa hari sebelum kejohanan itu bermula. Kumpulan Black September yang melakukannya menjadikan Olimpik sebagai medan menyampaikan mesej politik mereka. Ahli sukan dari Kuwait, Syria dan Mesir meninggalkan Sukan Olimpik dan pulang secara teresa-gesa.

Sukan Olimpik di Montreal tahun 1976 juga tercemar dengan pertelingkahan politik - Taiwan terkeluar kerana Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) hanya mengiktiraf China. 24 daripada 30 negara Afrika menarik diri kerana membantah tindakan New Zealand menghantar pasukan ragbinya ke Afrika Selatan.

Sukan Olimpik di Moscow, Rusia pada 1980 diboikot banyak negara, diketuai Amerika Syarikat dengan alasan untuk menyampaikan mesej menentang tindakan ketenteraan Rusia di Afghanistan, negara yang lebih 20 tahun selepas itu, diserang oleh Amerika sendiri.

Pihak blok komunis yang dikuasai oleh Rusia telah memulaukan Sukan Olimpik di Los Angeles pada tahun 1984 sebagai tindakan balas ke atas pemulauan Sukan Olimpik di Moscow tahun 1980 oleh hampir 70 buah negara diketuai Amerika Syarikat.

Politik di Malaysia
Di Malaysia, isu politik dibangkitkan semasa pertandingan bola sepak Piala Malaysia di antara Kelantan dan Negeri Sembilan tahun ini. Misi utama Pasukan Kelantan ialah untuk menebus kembali kekalahan Pas di Pilihanraya Raya Khas Bagan Pinang. Kemenangan Kelantan, bererti kemenangan Pas.

Politik di Indonesia
Di Indonesia juga masalah bola sepak berkait rapat dengan politik. Ini kerana pengurus bola sepak itu sendiri memanfaatkan bola sepak untuk kepentingan politiknya. Rusuhan yang berlaku juga tidak segera diatasi oleh pihak berwajib.

Kebaikan Politik dalam Sukan


Mewujudkan persahabatan yang utuh selama berdekad antara negara. Hubungan baik yang wujud antara Malaysia dan China asalnya bermula melalui sukan ping pong pada zaman pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein.

Dapat membawa perubahan-perubahan dalam institusi sukan. Menjadi pendorong dan penggerak penting dalam persembahan pasukan atau ahli sukan dalam sukan yang diceburinya. Dapat menguntungkan badan-badan sukan itu sendiri.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai