Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Kajian ini merupakan kajian saya yang pertama dalam menyelesaikan satu isu matematik. Isu yang saya
pilih berkisarkan kemahiran asas dalam matematik dan melibatkan murid-murid asli berpencapaian
rendah sebagai responden. Kajian tindakan ini menjadi satu landasan yang baharu bagi saya untuk
memperbaiki amalan pengajaran saya selaku bakal guru pada masa akan datang. Kajian tindakan ini juga
memberi kesedaran kepada saya bahawa sebagai seorang guru kita mempunyai kaedah untuk
memperbaiki amalan pengajaran kita dan kita tidak seharusnya berdiam diri jika timbulnya sesuatu isu
dalam pembelajaran matematik. Seharusnya sebagai seorang guru hendaklah kita sentiasa kreatif dalam
mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu matematik yang berlaku.
Sebelum kajian tindakan ini dijalankan, saya beranggapan bahawa murid-murid yang lemah
sememangnya tidak akan berjaya walaupun diajar berulang kali. Namun selepas kajian tindakan ini
dijalankan, persepsi saya terus berubah. Murid yang berpencapaian rendah seperti murid-murid orang asli
ini mampu berubah jika guru menggunakan kaedah yang sesuai dalam membantu murid-murid tersebut.
Kajian tindakan ini membantu saya untuk menyemak nilai pendidikan saya sebagai seorang bakal guru
yang mana sebagai seorang guru kita seharusnya membantu semua murid tanpa memilih tahap kecerdasan
murid-murid.
Kajian tindakan ini juga turut melatih saya untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Ini terbukti semasa
saya berusaha untuk mencari satu intervensi yang paling sesuai dalam mengatasi masalah yang dikaji.
Selepas membuat rujukan daripada pelbagai sumber saya telah berjaya menginovasikan satu intervensi
untuk membantu responden dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Sebagai seorang guru kita perlu
berusaha mencipta sesuatu yang inovatif bagi membantu murid-murid bukannya hanya berdiam diri
sahaja.

Anda mungkin juga menyukai