Anda di halaman 1dari 19

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR 114 JALAN OMAR 81900 KOTA TINGGI JOHOR

Nama Pengkaji

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN

Tajuk Kajian

MENINGKAT PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

1.0 PENGENALAN

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sebagai seorang guru matematik, saya dapati empat orang murid daripada Tahun 5 Abu Daud tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Apabila saya bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan yang hebat sebagai seorang guru matematik. Saya rasakan penyampaian saya dalam pengajaran dan pembelajara kurang berkesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang diberikan, secara tiadak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya.

Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda. Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini. Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.

1.2 SOALAN KAJIAN

Sejauh mana penggunaan alatan Pistol dan Tukul ini akan dapat membantu murid-murid tahun 5 Abu Daud ini untuk memperbaiki tahap penguasaan murid-murid ini di dalam operasi darab tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

1.3.1

OBJEKTIF UMUM Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab.

1.3.2

OBJEKTIF KHUSUS 1.3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. 1.3.2.2 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran mendarab. 1.3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Kaedah Pistol dan Tukul supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna. Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna . Adalah diharapkan penemuan awal kajian ini dapat dijadikan asas perancangan pendidikan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan pendidikan khususnya Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPN Johor), pejabat-pejabat Pelajaran Daerah dan sekolahsekolah. Sebagai usaha lanjutan, pihak yang relevan dan bertanggungjawab dapat menyambung usaha ini dengan bekerjasama dengan membantu pihak Jabatan Pelajaran Peringkat Negeri Johor dan Daerah mengatasi masalah pembelajaran Matematik, terutamanya bagi sekolah-sekolah di luar bandar yang serba kekurangan dan lemah pula dalam mata pelajaran Matematik. Dengan menggunakan data-data dan penemuan kajian sebagai landasan untuk memulakan sesuatu usaha bagi memahami faktor dalaman diri pelajar seperti faktor sikap. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula dapat menjadikan dapatan kajian, untuk menganalisis dan menilai kurikulum Matematik yang sedia ada.

Daripada analisis yang dibuat, satu penilaian yang lebih tepat dapat dilakukan terhadap keupayaan kurikulum Matematik bagi meningkatkan profisiensi murid-murid dalam mata pelajaran ini. Adalah menjadi tanggungjawab Pusat Perkembangan Kurikulum untuk merangka satu sukatan pelajaran dan modul-modul pembelajaran yang lebih menarik dan dinamik sifatnya selaras dengan prinsip-prinsip psikologi pembelajaran supaya dapat membentuk sikap yang positif dan meningkatkan motivasi murid dan guru terhadap pengajaran Matematik pada masa kini. Kepada guru-guru, dapatan kajian seumpama ini dapat menjadi sebahagian daripada sumber data untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran., khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Hakikatnya bahawa mata pelajaran Matematik di sekolah merupakan antara pelajaran yang kurang diminati dan menimbulkan kebosanan. Ianya bukanlah lagi satu rahsia khususnya pelajar-pelajar di luar bandar. Tambahan pula, sekarang Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, ini tentu membebankan lagi murid-murid. Jika fenomena ini dibiarkan berterusan murid-murid semakin tidak bermotivasi dan akan membentuk sikap dan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran Matematik. Dapatan kajian ini akan menjadi maklum balas bagi tujuan merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Dalam konteks ini guru dapat menumpukan aspek metodologi dan psikologi yang utama untuk membentuk sikap yang positif dan meningkatkan motivasi murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.
1.5 FOKUS KAJIAN

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu khususnya dan sekolah amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.

Selain daripada itu, guru Matematik yang mengajar kelas tersebut dapat meneruskan proses

proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan di dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Tahun 5 Abu Daud dalam mata pelajaran Matematik.
Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula kepada empat orang murid Tahun 5 Abu Daud di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi. Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasai oleh murid , mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid untuk menguasai konsep ini, pelajar akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah.

2.0 TINJAUAN LITERATURE

Kepentingan Matematik

Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik. Antara usaha ke arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat membudayakan matematik dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuk supaya dapat membuat keputusan dengan berkesan. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju. Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran penyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina dari peringkat sekolah.

Di Malaysia dan di seluruh dunia, matematik telah dikenal pasti sebagai satu mata pelajaran yang penting dan oleh kerana itu, ia diajar di semua peringkat pendidikan. Namun, matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera, latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman, 1995) dan juga sains (Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Masalah ini didapati berpunca salah satunya, daripada cara pelajar melihat matematik. Matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan tentang mata pelajaran ini menjadi kaku. Fakta-fakta yang dibincangkan dianggap asing, seolah-olah ia berada di satu dunia yang lain. Bagi menjadikan mata pelajaran ini menarik, bermakna dan berguna, ramai penyelidik masa kini (seperti Chien Chin dan Fou Lai Lin, 2001; Seligman, Olson, dan Zanna, 1996; Taplin, 2002) berpendapat aspek nilai matematik perlu disemai dan diberi penekanan dalam pengajaran matematik. Ini kerana nilai matematik membangkitkan rasa keindahan terhadap matematik, membangkitkan kefahaman tentang kepentingan matematik dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan matematik dengan lebih baik (National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998). Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada kemampuan murid menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas matematik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003). Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah matematik.

Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebenarnya terdapat berbagai faktor yang menjadikan mereka demikian. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak lemah atau tidak pandai terutamanya dalam mata pelajaran matematik ialah disebabkan pengajaran guru yang sangat biasa. Menurut Brooks (1993) lima amalan guru yang biasa dilakukan dalam pengajaran Matematik ialah : I. guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar dihasratkan meniru apa-apa yang disampaikan. II. guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam pengajaran di bilik darjah. III. pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan. IV. kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberi keutamaan. V. pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi dikehendaki menguasai pengetahuan matematik yang mantap dan tetap. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Matematik Pelbagai perubahan yang berlaku mempengaruhi kandungan dan pedagogi dalam pendidikan matematik di sekolah menengah. Perubahan ini memerlukan kepelbagaian cara matematik diajar di sekolah. Penggunaaan sumber untuk membantu murid membentuk konsep-konsep matematik adalah sesuatu yang amat perlu. Guru perlu menggunakan objek sebenar atau objek konkrit dalam pengajaran untuk memberikan pengalaman dan membantu murid membina idea-idea yang abstrak, mereka cipta, membina keyakinan diri, menggalakkan sifat berdikari dan memupuk sikap bekerjasama. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengandungi unsur diagnostik kendiri supaya murid dapat mengenal pasti sejauh mana mereka telah memahami sesuatu konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.

Penerapan unsur sejarah matematik perlu diberi penekanan sewajarnya dalam usaha untuk mewujudkan murid yang menghargai dan menghayati keindahan matematik. Unsur sejarah seperti riwayat hidup dan peristiwa tertentu tentang ahli-ahli matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep dan simbol dapat merangsang lagi minat murid terhadap sesuatu tajuk itu. Bagi membantu murid membentuk sikap dan sahsiah yang baik, nilai-nilai intrinsik matematik seperti kejituan, keyakinan dan pemikiran bersistem perlu diterapkan sepanjang kursus pengajian ini. Di samping itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan dalam konteks yang sesuai secara bersahaja tetapi terancang. Misalnya, pembelajaran secara kumpulan boleh membantu murid menerap kemahiran sosial serta memupuk sikap kerjasama dan membina keyakinan diri terhadap matematik. Dalam mata pelajaran matematik, unsur patriotisme boleh dipupuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara terancang melalui tajuk-tajuk yang diajar. Penekanan yang dibuat adalah secara merentas kurikulum melalui pendekatan menyeluruh dan bersepadu. Kepelbagaian pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk memastikan murid menguasai apa yang telah dipelajari. Pendekatan yang dipilih perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut Kaedah mengajar yang menarik dan berpusatkan murid. Tahap kebolehan dan gaya pembelajaran murid untuk memahami sesuatu perkara. Penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dan berkesan. Penilaian formatif untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan sesuatu pendekatan yang bersesuaian akan dapat merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam mahu pun di luar bilik darjah. Dalam proses untuk membantu murid-murid ini menguasai mata pelajaran Matematik khususnya dalam kemahiran mendarab tiga digit dua digit dengan mengumpul semula, pendekatan yang difikirkan sesuai ialah pendekatan konstruktivisme.

Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Disamping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Saunders (1992) juga menjelaskan bahawa konstruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang diadaptasikan olehnya. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan murid-murid menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Menurut http://www.my-rummy.com dalam matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan diguna pakai untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang akan dipelajari pada masa yang akan datang. Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa: a) pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid. b) guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. c) guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. d) guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. e) pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.

Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme adalah seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan

pengalamannya secara terpilih. Pendekatan Konstrukvisme Antara pelopor konstruktivisme ialah Piaget (1970), Brunner dan Brand (1966), Dewey (1938) dan Ausubel (1963). Menurut Caprio (1994), McBrien dan Brandt (1997) dan Nik Aziz (1999), kelebihan teori konstruktivisme ialah murid-murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid. Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman baru. Rumelhart dan Norman (1978) menjelaskan seseorang akan dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya dan proses ini dikenali sebagai accretion. Selain itu, konsep-konsep yang ada pada seseorang boleh berubah selaras dengan pengalaman baru yang dialaminya dan ini dikenali sebagai penalaan atau tuning. Seseorang juga boleh membina konsep-konsep dalam struktur kognitifnya dengan menggunakan analogi, iaitu berdasarkan pengetahuan yang ada padanya. Menurut Gagne, Yekovich dan Yekovich (1993) konsep baru juga boleh dibina dengan menggabungkan konsep-konsep yang sedia ada pada seseorang dan ini dikenali sebagai parcing. Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pada mereka. Dalam proses ini, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.

Kajian Sharan dan Sachar (1992, disebut dalam Sushkin, 1999) membuktikan bahawa kumpulan murid yang diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme telah mendapat pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan murid yang diajar menggunakan pendekatan tradisional. Kajian Caprio (1994), Nor Aini (2002), Van Drie dan Van Boxtel (2003), Curtis (1998), dan Lieu (1997) turut membuktikan bahawa pendekatan konstruktivisme dapat membantu murid untuk mendapatkan pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan. Teori konstruktivisme menjelaskan kepada kita bagaimana konstruktivisme membantu murid membina sendiri makna sesuatu pengetahuan berasaskan pengetahuan sedia ada mereka. Pengetahuan itu diaplikasikan dengan persekitaran mereka. Banyak jurnal telah menerbitkan intipati kajian dalam bidang konstruktivisme, antaranya ialah Needham (1987), Caprio (1994), dan Beybee (1993). Oleh yang demikian, kajian ini memberikan tumpuan terhadap kesan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran mata pelajaran Matematik. Pendekatan konstrutivisme dipilih kerana terdapat persamaan antara mata pelajaran Matematik dengan Sains, iaitu pelajar harus memahami konsep dan fakta

Teori Konstruktivisme

Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut Susan (1994), konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori kognitif. Selain itu, ia boleh digunapakai bagi guru untuk menjalankan aktiviti yang berpusatkan murid.

Pengajaran Berpusatkan Murid (Student Centre Learning) Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para pelajar. Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif. Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid.
Saya

memilih konsep berkenaan kerana sebagai guru yang bijak melaksanakan

tugasnya seharusnya bijak mencari ruang dan peluang utuk memilih kaedah mengajar yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology, A Contemporary Approach halaman 177 menyebut: Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal or relationship among the ideas and fact being taught. Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari. Konsep ini dapat di kaitkan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui idea yang dikupas daripada teori konstruktivisme.

Konstruktif atau konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak murid secara individu. Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada murid di dalam merealisasikan dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
3.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 Abu Daud yang didapati mempunyai masalah mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Murid-murid ini adalah dari kalangan murid-murid yang sederhana dan berumur dalam lingkungan 11 tahun.

4.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

4.1 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan

terhadap

masalah

mengenalpasti

kelemahan

mereka.

Langkah

pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-

4.1.1

Pemerhatian Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis yang dibuat di dalam buku tulis dan juga lembaran kerja dan ujian pra. Ia juga tidak dirakamkan dalam audio tape.

Pemerhatian ini tidak dijadualkan secara formal kerana ia berlaku secara spontan di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun, catatan perlu dibuat bagi menjawab pelbagai persoalan iaitu Who, What, When, Where, Why dan How.

4.1.2

Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. Ianya dilakukan secara rambang terhadap murid-murid yang saya dapati mempunyai masalah dalam mendarab tiga digit dengan dua digit.

Antara soalan-soalan yang akan dikemukakan ialah: Adakah kamu meminati mata pelajaran Matematik? Bolehkah kamu membaca sifir 12? Bagaimanakan kamu mendarab nombor tiga digit dengan dua digit? Adakah kamu rasa kaedah yang saya ajar ini mudah atau sukar?

4.1.3

Soal Selidik Boring soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

4.1.4

Ujian Pra Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut. Ianya adalah menggunakan kaedah Kertas dan Pensel. Tempoh masa menjawab adalah 30 minit.

Murid-murid ini akan dipanggil dan ditempatkan di dalam sebuah bilik darjah untuk menjalankan ujian pra ini. Jarak tempat duduk di antara murid ditetapkan iaitu dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka daripada meniru di dalam ujian tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk meniru kerana ia akan menyebabkan hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui.

4.2 AKTIVITI PISTOL DAN TUKUL

4.2.1

Kaedah Pelaksanaan Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid. 4.2.1.1 Aktiviti 1 : Membina pistol dan tukul Setiap murid akan menggunakan empat helai kertas lutsinar yang berlainan warna. Murid perlu membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut. Murid melakar pistol dan tukul dengan menggunakan dua helai kertas lutsinar yang berlainan warna. Kemudian, ianya digunting.

Guntingkan bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

Contoh :

Pistol

Hammer

Dengan menggunakan kertas lutsinar yang lain, lakarkan tangga dan kotak jawapan. Buat dan guntingkan lubang di bahagian tengah kotak.

Tangga

Kotak Jawapan

4.2.1.2 Aktiviti 2 : Mengisi nombor dan menyelesaikan operasi darab. Setelah pistol dan tukul dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab nombor 3 digit dengan 2 digit. o Langkah 1: guru memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik untuk diselesaikan oleh murid. Contoh: 246 x 12 = ? o Murid akan mula mengisi nombor pada pistol dahulu.

Cara untuk mengisi nombor ialah dengan meletakkan pistol di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak pistol. Kemudian cari hasil darabnya.

Langkah 2: Setelah selesai mencari jawapan pada pistol, letakkan bentuk tukul pada kertas yang sama, dengan bertindih pada pistol.

Murid

akan

mula

mengisi

nombor

dan

menyelesaikan jawapannya. Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama telah diisi dalam bentuk pistol. o Langkah 3 : Setelah jawapan pistol dan tukul dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk stairs untuk diisikan dengan jawapan yang telah dibuat. o Langkah akhir ialah menggunakan kotak jawapan. Murid akan mencari hasil tambah bagi jawapan pistol dan tukul. Jawapan ini akan diisikan ke dalam kotak jawapan.

5.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL

AKTIVITI

TARIKH PELAKSANAAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan Ujian Pra Melaksanakan tindakan Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan Ujian Pos Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian

1 minggu 2 minggu 1 minggu 1 hari 1 hari 1 minggu 1 hari 1 minggu 2 minggu 1 minggu

6.0 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON

KUANTITI X BIL 1 2 Kertas A4 4 helai kertas transparent yang berlainan warna 3 4 5 Printer Cartridge Fotokopi bahan dan laporan kajian Buku Catatan JUMLAH 1 x RM 75.00 1 x RM 3.50 JENIS BAHAN HARGA SEUNIT 2 x RM 8.90 4 x RM 5.00

JUMLAH KOS RM 17.80 RM 20.00

RM 75.00 RM 50.00 RM 3.50 RM 166.30

SOALAN KAJI SELIDIK

Jantina: L/P

Bulatkan jawapan mengikut skala: 1-Amat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Setuju 4-Amat Setuju

Item 1) Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati. 2) Saya seronok belajar operasi darab dalam matematik. 3) Saya selalu membuat latihan pendaraban sendiri di rumah. 4) Semakin banyak saya mempelajari operasi darab dalam matematik, saya semakin menyukainya. 5) Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan operasi darab dengan betul. 6) Saya akan cuba menjawab semua soalan operasi darab yang diberikan. 7) Saya telah menghafal sifir 1 hingga sifir 12. 8) Saya suka latihan berbentuk pendaraban dalam matematik. 9) Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam pendaraban. 10) Saya selalu mengisi masa lapang dengan membuat latihan tambahan soalan pendaraban. 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Skala 2 2 2 2 3 3 3 3 4 4 4 4

2 2 2

3 3 3

4 4 4

Anda mungkin juga menyukai