Anda di halaman 1dari 7

Pemarkahan dan Markat i.

Pengenalan

Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. Ini akan diikuti dengan isu yang berkaitan dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan memperihalkan tentang sistem pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula simbol pemarkahan yang lazim digunakan. Dengan itu, setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat: i. ii. iii. iv. menyatakan sebab mengadakan pemarkahan, membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah, menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang boleh digunakan, dan membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang digunakan dalam pemarkahan. Tujuan Pemarkahan

ii.

Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah atau gred. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang kadang kala menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha. Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian. Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang mereka dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan. Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak, disalah tafsir ataupun diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu sumber untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda adalah ya kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas tentang pencapaian pelajar.

BME 3103 MSJ IPKB 07

iii.

Kepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara institusi pendidikan . Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi mereka di sekolah. Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa pelajar dibanding antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu, markah sangat bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka. Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada kelas yang leibh pandai atau sebaliknya. Oleh sebab markah sangat penting bagi kebanyakan orang, maka kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi markah. Malangnya, kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga. iv. Asas Pemberian Markah.

Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah merupakan isu yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul mencerminkan penilaian prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya? Atau adakah gred tersebut juga merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan baik, bahasa penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti? Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik, sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik semata-mata. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara seperti motivasi sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif. Jika asas pemberian gred masih memasukkan faktor-faktor lain selain daripada pencapaian, sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.

BME 3103 MSJ IPKB 07

v. a.

Teknik Pemarkahan Ujian Esei Secara Keseluruhan (Holistik)

Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah diberikan markah cemerlang. Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Ini bermaksud keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Di bawah pemarkahan secara holistik ini, terdapat dua jenis skala yang lazimnya digunakan, iaitu skala ordinal dan skala norminal. Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal ialah: Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan, Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di atas dan prestasi terburuk di bawah, Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D dan sebagainya, Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah dipertimbangkan untuk setiap kumpulan. Pemeriksa yang menggunakan skala norminal hendaklah membaca skrip jawapan pelajar sekali, berdasarkan kriteria kandungan, pengelolaan dan proses, untuk mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar itu. Kemudian, pemeriksa itu hendaklah membaca skrip pada kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei yang dikatakan cemerlang, baik, sederhana dan lemah . Peraturan memberi markah esei secara holistik: 1. 2. Pembahagian markah : Keseluruhan 35 markah ( untuk bahasa, gaya, isi dan susunan) Panduan am : Pemeriksa hendaklah membaca esei ini sekali lalu untuk mendapatkan gambaran mengenai mutu esei mengikut perkara-perkara berikut: Isi ( 25 markah) Isi yang sesuai, sekurang-kurangnya lima isi yang membayangkan kematangan fikiran dan baik susunannya. Bahasa (15 markah) Menggunakan bahasa yang betul, lancar dan jelas. Gaya ( 10 markah)

Setelah membaca esei sekali lalu, tetapkan mutu esei itu mengikut pangkat yang ditentukan.
BME 3103 MSJ IPKB 07

Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei


Bil. 1 2 3 4 5 6 Esei Cemerlang Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas. Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan calon untuk memperlihatkan kematangan. Idea-idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian panjangnya. Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan perbendaharaan kata. Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak merasakan sebarang kejanggalan. Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. 1 2 3 4 5 6

Esei baik Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya. Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah sebaik atau setinggi peringkat cemerlang. Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan agak kurang mantap) Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikitsedikit kesilapan yang tidak begitu serius. Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan. Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. 1 2 3 4 5 6

Esei sederhana Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang terperinci. Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang amat sederhana. Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik. Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan penggunaan perkataan yang salah. Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa mendapati kejanggalan dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas. Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk.

BME 3103 MSJ IPKB 07

Bil. 1 2 3 4 5 6

Esei lemah Isi dangkal dan tidak tepat. Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan. Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan idea. Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran dan kejanggalan penyampaian isi. Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

Peringatan: Esei dibaca sekali lagi dengan lebih teliti. Kesalahan isi, bahasa dan ejaan dibulatkan. Setengah markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah sehingga maksimum sebanyak tiga markah. Proses pemarkahan dengan cara holistik merupakan cara pemarkahan yang subjektif. Mutu pemarkahan banyak bergantung kepada pemeriksa yang berpengalaman serta mahir dalam bidang yang berkenaan. Bagaimanapun, ciri keobjektifan dalam pemarkahan cara holistik boleh dipertingkatkan dengan mengadakan penyelarasan antara pemeriksa-pemeriksa yang memeriksa skrip pelajar- pelajar tersebut.

BME 3103 MSJ IPKB 07

b.

Secara Perincian (Analitikal)

Cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Dengan cara ini, unsurunsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses adalah diperiksa secara berasingan. Semasa pemarkahan, unit-unit kecil jawapan pelajar akan dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang diberi dalam skim pemarkahan. Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti. Contoh perincian (A) :
Isi Bahasa Gaya Jumlah 40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas dan diperkembangkan dengan baik) 40 (aspek yang dinilai ialah tatabahasa dan penggunaan perkataan. Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah). 20 (aspek yang dinilai kelicinan pengolahan dan kesesuaian pemerengganan. 100

Contoh (B): Soalan : Huraikan (a) dua kelebihan, dan (b) dua kelemahan yang terdapat dalam pendekatan induktif untuk pengajaran tatabahasa. ( 10 markah ) Skim pemarkahan: (a) dua kelebihan------------2 x 2 = 5 markah (b) dua kelemahan----------2 x 2 = 5 markah ________ Jumlah 10 markah ________ c.
Bil. 1

Kebaikan dan Kelemahan Kedua-dua Teknik Pemarkahan


Teknik Keseluruhan / Holistik Kebaikan 1. Semua aspek penulisan diberikan pertimbangan yang sama rata. 2. Dapat menilai kebolehan am dalam bidang penulisan. 3. Pemeriksaan boleh dibuat dengan lebih tepat; latihan yang banyak boleh dijalankan. 4. Pelajar bebas menulis Menulis esei merupakan suatu kemahiran yang memerlukan gabungan beberapa proses. 1. Kesalahan pelajar dapat diperlihatkan dengan jelas. 2. Esei boleh diperiksa hanya dengan sekali baca. 3. Orang yang kurang mahir BME 3103 MSJ IPKB 07 Kelemahan 1. Guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa. 2. Tiada maklumat diagnostik yang khusus; oleh itu pelajar tidak dapat melihat di mana kekuatan dan kelemahan karangan mereka. 3. Sekiranya pemeriksaan memerlukan ramai guru, kordinasi sukar dilaksanakan. 1. Dengan mengasingkan aspek-aspek yang dinilai, kemahiran penulisan seolaholah terasing. Penulisan bukan lagi merupakan

Perincian / Analitikal

dalam bidang penulisan boleh menjalankan tugas pemeriksaan. 4. Pelajar-pelajar dapat melihat di mana dan apa kelemahan mereka.

paduan beberapa proses secara natural. 2. Pemeriksaan memerlukan masa yang panjang. 3. Kebolehan penulisan secara keseluruhan sukar dilihat. 4. Mungkin menekankan kepada mencari kesalahan drp mencari kekuatan esei.

BME 3103 MSJ IPKB 07

Anda mungkin juga menyukai