Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Algebra Linear merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu diambil oleh semua pelajar PISMP matematik semester 5. Tugasan kerja kursus berasas ilmu ini melibatkan masa selama lima minggu daripada 26 Febuari 2013 sehingga 4 April 2013. Dalam tugasan ini, kami perlu mencari dan mengumpul maklumat berkaitan persamaan linear. Selain itu, kami perlu menyelesaikan tugasan pada lampiran A, melengkapi ujian 1 dan ujian 2 yang telah diadakan dan menyiapkan tutorial serta menunjukkan komitmen yang baik bagi melengkapkan tugasan ini.

Semasa proses untuk menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa kekuatan yang telah saya dapat iaitu mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan sistem persamaan linear dan meluaskan jaringan sumber pengetahuan seperti internet, jurnal dan buku rujukan. Saya telah dapat mengukuhkan kemahiran saya dalam pengiraan yang melibatkan matriks eselon baris, matriks eselon baris terturun, kaedah penghapusan gauss dan penghapusan gauss-jordan. Ketelitian dalam menyelesaikan persamaan linear adalah sangat penting kerana jika tersilap satu, maka jalan penyelesaiannya mungkin bertemu jalan buntu.

Saya juga telah dapat meluaskan pengetahuan saya dengan pelbagai sumber jaringan ilmu pengetahuan seperti internet, jurnal dan buku rujukan. Pencarian daripada internet memudahkan saya untuk mencapai maklumat berkaitan persamaan linear. Jurnal juga merupakan sumber yang baik kerana ia ditulis oleh para bijak pandai dalam bidang tertentu berdasarkan penyelidikan yang teliti. Manakala buku rujukan merupakan sumber yang terbaik kerana ia melibatkan pelbagai aspek pengetahuan yang berkaitan persamaan linear dan ia boleh didapati di perpustakaan IPG KDRI dan perpustakaan awam.

Namun,

terdapat

satu

kelemahan

yang

perlu

saya

perbaiki

semasa

melaksanakan tugasan ini iaitu kolaborasi dengan pensyarah pembimbing. Saya berpendapat bahawa saya kurang merujuk kepada pensyarah pembimbing

menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk menyelesaikan sebahagian tugasan. Maka, tugasan yang dilaksanakan mengambil masa yang terlalu lama kerana saya perlu menyelidik sendiri pengetahuan berkaitan persamaan linear dan mungkin ia agak berlainan dengan apa yang diinginkan oleh pensyarah pembimbing.

Oleh itu, saya akan berusaha pada masa

akan datang untuk berkolaborasi

dengan pensyarah pembimbing dengan lebih kerap supaya tugasan saya bertepatan dengan apa yang beliau inginkan. Maka segala langkah penyelesaian tersebut tepat dan teratur. Kesimpulannya, tugasan yang disediakan oleh pihak pensyarah adalah bertepatan dengan mata pelajaran yang diajar. Ia akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempertingkatkan kemahiran dalam tajuk persamaan linear.

Anda mungkin juga menyukai