Anda di halaman 1dari 10

HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR

KONSEP KESEPADUAN

Kaedah PdP yang mana konsepnya bersepadu dengan mata pelajaran lain. Gabungan ilmu pengetahuan, bahasa atau nilai. Proses penyerapan mata pelajaran lain. Kepentingan : dapat membantu murid menguasai kemahiran atau ilmu pengetahuan mata pelajaran lain. Kaedah pelaksanaan :

- kesepaduan dari segi bahan - kesepaduan komponen utama dalam PJ sendiri (Intra) - kesepaduan dua ilmu pengetahuan yang berbeza mata pelajaran (Inter)

KONSEP PENGGABUNGJALINAN

Menggabungjalinkan beberapa kemahiran dalam 1 masa. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran yang sama. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Kaedah : mengenalpasti kemahiran utama kemudian kemahiran sampingan.

CIRI-CIRI GABUNG JALIN


Integrasi beberapa kemahiran Proses bersepadu dan menyeluruh Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik Kemahiran utama menjadi fokus Organisasi kemahiran fleksibel Kemahiran diintegrasikan Saling kukuh-mengukuh

KONSEP INTEGRASI

Penggabungan, dua atau beberapa kaum (unsur, hubungan, dll) Dapat dilaksanakan dengan menggabungkan unsur unsur seperti kaum dapat memupuk dan mengembangkan budaya nasional. Hal ini akan membentuk persetujuan bersama terhadap sesuatu pekara dan mengusahakan pembinaan budaya nasional. Integrasi harus berlaku secara evolusi melalui proses natural bukannya secara pentadbiran dan paksaan. Dalam Penyata Razak (1956), ada menyatakan berkenaan integrasi yang perlu bermula daripada murid-murid di sekolah. Antara tumpuan utama ialah memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipeliharaan sebagainya menjadi satu integrasi Malaysia yang saling menghormati kepelbagaian dalam meraikan ciri-ciri budaya kaum masing-masing.

TUNJANG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI


Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu : 1. Kecergasan Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

a. Kecergasan berasaskan kesihatan yang merangkumi : i. Daya tahan kardiovaskular ii. Daya tahan otot iii. Kekuatan iv. Kelenturan v. Komposisi badan b. Kecergasan berasaskan perlakuan yang merangkumi : i. Koordinasi ii. Imbangan iii. Ketangkasan iv. Kuasa v. Masa tindakbalas vi. Kepantasan

2. Kemahiran

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.

Tunjang kemahiran meliputi aspek-aspek yang memberi pendedahan kepada murid-murid untuk menonjol dan mengembangkan kemahiran mereka ke tahap yang lebih baik khususnya bakat terpendam.
Kebiasaan proses pengajaran dan pembelajaran tunjang kemahiran biasanya mendedahkan murid-murid untuk berfikir dan bermain dengan keseronokan. Tunjang kemahiran meliputi bidang-bidang seperti: a. Pergerakan asas b. Permainan c. Olahraga d. Gimnastik e. Pergerakan kreatif f. Rekreasi g. Kesenggangan

3. Kesukanan

Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tunjang kesukanan memberi tumpuan kepada amalan pendidikan yang perlu diketahui dan dikuasai oleh muridmurid di sekolah sebagai persediaan untuk mereka melibatkan diri dalam kegiatan kesukanan. Tunjang kesukanan juga akan menekankan beberapa isu pokok yang menjadi keutamaan seperti: a) Keselamatan b) Pengurusan c) Kerjaya d) Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan e) Etika

SEKIAN, TERIMA KASIH!


Disediakan oleh

Rosmarina Binti Mamat


Yeo Hui En

Anda mungkin juga menyukai