Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATAPELAJARAN TUNJANG TAJUK KEMAHIRAN TARIKH MASA TAHUN BIL. MURID OBJEKTIF 1. Psikomotor 2. Kognitif

: Pendidikan Jasmani : Kemahiran : Bola Tampar : Menyangga : 9 April 2008 : 8.10 8.40 pagi : 6 Pintar : 12 murid lelaki dan 12 murid perempuan : Di akhir sessi pembelajaran, murid mampu : : Melakukan hantaran dengan teknik menyangga yang betul . : Menyatakan perbezaan menyangga dengan kedua-dua kaki berkedudukan selari ke sisi dan kedudukan kaki sebelah dihadapan dan sebelah lagi di belakang.

3. Afektif

: Bertolak ansur dengan kawan semasa melakukan aktiviti berpasangan serta menjaga keselamatan diri, rakan dan peralatan sekolah semasa bermain.

PENGALAMAN SEDIA ADA : Murid telah melakukan teknik asas menyangga pada sesi yang lalu. PENERAPAN NILAI KBKK PENGGABUNGJALINAN KESEPADUAN : Bekerjasama : Menilai dan menganalisis : Tunjang Kecergasan Koordinasi : Sains - Arah pergerakan ke atas objek bulat yang di pukul permukaannya yang tidak rata.

ALATAN:

1. Bola Tampar 25 2. Skital 8 3. Gelung rotan 12 4. Wisel

FASA (MASA) Permulaan ( 7 minit)

STRATEGI PEMBELAJARAN/AKTIVITI Memanaskan badan Meningkatkan KDN - Berlari ulang alik

FOKUS PEMBELAJARAN

ORGANISASI

CATATAN/ ALATAN

Lari atas bebola kaki

Dalam 4 barisan

TKP -Kinestatik

Bergerak kearah skital (10 meter) Berlari sambil menggerakkan tangan kearah yang berbeza bagi setiap set

-verbal linguistic

Lakukan 10 set

Perkembangan Teknik Mengawal Bola Langkah 1 (8 minit) - Menyangga bersama rakan secara kedudukan statik

Berdiri dalam keadaan sedia untuk mula menyangga didalam gelung rotan Rakan akan mengira jumlah sanggaan bola Murid melakukan sanggaan sebanyak mungkin tanpa bergerak keluar dari gelung rotan

Murid dalam keadaan berselerak di dalam kawasan skital

Skital 8 Bola 24 Gelung rotan 12 Penerapan Nilai -Bekerjasama

Langkah 2 (8 minit)

Hantaran bola

Penghantar - Berdiri di tengah-tengah bulatan - Lambung bola kepada rakan Penerima - Berdiri dalam keadaan sedia menghadap rakan penghantar yang berdiri ditengah bulatan

Dalam bulatan Seorang rakan akan berada di tengah bulatan

KBKK -Menganalisis

Sangga semula bola yang dilambungkan kepada penghantar (* apabila penghantar sudah lengkap melambung bola satu pusingan, orang yang mula-mula menyangga tadi akan digantikan di tengah bulatan sebagai penhantar)

Penutup (7 minit)

Regangan - Regangan lengan

Berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas bahu Kuncikan jejari kiri dan kanan tangan Tolak tangan lurus ke hadapan sambil membongkok 90 darjah Kira dengan kiraan 8 Ulang aktiviti sebanyak 3 kali Berdiri seperti kedudukan di atas Tangan lurus di atas kepala Bengkok badan ke sisi kanan, tahan dengan kiraan 8 Ulang aktiviti ke sisi kiri Ulang aktiviti sebanyak 3 kali

Semua murid berdiri dalam 4 barisan di hadapan guru

Regangan pinggang

Perbincangan

Perbezaan antara menyangga dengan bola di kenakan pada pergelangan tangan dan di atas pergelangan tangan 1. Bola yang kena pada bahagian atas pergelangan tangan kurang memberi lantunan kepada bola 2. Bola yang kena pada pergelangan tangan akan memberi lebih lantunan 3. Gunakan bahagian pergelangan tangan untuk hantaran bola yang lebih sempurna

Guru bertanya soalan dan murid menjawab Demonstrasi apabila perlu

KBKK -Menilai -Menganalisis

Anda mungkin juga menyukai