Anda di halaman 1dari 1

Macaroni bakar Kisar 2 biji bawang besar dan 7-8 ulas bawang putih. Susu.

Yang dalam botol tu tak cukup, saya tambah dengan 1/2 tin susu cair. Kuantiti susu agak-agakla. Saya tak measure pun. Tu pun nasib jumpa susu cair. Kalau tak, siapla susu Anlene dalam almari tu saya bancuh. 3 biji telur dipukul hingga kembang. 2 sudu besar tepung gandum. Campurkan ke dalam telur. 5 keping keju Cheddar. Lebih pun boleh, lagi umph! Keju Mozarella. Ikut suka la nak habiskan satu paket pun boleh. Cendawan ikut suka. Dihiris. Isi ayam dipotong kecil. Kuantiti ikut suka Macaroni direbus. Opkos. Saya guna 500g. Setelah masak, toskan dan gaul dengan mentega. Mentega untuk menumis. Tumis bawang yang dikisar tadi. Masukkan lada hitam. Kuantiti ikut suka. Setelah naik bau harum semerbak, masukkan isi ayam dan cendawan. Bila isi ayam dah masak, masukkan susu. Masukkan keju Cheddar apabila susu mula panas. Masa ni jugakla nak masuk garam/ ajinomoto/ serbuk pati ayam atau apa-apa sahaja bahan perasa yang anda percaya dapat menyedapkan masakan anda ini. Ewah! Masukkan macaroni dan telur. Gaul sebati. Kalau nampak kat gambar ni atas macaroni tu macam ada serbuk-serbuk (kalau nampak la). Itu adalah keju Parmesan leftover jumpa dalam peti sejuk. Haa..apa-apa je korang jumpa kat dapur tu, campak je dalam ni. Apa lagi, gaul la! Masukkan campuran tadi dalam mangkuk tahan ketuhar/microwave. Tabur keju Mozarella diatasnya. Setting untuk microwave: 40 minit. Oven: 1 jam.

Anda mungkin juga menyukai