Anda di halaman 1dari 2

Membumikan ukhwah fillah (tazkirah magrib) Oleh Ustazah Sharifah Mahiza (isteri Ustadz Hasanuddin)

Ukhwah ada tahapannya Permulaan: taaruf saling mengenal daie perlu bekerja bersama

Kenali sahabat-sahabat Pertengahan: Tafahum Kemuncak: Sering bantu membantu sehingga ithar (melebihkan saudara berbanding diri sendiri)

Abbas Asisi bersama sahabatnya. Sahabat: Apa yang membuatmu bertahan?

Abbas Asisi, Aku bertahan kerana kasih sayangmu kepadaku, maka teruskan lah meberi kasih sayang kepadaku.

KUNCI UTAMA MEMAHAMI UKHWAH 1. Keimanan (Surah al-Hujurat:10), (Surah al-Anfal: 1) a. Kenikmatan (Surah al-Imran: 103) tak perlu kejar orang b. Kekuatan Rahsia kekuatan kamu terletak pada kekuatan ukhwah kamu! c. Ukhwah memerlukan pengorbanan perlukan keyakinan terhadap Allah; Aku seperti sangkaan hamba-hambaKu -hadith qudsi2. Hindari virus-virus ukhwah a. Berbicara dengan saudara dengan nada yang tinggi dan kasar (tapi berbeza bila orang tu memang macam tu kerana budaya masyarakat; contohnya: orang Melaka (contoh ni

ustazah yang bagi) sebab dia rasa itu mesra. So, kena bezakan yang kasar yang memang sengaja dengan budaya) b. Tak mendengar dan menghargai pendapatnya c. Berfikiran negatif kepada saudara dan sukar memaafkan kesalahannya Siapa mencari sahabatnya tanpa cacat nescaya sepanjang hidup dia tidak memiliki sahabat. d. Jika ada aib/ rahsia yang diketahui, disebarkan kepada orang ramai 3. Deklarasi ukhwah a. Ucapkan, Uhibbuki fillah b. Senyumlah bahagiakan saudaramu, maka itulah sedekah c. Memberi hadiah sederhana apa pun akan menambah cinta d. Bantu dan doakan mereka, Mustafa Masyur, Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah ia tak akan berjalan dengan hatinya saja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya. e. Cari kelebihannya dan bukan kelemahannya! f. Bersalaman dengan saudara sambil menatap matanya Allah akan gugurkan segala dosa 2 saudara apabila bersalaman ibarat daun yang ditiup oleh angin kencang.

Anda mungkin juga menyukai