Anda di halaman 1dari 6

Kelebihan rancangan pengajaran harian yang ringkas

Objektif pembelajaran dinyatakan secara terus. Guru tidak perlu memberi pembayang atau gambaran awal kepada murid untuk masuk kepada tajuk baru. Tidak melibatkan pengunaan media yang terlampau banyak di dalam pengajaran dan pemgajaran.

Murid tidak terleka ketika penyampaian maklumat berlaku. - Ini kerana kurangnya penglibatan media seperti video dan audio serta bahan bantu mengajar yang menyebabkan murid lebih banyak bermain daripada memahami isi sebenar yang cuba disampaikan.

Penyampaian maklumat yang ringkas dan padat. Contohnya: a. Penggunaan kata kunci dan frasa yang senang diingati berbanding menggunakan ayat lengkap untuk memahami dan mengingati fakta sains. b. Guru hanya perlu menggunakan teknik pengajaran yang ringkas seperti soal jawab dan sumbang saran di dalam kelas untuk menyampaiakan isi pengajaran

Guru tidak mudah untuk menyimpang dari tajuk yang diajar pada hari tersebut. - Ini kerana struktur pengajaran yang ringkas akan menyebabkan guru mudah untuk melaksanakan objektif pengajaran yang hendak dicapai pada hari tersebut. Guru boleh bertindak lebih fleksibel terhadap pengajaran yang hendak dilakukan pada hari tersebut. - Guru boleh mengubah teknik pengajaran yang disampaikan di dalam kelas berdasarkan tahap kefahaman murid di dalam sesuatu topik.

Guru tidak perlu risau mengenai peruntukan masa yang diberikan di dalam kelas. - Penggunaaan media pengajaran yang ringkas dan bermakna dapat mengurangkan masa guru untuk menyediakan bahan dan murid untuk menggunakannya. - Di samping itu, guru mempunyai masa yang lebih untuk membimbing murid yang lemah dan menambahkan kefahaman terhadap murid yang telah menguasai topik tersebut.

Anda mungkin juga menyukai