Anda di halaman 1dari 7

Sejarah Awal Olahraga Antarabangsa Berlari , melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia

yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan. Dari masa ke semasa , kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang menarik , sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olaraga (athletics) yang merangkumi acara-acara berlari , melompat dan melontar . Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olaragawan ( lelaki ) dan olaragawati ( perempuan ). Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun ber-pasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olirnpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat sekurang-kurangnya sebelas orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertarunhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga. Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara ini.Kebanyakan atlit lebih suka mengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa. Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan semasa ke semasa dengan hanya rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara. Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno . Ini bermakna , olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia.

Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga, walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports , acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi . Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci. Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini, dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang

dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya. Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar. Setidak tidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu. Hal ini berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut mereka terus mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecilkecilan.

Perkembangan Pada Zaman Moden Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat pula usaha negara-negara lain, yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England. Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan sukan olahraga amat cerah. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha pengembangan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876, negara tersebut Berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk pertandingan peringkat

antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland. Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat. Di negara-negara lain juga dturut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malahan menerusi persatuan-persatuan olahraga masing-masing,

mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang meriah. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadi medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, dan olahraga dijadikan acara yang utama dalam sukan tersebut.

Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi mereka, walaupun sukan olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingi dan memberi saingan, walaupun potensi mereka masih belum mampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada.

Bagaimanapun, kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik. Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang disertai negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing.

Sejarah Penubuhan Olimpik a. Sejarah Olimpik Kuno Mengikut legenda, Sukan Olimpik Purba mula diperkenalkan oleh Hercules, anak kepada Zeus dari zaman Yunani. Sejarah menyebut Sukan Olimpik pertama kali diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi, walaupun ramai yang mempercayai tarikh sebenar bila temasya itu dilangsungkan berlaku lebih awal daripada umum mengetahuinya. Mengikut catatan, Coroebus, seorang pelari yang mengambil bahagian dalam temasya itu telah memenangi acara lari 192 meter, sekali gus menjadikannya sebagai juara pertama dalam sejarah Olimpik. Sukan ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersamasama dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek). Boleh dikatakan segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan lain-lain mengambil bahagian. Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota. Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium sejauh 170meter. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju dan sebagainya. Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu. Tahun silih berganti, Sukan Olimpik Purba terus berkembang dan mula diperkenalkan dalam empat tahun sekali untuk selama 1,200 tahun. Bagaimanapun, pada tahun 393 selepas Masihi, kerajaan empayar Yunani yang diperintah oleh Maharaja Theodosius 1, seorang yang berfahaman kristian mengharamkan sukan itu yang dikatakan menjadi festival bagi orang tidak beragama (pagan).

b. Sejarah Olimpik Moden Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19. Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian. Selepas beberapa tahun dengan melakukan kajian dan pemerhatian, Coubertin membuat kesimpulan bahawa faktor keletihan askar Perancis dalam peperangan itu adalah disebabkan kurangnya masa bersukan. Minat Coubertin bukan sekadar memulihkan semangat askar Perancis tetapi lebih daripada itu. Dia kemudiannya menubuhkan sebuah organisasi sukan USFSA untuk tujuan itu. Dua tahun kemudian. Coubertin mencadangkan agar Sukan Olimpik diadakan semula dan pada tahun 1892, USFSA mengadakan konvensyen pertamanya di Paris. Pada perjumpaan itu, suaranya tidak diendahkan sehinggalah dua tahun kemudiannya apabila Coubertin menganjurkan pertemuan 79 delegasi daripada sembilan negara yang akhirnya membentuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Wakil Greece, Demetrious Vikelas telah dipilih sebagai presiden yang pertama, manakala Athens sebagai tempat untuk mengembalikan semula Sukan Olimpik dan pusat pentadbirannya. Sukan Olimpik pertama dibuka pada April 1896 dengan memilih Stadium Panathenaic yang asalnya dibina pada tahun 330 selepas Masihi sebagai venue pertama. Kontijen negara menyertai Sukan Olimpik sejak penyertaan pertama temasya Melbourne 1956 melainkan pada tahun 1980 apabila Malaysia telah menyertai gagasan negara-negara barat untuk memulaukan Sukan Olimpik Moscow 1980. Sejak penglibatan Malaysia dalam Olimpik, sukan seperti akuatik dan olahraga merupakan yang kerap menyertainya sehingga tahun 2004. Malah, hoki juga antara wakil Malaysia yang konsisten bertanding di Sukan Olimpik kecuali di Rom 1960, Seoul 1988, Athens 2004, Beijing 2007 dan England 2012.

Anda mungkin juga menyukai