Anda di halaman 1dari 18

150

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013

Analysis
[3755/1] [3755/2]

Perdagangan
2008 K1 3 5 2 2 2 3 5 5 2 2 2 1 2 4 40

Tajuk Asas Kepada Perdagangan Unsur Perdagangan Perniagaan Dalam Negeri Perniagaan Antarabangsa Industri Kecil Dan Sederhana Pemilikan Perniagaan Pelaburan Perbankan Insurans Pengangkutan Komunikasi Pergudangan Promosi Peranan Kerajaan 14 Dalam Perniagaan 15 Konsumerisme Jumlah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 K1 - bilangan soalan K2 - no soalan

K2 1 1 2 3 3 6 4 4 6 5 6 5 6 5

2009 K1 5 2 3 1 2 4 2 3 7 2 1 3 2 2 4 40

K2 1 2 3 3 3 6 4 6 4 5 5 5 6

2010 K1 6 1 6 5 3 2 1 1 5 1 2 2 2 2 1 40

K2 1 2 2 3,6 6 3 3 4 4,6 4 4 5,6 5 5 5

2011 K1

8 5 3
3 3

1 3 3 2 1 2 3 4 2 40

K2 1 1 2 2 3 3,6 3 6 4,6 4 6 4 5 5 5

2012 K1 6 1 7 2 1 4 2 4 3 2 2 2 2 2 40

K2 1 2 2,6 3 3,6 3 4,6 4,6 4 5 5 6 5

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013

151

Perdagangan

Kertas 1
7

[3755/1]
Apakah kelebihan pengkhususan kepada seorang pekerja? I Meningkatkan kemahiran II Meningkatkan produktiviti III Mewujudkan minat bekerja IV Melahirkan sifat kreatif A B C D I dan II II dan III II dan IV I dan IV

1 Pernyataan yang manakah benar mengenai keperluan? A B C D Diperlukan oleh manusia untuk terus hidup Berbeza-beza mengikut taraf hidup Keinginan manusia untuk hidup selesa Sesuatu yang dipelajari daripada pengalaman hidup

2 Pernyataan manakah yang menerangkan keperluan fisiologi dalam Hierarki Keperluan Maslow? A B C D Puan Nora memberikan hadiah sempena hari lahir anak perempuannya Encik Lee memenangi pertandingan golf untuk kali yang ketiga Puan Heng menyediakan sarapan untuk anaknya setiap pagi Encik Aru membawa ahli keluarganya bercuti ke Port Dickson

8 Apakah syarat yang membolehkan berlakunya sistem barter?

3 Apakah maksud pengeluaran langsung? A B C D Manusia memenuhi keperluan dan kehendak melalui bantuan orang lain Manusia menjalankan pengeluaran dijalankan secara pengkhususan Pengeluaran yang dijalankan untuk memenuhi keperluan sendiri Pengeluaran yang dijalankan secara besar-besaran

9 Pernyataan manakah merupakan fungsi peruncit dalam saluran agihan? A Lokasi kedai berhampiran dengan pemborong B Membiayai pemborong dengan membayar tunai C Membeli pelbagai jenis barang dari banyak pemborong D Menyediakan pengangkutan sendiri untuk mengangkut barang

4 Apakah nilai faedah yang terlibat dalam proses pengeluaran berikut?

10 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri perniagaan runcit besarbesaran. Ditubuhkan oleh pengilang untuk memasarkan keluaran Mempunyai lebih daripada 10 cawangan di seluruh negara Pentadbiran dikawal oleh ibu pejabat

A B C D

Nilai faedah masa Nilai faedah bentuk Nilai faedah milikan Nilai faedah tempat

5 Rajah berikut menunjukkan cabang pengeluaran.

Apakah jenis perniagaan runcit di atas? A Kedai sejaras B Pasar raya besar C Koperasi runcit D Gedung aneka jabatan 11 Maklumat berikut berkaitan sejenis kaedah jualan. Pelanggan membeli barang dan membayar secara ansuran Barang menjadi milik pembeli apabila bayaran pertama dibuat Sesuai untuk barang yang rendah nilai jualannya

Apakah aktiviti yang mewakili X? A B C D Melombong bijih timah Membina bangunan Memproses makanan Menggunting rambut

Apakah kaedah jualan tersebut? Jualan tunai Bayaran tertunda Jualan prabayar Sewa beli

Pernyataan yang manakah menerangkan ciri seorang usahawan? I Menyumbangkan idea yang kreatif II Mementingkan keuntungan perniagaan III Mementingkan khidmat kepada masyarakat IV Mengamalkan pengurusan yang statik I dan II I dan III II dan IV III dan IV

A B C D

A B C D

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

A B C D

Terdapat barang yang tidak tahan lama Barang mudah dibawa untuk ditukarkan Terdapat pertemuan kemahuan serentak Wujudnya mata wang sebagai perantara

152
12 Dokumen berikut berkaitan satu urus niaga.

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013


16 Apakah ciri Industri Kecil dan Sederhana (IKS)? A B C D Mempunyai tenaga pekerja mahir lebih daripada 150 orang Mudah ditubuhkan kerana beroperasi di tempat kediaman Terlibat dalam sektor membuat kenderaan Teknologi pengeluaran IKS berintensifkan mesin

17 Apakah kepentingan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada pembangunan ekonomi negara? I Membantu mengurangkan masalah pengangguran II Membolehkan usahawan mengambil alih syarikat besar III Memberi peluang usahawan kecil mempelajari teknologi baru IV Menggalakkan pelabur asing melabur dan memegang ekuiti dalam IKS A B C D I dan II I dan III II dan III III dan IV

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

Berapakah jumlah bersih yang akan dibayar oleh Butik Maju Makmur jika bayaran dibuat pada 22 Februari 2013?

A RM1 040.00 B RM1 019.20 C RM988.00 D RM967.20 13 Apakah faedah yang diperoleh daripada aktiviti perniagaan antarabangsa kepada pengeluar? I Lebih banyak sumber bekalan II Menggalakkan pertukaran pengetahuan dan teknologi III Barang dapat dijual pada harga yang lebih rendah IV Dapat meningkatkan taraf hidup A B C D I dan II II dan III II dan IV I dan IV

18 Apakah kebaikan memulakan perniagaan secara mengambil alih? A B C D Risiko yang dihadapi adalah rendah Mendapat bimbingan daripada pemilik asal Dapat mengurangkan persaingan dalam perniagaan Dapat menguruskan perniagaan mengikut gaya sendiri

19 Pilih pernyataan yang benar mengenai syarikat sendirian berhad. I II III IV Hal ehwal syarikat diumumkan Liabiliti pemegang syer tidak terhad Syer tidak boleh dipindah milik dengan mudah Bilangan pemegang syer terdiri daripada 2 50 orang I dan II II dan III I dan IV III dan IV

14 Antara berikut yang manakah merupakan eksport nyata? A B C D Pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di United Kingdom Pelancong Australia datang ke Malaysia untuk bercuti Malaysia menjual barang elektrik ke Hong Kong Pelancong Malaysia menaiki penerbangan Singapore Airlines

A B C D

20 Mengapakah peniaga perlu bijak menguruskan stok? A B C D Supaya barang cepat habis dijual Modal tidak terikat dalam bentuk stok Mendapat diskaun niaga daripada pembekal Stok gerak cepat tidak melebihi stok gerak perlahan

15 Seorang saudagar import menerima inden tertutup daripada pengimport kasut. Apakah yang dimaksudkan dengan inden tertutup? A B C D Saudagar import perlu membeli jenama kasut seperti yang dinyatakan dalam inden Saudagar import boleh membeli kasut daripada mana-mana pengeluar Saudagar import boleh menentukan jenama kasut yang sesuai Saudagar import perlu membeli kasut secara kredit sahaja

21 Antara berikut, yang manakah benar mengenai bentuk pelaburan, risiko dan pulangan? Pelaburan A B C D Simpanan tetap Hartanah Saham Unit Amanah Risiko Rendah Rendah Tinggi Tinggi Pulangan Rendah Tinggi Rendah Tinggi

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013


22 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis syer keutamaan. Syer yang dibayar pada satu kadar dividen yang tetap dan dividen tambahan selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa Apakah jenis syer keutamaan di atas? A B C D Syer keutamaan kumulatif Syer keutamaan boleh tebus Syer keutamaan penyertaan Syer keutamaan boleh tukar 28 Apakah peranan insurans kepada peniaga? A B C D Mengelakkan kerugian akibat bencana alam Dapat menumpukan perhatian untuk memajukan perniagaan Mendapat keuntungan jika risiko yang diinsuranskan berlaku Merupakan satu cara menabung yang berkesan

153

29 Situasi berikut berkaitan dengan satu tuntutan ganti rugi. Encik Ramzan telah membeli insurans kesihatan untuk melindungi dirinya. Semasa mengisi borang cadangan, beliau tidak menyatakan bahawa beliau mempunyai masalah jantung. Apabila beliau dimasukkan ke dalam wad kerana sakit jantung, syarikat insurans tidak membayar sebarang ganti rugi. Apakah prinsip yang digunakan oleh syarikat insurans untuk menolak tuntutan Encik Ramzan? A Sumbangan B Kepentingan boleh insurans C Doktrin sebab hampiran D Penuh percaya mutlak

23 Apakah tugas utama Bank Negara Malaysia? A B C D Mengawal dan melaksanakan dasar kerajaan Mengawal dan melaksanakan dasar kewangan negara Mengawal dan melaksanakan dasar pembangunan negara Mengawal dan melaksanakan dasar bank-bank perdagangan

24 Dalam sistem perbankan Islam, simpanan wang atau harta pelanggan di bank merupakan suatu amanah. Apakah prinsip yang diamalkan? A Al-Mudharabah B Al-Musyarakah C Al-Wadiah D Al-Rahnu 25 Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pihak bank untuk meluluskan permohonan pinjaman perniagaan? A B C D Lokasi perniagaan yang dijalankan Kedudukan kewangan peniaga Jenis perniagaan yang dijalankan Sasaran pasaran peniaga

30 Apakah peranan pengangkutan? A B C D Menggalakkan pengeluaran besar-besaran Mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk Membolehkan peniaga berhubung antara satu sama lain Memudahkan kawalan dan pentadbiran perniagaan

31 Apakah kelebihan menggunakan saluran paip? A B C D Kos pemasangan yang murah Tidak memerlukan penyelenggaraan Risiko kerosakan dan kecurian dapat dielakkan Dapat mengangkut pelbagai jenis barang

26 Maklumat berikut berkaitan dengan perkhidmatan institusi kewangan. Membeli invois atau akaun belum terima daripada penjual serta mengutip bayaran daripada pembeli Mendahulukan wang tunai pada jumlah tertentu daripada nilai bil hutang kepada penjual

32 Pernyataan yang manakah benar tentang pengkontenaan? I II III IV Sesuai mengangkut muatan dalam kuantiti yang kecil Boleh mengangkut barang sekali gus Kukuh, boleh dikunci dan dipateri Kos modal yang rendah I dan II I dan IV II dan III III dan IV

Apakah institusi kewangan yang menjalankan perkhidmatan di atas? A B C D Syarikat pajakan Syarikat kewangan Syarikat pemfaktoran Syarikat Jaminan Kredit

A B C D 33

27 Mengapakah risiko perubahan cita rasa pelanggan tidak boleh diinsuranskan? I II III IV Kadar premium tidak dapat dikira Kerajaan mengawal cita rasa pelanggan Risiko kerugian dapat ditanggung oleh peniaga Perubahan cita rasa pelanggan tidak dapat dijangka I dan II I dan IV II dan III III dan IV

Mengapakah komunikasi penting dalam perniagaan? I II III IV Memudahkan peniaga menghantar barangan pukal Membolehkan peniaga mendapat maklumat dengan cepat Membantu peniaga mengurangkan kerugian dan kerosakan Menggalakkan pembukaan kawasan baru untuk perniagaan I dan II II dan III III dan IV I dan IV

A B C D

A B C D

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

154

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013


37 Puan Siti ingin membuka sebuah pusat tuisyen di Setia Alam. Kumpulan sasaran beliau ialah pelajar sekolah yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Apakah media pengiklanan yang sesuai untuk memperkenalkan pusat tuisyen tersebut? I II III IV A B C D Mengedarkan risalah dari rumah ke rumah Menyiarkan iklan dalam surat khabar tempatan Menggantung sepanduk berhampiran kawasan sekolah Menyiarkan maklumat pusat tuisyen di dalam laman web I dan II II dan IV I dan III III dan IV

34 Apakah perkhidmatan yang membolehkan seseorang pelabur mendapatkan maklumat tentang harga saham? A MyBursa B MAYPAC C Telestok D Telefaks

35 Berikut adalah ciri-ciri sebuah gudang.

Menyimpan barang yang dikenakan cukai tetapi cukai belum dijelaskan Peniaga dibenarkan masuk untuk menjalankan kerja-kerja akhir Barang dalam gudang boleh dicagarkan untuk mendapat pinjaman Apakah jenis gudang tersebut? Gudang pengilang Penyetoran sejuk Gudang peruncit Gudang berbon

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

A B C D

38 Maklumat berikut berkaitan dengan perundangan perniagaan. Akta ini melindungi pengguna daripada peniaga atau pengeluar yang memberi maklumat palsu atau salah tentang sesuatu produk Apakah akta tersebut? A B C D Akta Francais 1998 Akta Kawalan Harga 1946 Akta Jualan Langsung 1993 Akta Perihal Dagangan 1972

36 Rajah berikut berkaitan unsur dalam campuran pemasaran.

Pernyataan manakah yang benar tentang P dan Q?

39 Pernyataan yang manakah benar tentang taraf perintis? A B C D Potongan cukai dua kali untuk promosi eksport barang Pelepasan cukai selama lima tahun bagi syarikat yang berstatus MSC Pengecualian cukai bagi syarikat yang terlibat dalam pengeluaran makanan Pelepasan cukai mengikut peratusan tertentu selama lima tahun

40 Apakah yang perlu dipertimbangkan oleh seorang pengguna bijak semasa membeli? I Meneliti kandungan bahan II Memilih jenama yang terkenal III Mengenal pasti tarikh luput barang IV Memilih barang yang murah A B C D I dan II I dan III II dan IV III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013

155

Perdagangan

Kertas 2
BAHAGIAN A [75 markah] Jawab tiga soalan sahaja.

[3755/2]

1 (a) Nyatakan dua perbezaan keperluan dan kehendak. [4 markah] (b) Dalam pengeluaran, sesuatu keluaran mempunyai nilai faedah jika ia memberi kepuasan kepada pengguna. Terangkan tiga jenis nilai faedah dalam pengeluaran. [6 markah] (c) Situasi berikut berkaitan dengan pengeluaran yang dijalankan Encik Rayyan. Encik Rayyan mengusahakan dusun durian di Raub, Pahang. Hasil tanaman durian diproses di kilang yang dibuka bandar berhampiran. Encik Rayyan menghasilkan pelbagai makanan daripada durian untuk dijual di pasar raya berhampiran dan di hantar ke Kuala Lumpur. Beliau dibantu oleh sepuluh orang pekerja. Terangkan tiga peranan Encik Rayyan sebagai seorang usahawan. [6 markah]

(d) Jelaskan empat kekurangan mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran.

(e) Situasi berikut berkaitan perbualan antara dua sahabat. Angah: Saya ada ayam dan saya perlukan beras. Man: Saya ada beras tetapi hanya cukup untuk keperluan kami sekeluarga. (i) Nyatakan dua syarat yang perlu dipenuhi dalam sistem barter.

[4 markah]

[2 markah]

(ii) Jelaskan tiga kelemahan dalam sistem barter. [3 markah]

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

156
2 (a)

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013


Huraikan perkaitan pengeluaran, perdagangan dan perniagaan. [6 markah]

(b) Gambar berikut menunjukkan sebuah peti sejuk yang dibeli oleh Puan Zarina dengan kaedah bayaran tertunda.

TUNAI : RM1800 @ PENDAHULUAN: RM300 ANSURAN BULANAN: RM67.50 selama 2 tahun

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

(c)

(i) (ii)

Hitung jumlah faedah yang perlu dibayar oleh Puan Zarina. Jelaskan tiga kelebihan kaedah jualan di atas kepada pengguna.

[2 markah] [3 markah]

Rajah berikut menunjukkan jenis-jenis ejen.

Huraikan jenis ejen berikut:

(i) X [3 markah] (ii) Y [3 markah] (d) Situasi berikut berkaitan dengan Pak Atan, seorang peruncit. Pak Atan menerima bekalan roti dari Syarikat Roti Enak dua kali seminggu. Syarikat roti tersebut menyediakan rak untuk memperagakan roti di kedai Pak Atan. Pak Atan akan membayar roti yang habis dijual sahaja manakala selebihnya akan dipulangkan kepada Syarikat Roti Enak.

(i) Nyatakan jenis pemborong dalam situasi di atas. [1 markah] (ii) Jelaskan tiga peranan pemborong dalam (c) (i) di atas. [3 markah] (e) Syarat serahan terdiri daripada syarat masa serahan dan syarat bayaran angkutan. Terangkan dua syarat masa serahan. [4 markah]

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013

157

3 (a) Malaysia mengimport hasil tenusu dari New Zealand dan mengeksport minyak kelapa sawit ke negara tersebut. Huraikan faktor yang menyebabkan wujudnya perniagaan tersebut.

[6 markah]

(b) Jelaskan empat halangan dalam perniagaan antarabangsa.

[4 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Encik Mustafa mengusahakan sebuah kilang perabot di Kuala Selangor. Kilang beliau membekalkan perabot ke sekolah-sekolah kerajaan melalui Pemasaran Bersepadu. Apakah yang dimaksudkan dengan Pemasaran Bersepadu?

[3 markah]

(d) Seorang usahawan merupakan pemimpin dalam organisasi perniagaannya dan haruslah mahir dalam pengurusan sumber manusia. Terangkan tiga ciri pengurusan sumber manusia yang baik.

[6 markah]

(e) Terangkan tiga perbezaan antara syarikat awam berhad dan syarikat sendirian berhad.

[6 markah]

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

158
4 (a)

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013


Maklumat berikut berkaitan dengan pelaburan Encik Amran.

Encik Amran memiliki 2500 unit 8% syer keutamaan bernilai RM2.00 seunit dan 5000 unit syer biasa bernilai RM1.00 seunit dalam Syarikat Global Crystal Berhad. Syarikat tersebut telah mengisytiharkan pembayaran dividen 7% bagi bagi syer biasa, pada tahun berakhir 31 Disember 2012. Hitung pendapatan Encik Amran daripada pelaburan dalam Syarikat Global Crystal Berhad.

(b) Jelaskan empat faktor perlu dipertimbangkan semasa membuat pelaburan.

[4 markah]

[4 markah] (c) Encik Haikal bercadang untuk menyediakan perkhidmatan fotostat di kedai alat tulis yang baru dibuka. Beliau mempertimbangkan dua cara untuk mendapatkan mesin fotostat tersebut iaitu melalui syarikat pajakan atau membeli secara tunai. [1 markah]

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

(i) Tentukan cara pembelian yang sesuai dipilih oleh Encik Haikal.

(ii) Jelaskan tiga sebab bagi pilihan (i) di atas.

[3 markah]

(d) Situasi berikut berkaitan dengan polisi insurans. Puan Hannan memiliki sebuah kereta Perodua MyVi. Kereta beliau telah dicuri ketika diparkir di hadapan rumahnya. Syarikat insurans telah membayar pampasan kepada Puan Hannan di atas kecurian kereta tersebut. Sebulan kemudian, kereta beliau telah dijumpai semula tetapi syarikat insurans tidak membenarkan beliau menuntut hak milik kereta tersebut. Selain itu, Puan Hannan juga memiliki polisi Hayat Endowmen. Bagaimanapun beliau mendapati premium yang dikenakan lebih tinggi daripada adiknya yang tujuh tahun lebih muda darinya. (i) Mengapakan syarikat insurans tidak membenarkan Puan Hannan menuntut hak milik kereta tersebut? [3 markah]

(ii)

Jelaskan empat faktor yang dipertimbangkan dalam pengiraan premium insurans hayat. [4 markah]

(e) Terangkan tiga peranan pengangkutan dalam membantu perniagaan.

[6 markah]

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013


5 (a) Maklumat berikut berkaitan dengan seorang pengimport kereta. Datuk Ghani adalah seorang pengimport kereta dari Eropah. Kereta-kereta yang diimport akan disimpan dalam sebuah gudang apabila sampai di pelabuhan. Kereta-kereta tersebut akan dikeluarkan dari gudang setelah cukai dikeluarkan.

159

(i) Nyatakan jenis gudang yang digunakan untuk menyimpan kereta import tersebut. [1 markah] (ii) Jelaskan empat kelebihan gudang tersebut.

(b) Rajah berikut menunjukkan unsur-unsur dalam campuran pemasaran.

[4 markah]

Huraikan berkaitan perkara berikut:

(i) P [4 markah] (ii) Q [4 markah] (c) Kerajaan memberikan galakan kepada peniaga yang terlibat dalam industri tertentu dengan memberikan pelepasan cukai. Huraikan pelepasan cukai berikut:

(i) Taraf perintis [3 markah] (ii) Elaun cukai pelaburan [3 markah] (d) Berikut adalah perbualan dua orang sahabat.

Razeef: Sudah lama saya menyewa rumah. Rumah yang saya beli sejak lima tahun yang lepas masih belum siap lagi. Apa yang perlu saya lakukan? Farhan: Adakah anda mengetahui latar belakang pemaju perumahan sebelum membeli rumah tersebut? Razeef : Saya tidak mendapat maklumat tentangnya.

Farhan: Bagaimanapun, anda boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah itu. (i) Apakah hak pengguna dalam situasi di atas. [2 markah] (ii) Jelaskan peranan Tribunal Tuntutan Pengguna. [4 markah]

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

160

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013


BAHAGIAN B [25 markah] Soalan ini wajib dijawab.

Puan Rafiza adalah pemilik Salun dan Spa Harmoni yang menjalankan perniagaan salun kecantikan untuk wanita di Bandar Bukit Tinggi sejak lima tahun yang lepas. Salun ini memberikan perkhidmatan rawatan kecantikan, spa dan mendandan rambut kepada wanita sahaja. Perkhidmatan yang berkualiti dan harga yang berpatutan telah menarik ramai pelanggan datang ke salunnya. Perniagaan salun ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan dibantu oleh tujuh orang pekerja yang mahir dalam bidang kecantikan. Untuk mengelakkan pelanggan menunggu lama, salun ini hanya menerima pelanggan yang membuat temu janji terlebih dahulu. Temu janji boleh dibuat melalui telefon dan internet. Salun ini juga menggunakan laman sosial facebook dan laman blog untuk mengiklankan perkhidmatan di sini. Disamping perkhidmatan yang disediakan, Puan Rafiza juga mengeluarkan sendiri produk kesihatan berasaskan herba. Beliau mempunyai kemahiran menghasilkan produk kesihatan yang dipelajari daripada ibunya. Produk ini amat digemari oleh pelangganpelanggannya. Ini telah menambahkan pendapatan perniagaan beliau disamping membantu pelanggan yang mempunyai masalah kesihatan. Produk ini juga boleh ditempah melalui internet. Barang yang ditempah akan dihantar menggunakan perkhidmatan kurier. Hasil pendapatan dari salun kecantikan ini disimpan di bank bagi menjamin keselamatan. Beliau mempunyai akaun semasa di salah sebuah bank perdagangan. Memandangkan perniagaan mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai, Puan Rafiza bercadang untuk menambah pengeluaran produk kecantikan bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah. Namun begitu beliau masih kekurangan modal. Beliau bercadang untuk membuat pinjaman daripada bank perdagangan tetapi seorang kawan mencadangkan beliau memohon kemudahan overdraf dari bank berkenaan. Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut: (a) Namakan jenis saluran agihan yang terlibat dalam situasi di atas dan nyatakan sebab saluran agihan tersebut dipilih. [2 markah]

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

(b) Jelaskan sebab perkhidmatan kurier digunakan dalam situasi di atas.

(c) [5 markah]

Jelaskan kelebihan E-dagang kepada pelanggan. [4 markah]

(d) Jelaskan empat peranan bantuan berikut kepada Puan Rafiza. (i) Promosi [4 markah] (ii) Perbankan [4 markah] (e) Berikan tiga perbezaan antara pinjaman dan overdraf.

[6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

122

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013

Jawapan

Perdagangan
Perdagangan Paper 1

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013

123

Perdagangan
NO 1 (a)

Paper 2
FAKTA/HURAIAN Kehendak Untuk hidup dengan selesa dan sempurna Sukar dipuaskan kerana kehendak tidak terhad Berubah-ubah mengikut umur, jantina, pendapatan dan cita rasa Boleh dipelajari Contoh: Hiburan, rumah banglo, kereta mewah, barang kemas

Perbezaan keperluan dan kehendak Keperluan Perlu ada untuk terus hidu p Mudah dipuaskan dan sama bagi semua orang Tetap dan diperlukan sepanjang hidup

Tuntutan semula jadi Contoh; makanan, pakaian, tempat tinggal 1(b)

1(c)

1(d)

1(e)

Nilai faedah dalam pengeluaran; Nilai faedah bentuk Perubahan bentuk kepada barang yang lebih berguna Nilai faedah tempat Perubahan dari tempat yang kurang permintaan ke tempat yang mempunyai permintaan Nilai faedah masa Barang disimpan dan dikeluarkan apabila diperlukan Nilai faedah milikan Pertukaran hak milik barang kepada orang yang memerlukan Peranan usahawan: Memenuhi keperluan dan Usahawan yang kreatif dan inovatif menghasilkan kehendak manusia barang untuk memuaskan kehendak manusia Mewujudkan peluang pekerjaan Mengurangkan masalah pengangguran Menyumbang terhadap Mempelbagaikan kegiatan ekonomi pembangunan ekonomi negara Kekurangan amalan pengkhususan: Pekerja bosan melakukan kerja yang sama setiap hari Proses pengeluaran bergantung antara satu sama lain Pekerja tidak dapat menunjukkan kreativit i Risiko pengangguran meningkat kerana kemahiran pekerja terhad (i) Dua syarat sistem barter: Mesti wujud kemahuan serentak antara kedua -dua belah pihak Mesti dapat barang yang berlebihan yang hendak ditukarkan (ii) Kelemahan sistem barter Masalah kemahuan serentak Masalah penentuan kadar pertukaran Masalah pembahagian barang Masalah barang mudah rosak Masalah membawa barang yang rosak

124
2(a)

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013


Kaitan pengeluaran, perdagangan dan perniagaan: Pengeluaran merupakan kegiatan yang menghasilkan barang/perkhidmatan untuk memuaskan kehendak manusia yang tidak terbatas Pengeluaran memerlukan perdagangan untuk tujuan pengagihan barang kepada pengguna akhir. Pengagihan barang daripada pengeluar kepada pengguna melibatkan perniagaan Perniagaan ialah kegiatan membeli dan menjual barang atau perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan. (i) Jumlah faedah yang perlu dibayar RM67.50x 24 bulan = RM1620 1500 = RM120 (ii) Kelebihan jualan kepada pengguna: Barang boleh digunakan selepas wang pendahuluan dibayar Taraf hidup meningkat kerana dapat menggunakan barang mewah dan mahal Jenis-jenis ejen: (i) Ejen pengeluar Ejen yang dilantik oleh beberapa orang pengeluar untuk memasarkan barang keluarannya Dibayar komisen Tidak boleh melakukan pemasaran sendiri (ii) Ejen penjual Memasarkan barang keluaran daripada pengeluar- pengeluar kecil yang tidak mampu memasarkan barang sendiri Mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran Menerima komisen (i) Pemborong jobber para (ii) Membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit Memperagakan barang atas rak yang disediakan oleh peruncit Pemborong mempunyai hak milik ke atas barang Menanggung risiko jika barang tidak dapat dijual Bayaran dikenakan atas barang yang dijual sahaja Memastikan stok berterusan kepada pengguna (i) Serahan sedia Barang dihantar kepada pembeli sebaik sahaja pesanan diterima (ii) Serahan segera Barang dihantar kepada pembeli dalam masa dua atau tiga hari selepas pesanan diterima .

2(b)

2(c)

2(d)

2(e)

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013


3(a) Faktor kewujudan perniagaan antarabangsa Perbezaan negara dalam alam semula jadi Malaysia menghasilkan minyak kelapa sawit New Zealand menghasilkan produk tenusu Perbezaan kos pengeluaran Kos pengeluaran minyak kelapa sawit lebih rendah di Malaysia Hubungan antarabangsa Hubungan diplomatik wujud antara Malaysia dan New Zealand Halangan dalam perniagaan antarabangsa Prosedur kastam dan pelbagai sekatan perniagaan Penggunaan mata wang yang berlainan Penggunaan bahasa yang berlainan Risiko yang tinggi Cara pembayaran yang berbeza Keadaan politik Masalah sukatan dan timbangan Dokumentasi yang rumit Standard dan syarat import Kesukaran mendapat maklumat P emasaran Bersepadu Dikenali sebagai konsep payung IKS membekalkan barang siap dan separa siap kepada syarikat besar IKS memperoleh pasaran terjamin menerusi kontrak kerajaan/pasaran terbuka Ciri pengurusan sumber manusia yang baik Menyediakan persekitaran kerja yang baik Aspek perundangan dalam pengendalian tenaga kerja Mewujudkan hubungan yang baik antara pekerja dan majikan Perbezaan Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad Pemilik 2 -50 orang Pemilik 2 tiada had Syer dijual kepada orang persendirian Syer dijual kepada orang ramai Penyata kewangan dirahsiakan Penyata kewangan perlu didedahkan kepada umum Syer tidak boleh dipindahmilik secara Syer boleh dipindah milik dengan bebas di bebas Bursa saham

125

3 (b)

3(c)

3(d)

3(e)

126
4(a)

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013


Pendapatan Encik Amran Dividen Syer Keutamaan = 8/100 x 2500 x RM2.00 = RM400 Dividen Syer Biasa = 7/100 x 5000 x RM1.00 = RM350 Jumlah pendapatan = RM400 + RM350 = RM750 Faktor dipertimbangkan semasa membuat pelaburan: Mendapatkan maklumat yang lengkap dalam bidang pelaburan Mengetahui pulangan daripada sesuatu pelaburan Mengetahui jenis risiko daripada pelaburan Modal yang ada Kecairan pelaburan (i) Kaedah yang sesuai Pajakan (ii)Alasan; Peniaga boleh menggunakan mesin tanpa mengeluarkan modal yang banyak Mesin boleh digunakan untuk mencari pendapatan dan membayar sewa mesin Aset yang sudah usang akan dipulangkan kepada pemajak Sewa pajakan merupakan belanja kendalian yang dibenarkan untuk pelepasan cukai Syarikat insurans Prinsip indemniti subrogasi Hak milik dipindah kepada syarikat insurans Kerana insured telah menerima gantirugi (ii) Faktor pengiraan premium insurans hayat Jenis insurans- premium insurans hayat sementara lebih rendah daripada endowmen Umur insured semakin meningkat usia, semakin tinggi premium Pekerjaan Pekerjaan yang tinggi risiko dikenakan premium lebih tinggi Kesihatan Caj tambahan akan dikenakan kepada pemohon yang kurang sihat Jantina perempuan dikenakan premium lebih rendah Peranan pengangkutan: Mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran - Harga barang dapat distabilkan/ penyelarasan penawaran dan permintaan Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa - Dapat mengagihkan barang ke merata tempat dan meningkatkan keuntungan Menggalakkan pengeluaran secara besa r- besaran - Dapat menjimatkan kos dan menurunkan harga barang Mengurangkan kos penyimpanan stok - Sistem pengangkutan yang cekap dapat memastikan stok yang diperlukan dapat dipenuhi Mempelbagaikan pilihan pengguna - Pengguna dapat menikmati pelbagai jenis barang dari merata tempat Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara - menggalakkan pembukaan kawasan baru Menggalakkan pergerakan tenaga buru h - pembukaan kawasan baru memerlukan tenaga buruh Megelakkan pembazira n - barang cepat rosak dapat diangkut segera

4(b)

4(c)

4(d)

4(e)

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013

127

128

SOALAN ULANGKAJI SPM 2013

SKEMA JAWAPAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai