Anda di halaman 1dari 7

PJM3101 Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal

KONSEP DAN DEFINISI KECERGASAN T ajuk 1 KESELURUHAN DAN KECERGASAN FIZIKAL

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep kecergasan keseluruhan, definisi kecergasan fizikal, kepentingan kecergasan fizikal, kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan komponen serta kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor serta komponen. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan konsep dan definisi kecergasan keseluruhan dan kecergasan fizikal 2. menyatakan kepentingan kecergasan fizikal dalam kehidupan anda. 3. mengenalpasti komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan lakuan motor

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Konsep Kecergasan Keseluruhan

Definisi Kecergasan Fizikal

Kecergasan Fizikal berlandaskan Kesihatan

Kecergasan Fizikal berlandaskan Perlakuan Motor

PJM3101 Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal

KANDUNGAN

1.0

Konsep dan definisi kecergasan keseluruhan dan kecergasan fizikal 1.1 Konsep kecergasan keseluruhan Pencapaian kesihatan dan kecergasan yang optima merupakan sesuatu

yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Masyarakat moden secara puratanya tidak dapat mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang optima. Kebanyakan dari kita memadai memilih tahap pencapaian yang minimun terhadap kedua-dua komponen ini. Bagi mencapai piawaian yang optima, kita perlu merangka gaya hidup kita ke arah yang lebih aktif dan cuba mengelakkan gejala-gejala yang memudaratkan seperti penyakit dan tingkah laku sosial yang tidak berfaedah. Menurut Stokes et. al (1981) terdapat beberapa faktor risiko yang boleh mengurangkan kesihatan dan kecergasan seseorang. 1.1.1 Warisan Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung sebelum umur 50 tahun meningkatkan risiko untuk anda mendapat penyakit ini. 1.1.2 Tidak Aktif Mereka yang aktif mempunyai risiko yang rendah berbanding kategori "sedentary". 1.1.3 Kegemukan Penambahan lemak mempunyai pertalian yang rapat dengan kencing manis. 1.1.4 Darah Tinggi Dikenali sebagai penyebab kepada angin ahmar dan penyakit jantung.

PJM3101 Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal

1.1.5 Merokok Terdapat korelasi yang tinggi di antara merokok dengan penyakit jantung. 1.1.6 Tekanan Tekanan memberi kesan ke atas jantung dan boleh mengakibatkan beberapa penyakit lain. 1.1.7 Peningkatan Paras Kolesterol Kuantiti dan kualiti kolesterol mempunyai kesan yang terus terhadap jantung. 1.1.8 Diabetes Mempunyai korelasi di antara diabetes dengan masalah sistem peredaran. Kehidupan zaman moden memandu ke arah ketidakcergasan, tetapi kita boleh membuat pilihan ke atas senaman, merokok, pemakanan dan pengawalan tekanan. Adalah sangat perlu bagi kita memulakan dari peringkat seawal mungkin. Lebih cepat kita memulakanya maka lebih mudah kita dapat mengurangkan risiko-risiko yang akan dihadapi. Keadaan kesihatan kita adalah bergantung kepada tanggung jawab kita. Di A merika Syarikat kematian. Kecergasan fizikal dan senaman dapat memberi menafaat dari segi psikologi kerana berupaya mengurangkan ketegangan dan putus asa (Lambther 1972). 1.2 Definisi kecergasan fizikal Kecergasan fizikal membawa maksud satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai cukup tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya tanpa merasa letih dan masih bertenaga untuk kegiatan masa senggangnya. Di samping itu seseorang itu masih mempunyai tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan. 3 umpamanya terdapat lebih kurang 25000 orang bunuh diri setiap tahun dan bagi pelajar kolej membunuh diri adalah penyebab kedua ke atas

PJM3101 Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal

1.3

Kepentingan kecergasan fizikal Kecergasan fizikal melibatkan aspek fisiologi dan psikologi tertentu dalam membantu melindungi kita dari masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, obesiti dan masalah mental-emosi. Kepentingan kecergasan fizikal adalah seperti berikut: i. dapat meningkatkan fungsi badan seperti menguatkan otot dan ligamen mengurangkan risiko kecederaan meningkatkan daya tahan kardiovaskular merendahkan tekanan darah sistem respiratori yang efisyen mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung dan paru-paru meningkatkan imej kendiri mengurangkan tekanan menambahkan kegiatan sosial tidur, rehat dan rekreasi yang secukupnya

ii. dapat mengekalkan kesihatan mental-emosi daripada segi:

1.4

Komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan - Kekuatan - Daya tahan otot - Daya tahan kardiovaskular - Fleksibiliti - Komposisi badan

1.4.1 Kekuatan Daya yang dapat dikenakan kepada otot atau sekumpulan otot dalam satu pengecutan maksimun. Contohnya mengangkat objek besar. 1.4.2 Daya tahan otot Keupayaan otot bekerja dalam jangka masa yang lama tetapi kurang dari keupayaan maksimun. Contohnya melakukan aktiviti bangkit tubi.

PJM3101 Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal

1.4.3 Daya tahan kardiovaskular Keupayaan melakukan kerja dalam jangka masa yang lama yang melibatkan keseluruhan badan contohnya berjoging. 1.4.4 Fleksibiliti Kebolehan meregang otot atau ligamen bagi membolehkan sendi bergerak dengan bebas dalam julat pergerakan yang maksimun. Contohnya aktiviti split. 1.4.5 Komposisi badan Ia merujuk kepada peratus lemak dalam badan. 1.5 Komponen kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor - Ketangkasan - Imbangan - Kordinasi - Kelajuan - Masa tindak balas - Kuasa 1.5.1 Ketangkasan Keupayaan menukar arah dengan cepat dan berkesan. 1.5.2 Imbangan Jenis kordinasi yang melibatkan penglihatan reflek dan sistem otot rangka yang mana dapat mengekalkan keseimbangan. 1.5.3 Koordinasi Kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan. 1.5.4 Kelajuan Keupayaan bergerak dari satu titik ke titik berikut dengan cepat. 5

PJM3101 Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal

1.5.5 Masa tindak balas Masa yang diperlukan untuk bergerakbalas/memulakan pergerakan setelah diberikan rangsangan. 1.5.6 Kuasa Keupayaan melakukan kerja dalam masa yang singkat.

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia komponen kecergasan keseluruhan seperti emosi. yang berkaitan kecergasan fizikal, mental, sosial dan

LAMAN WEB http://en.wikipedia.org/wiki/Physical_fitness http://www.cyberparent.com/fitness/five.htm http://www.cdc.gov/nccdphp/dnpa/physical/everyone/glossary/index.htm http://www.brianmac.co.uk/conditon.htm

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy. diserahkan kepada

PJM3101 Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal

RUJUKAN

Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan(pengkhususan). Shah Alam: Fajar Bakti. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th edition). San Francisco, CA: Benjamin Cummings.

Anda mungkin juga menyukai