Anda di halaman 1dari 14

13

CERITA

Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu dan beberapa orang rakan sedang berbual-bual di taman permainan. Tiba-tiba kamu terdengar suara seorang kanak-kanak menangis kerana terjatuh dari buaian. Ceritakan bagaimana kamu dan rakan-rakan kamu membantu kanak-kanak tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.
membantu

mencuci sampai

berasa terjatuh

mengelap sedang

meluru melihat

menahan

MALANG TIDAK BERBAU Pada petang kelmarin, aku dan beberapa orang rakan (1) berbual-bual di taman permainan yang tidak jauh dengan rumah kami. Bencana tsunami menjadi topik perbualan kami pada petang itu. Tidak berapa lama kemudian, terdengar suara kanak-kanak menjerit dan menangis. Kami ...(2)... ke arah tersebut. Rupa-rupanya seorang kanak-kanak ...(3)... dari buaian. Mukanya tersembam ke atas tanah. Aku meminta Wai Hoe mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Hal ini demikian kerana aku dan Thomas terpaksa mengangkat kanak-kanak itu ke sebuah pondok. Aku ...(4)... mukanya yang bertanah itu dengan sapu tanganku. Thomas pula ...(5)... darah pada lutut kakinya. Tidak lama kemudian, ibu kanak-kanak itu pun muncul. Aku menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Wanita itu kelihatan cemas ...(6)... keadaan anaknya. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada kami kerana ...(7)... anaknya. Kami menghantar kanak-kanak itu ke rumahnya. Setelah ...(8)... di rumahnya, kami membantu ibunya mencuci luka-luka kecil di bahagian muka, tangan, dan kaki kanak-kanak itu. Rohaizat tersengih-sengih ...(9)... kepedihan akibat disapu ubat di bahagian luka tersebut. Sebelum kami beredar dari rumah Rohaizat, ibunya menjamu kami dengan cempedak goreng dan air oren. Kami ...(10)... gembira kerana dapat menolong anak jiran kami yang dalam kesusahan. Rohaizat pula tersenyum seraya mengucapkan terima kasih kepada kami.

30

UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

13

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

14

SITUASI ATAU KEPERIHALAN

Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Kamu telah menyertai program Lawatan Sambil Belajar ke tempat-tempat bersejarah yang dianjurkan oleh pihak sekolah kamu semasa cuti pertengahan tahun yang lalu. Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai program Lawatan Sambil Belajar itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. peluang menjamu makam melihat menikmati berangkat berjalan tentera mengubati sejarah

PENGALAMAN SEMASA MENYERTAI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati. Semasa aktiviti lawatan ini, kita banyak memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata pepatah, banyak ...(1)... luas pengalaman. Pada cuti pertengahan tahun yang baru lalu, saya berpeluang melawat ke negeri Melaka. Tujuan lawatan adalah untuk (2) kesan-kesan peninggalan sejarah penjajah di kota itu. Para pelancong juga masih boleh melihat kesan-kesan peninggalan (3) tersebut. Semasa saya berada di sekitar Bandar Hilir, Melaka, saya tidak melepaskan ...(4)... untuk melawat kota A Farmosa. Kota ini ialah kota yang dibina oleh tentera Portugis. Kota ini pernah dijadikan kubu pertahanan ...(5)... Portugis ketika itu. Selepas makan tengah hari, saya melawat ...(6)... pahlawan-pahlawan Melaka, antaranya adalah makam Hang Jebat. Saya juga berkesempatan melawat Perigi Hang Tuah. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk tempatan, air perigi ini dapat ...(7)... pelbagai jenis penyakit. Pada sebelah malamnya, saya dan kawan-kawan pergi ke Umbai untuk (8) keenakan ikan bakar. Saya turun ke gigi pantai untuk menikmati keindahan malam di kota penuh sejarah ini. Semasa saya berada di sini, banyak pelancong asing yang turut menikmati keindahan malam di Melaka sambil ...(9)... selera. Kira-kira pukul sebelas malam, saya dan peserta rombongan ...(10)... pulang. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah peroleh. Saya juga sedar betapa pentingnya menjaga kesan-kesan peninggalan sejarah bagi tatapan generasi muda akan datang.

30

UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

14

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

15

FAKTA

Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur, tidak kira lelaki mahupun wanita. Bincangkan kebaikan yang boleh diperoleh daripada aktiviti bersukan. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kemudahan harian terjebak kegiatan cergas diingini membentuk penting semangat lemah

FAEDAH BERSUKAN Bersukan merupakan satu daripada kegiatan yang ...(1)... dalam kehidupan kita. Badan yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan lemah dan mudah dihinggapi oleh pelbagai penyakit. Bersukan ada beraneka jenis. Antara ...(2)... sukan ialah olahraga, renang, bola jaring, bola sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan menjadi ...(3)... dan kuat dengan bersukan. Pada zaman siber yang semakin canggih ini, banyak ...(4)... telah tersedia. Hal ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Tabiat ini tidak baik. Sikap ini akan memudaratkan diri kita. Badan kita akan menjadi ...(5)... dan mudah terkena penyakit. Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat ...(6)... sifat-sifat yang mulia seperti sabar, bekerjasama, bertolak ansur, dan ...(7)... ingin berjaya. Malah, dengan bersukan juga dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita. Selain membentuk sikap mulia, sukan juga dapat menghindarkan diri daripada ...(8)... dalam gejala yang tidak ...(9)... seperti mencuri, melepak, dan menagih dadah. Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita terutamanya muda-mudi. Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti ...(10)... kita. Dengan bersukan, kita memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan sihat otak cerdas.

30
UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

15

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

16

PERIBAHASA (BENTUK CERITA)

Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa Bagai Aur dengan Tebing. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul. berat menafikan berbincang dikongsi impian amalan keyakinan cerdas menghadapi kerumitan

BAGAI AUR DENGAN TEBING Peribahasa bagai aur dengan tebing bermaksud saling menolong antara satu dengan yang lain. Peribahasa ini boleh dijadikan ...(1)... dalam kehidupan seharian. Amalan tolongmenolong ini juga dapat mewujudkan suasana muhibah dalam masyarakat. Jika kita berpegang dan mengamalkan peribahasa ini, sebarang masalah dan ...(2)... yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah. Kerja yang ...(3)... akan menjadi ringan, perkara yang susah akan menjadi mudah. Impian akan menjadi kenyataan. Dua orang sahabat tinggal di sebuah taman perumahan. Persahabatan mereka begitu intim, segala masalah dalam pelajaran ...(4)... bersama. Kedua-duanya tidak kedekut ilmu. Mereka saling membantu jika menghadapi masalah. Gembira sama gembira, enak sama dirasa. Berjaya adalah ...(5)... mereka. Mereka sering menghabiskan masa dengan ...(6)... dan mengulang kaji pelajaran. Walaupun kedua-duanya ulat buku tetapi mereka juga gemar bermain badminton. Kesihatan amat perlu kerana minda yang ...(7)... datangnya dari badan yang cergas. Persediaan dua orang sahabat ini bagi ...(8)... UPSR sudah cukup mantap. Semasa menduduki perepiksaan, mereka menjawab semua soalan dengan tenang dan penuh ...(9).... Apabila keputusan UPSR diumumkan, kedua-duanya telah berjaya dengan cemerlang. Mereka berjaya memperoleh 5A. Kesimpulannya, peribahasa bagai aur dengan tebing telah membuktikan kepada kita bahawa konsep kerjasama telah membuahkan kejayaan. Kita juga tidak dapat ...(10)... bahawa peribahasa bagai aur dengan tebing ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan dan seharusnya dijadikan ikutan.

30
UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

16

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

17

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Pada cuti penggal yang lalu, anda berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik di Cameron Highlands. Anda ingin menceritakan pengalaman percutian anda itu kepada salah seorang rakan anda. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menceritakan percutian anda itu kepadanya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul. gembira berada percutian berjumpa melawat diingati bungkus berasa menarik menyambut

PENGALAMAN BERCUTI DI CAMERON HIGHLANDS No. 36, Jalan Bunga Raya, Taman Intan Emas, 43300 Balakong, Selangor Darul Ehsan. 7 Januari 2006. Ke hadapan sahabatku Norhamdan yang ...(1)... selalu, semoga saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat. Saudara, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat ...(2)... Tahun Baru 2006. Apa azam saudara pada tahun ini? Isi surat saya kali ini mengandungi cerita tentang pengalaman ...(3)... saya dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu. Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa (4) di sana, saya telah berkunjung ke beberapa tempat menarik. Saya berpeluang (5) ladang teh, Taman Ros, Taman Kaktus, Ladang Strawberi, ladang limau, ladang bunga, kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata. Tempat yang paling ...(6)... hati saya ialah Ladang Strawberi. Di situ saya berpeluang memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberap (7) buah strawberi untuk dibawa pulang. Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Highlands sejuk. Saya (8) seolah-olah saya berada di luar negara yang beriklim sejuk. Saya begitu ...(9)... dapat bercuti di sana. Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudara. Semoga dipanjangkan usia kita agar dapat ...(10)... lagi. Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

Shahidan Firdaus

UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

17

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

18

SURAT KIRIMAN RASMI

Kawasan tempat tinggal anda sering mengalami gangguan bekalan air. Anda sebagai pengguna berasa kurang puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Anda hendak membuat aduan tentang masalah tersebut. Tulis sepucuk surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah gangguan bekalan air itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. berlaku mengatasi ucapkan sering gangguan berharap bimbang rendah aktiviti puncak

SURAT GANGGUAN BEKALAN AIR BERSIH 305, Blok Persiaran Damai, Jalan Cenderawasih 6/8A, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya. Pengurus Syarikat Air Bersih Selangor, Cawangan Petaling Jaya, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 46050 Petaling Jaya. Tuan, Aduan Gangguan Bekalan Air Bersih di Kawasan Pangsapuri Seri Perdana Saya mewakili penduduk pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara ingin membuat pengaduan tentang masalah gangguan bekalan air bersih dan tekanan air yang rendah sering ...(1)... di kawasan kediaman kami sejak akhir-akhir ini. 2. Masalah ketiadaan bekalan air bersih ...(2)... berlaku di sini sejak tiga minggu yang lalu. Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran kepada para penduduk untuk melakukan ...(3)... seharian seperti mandi, membasuh, dan memasak. 3. Tekanan air yang sangat ...(4)... juga menyebabkan penghuni di tingkat atas pangsapuri ini sukar untuk mendapatkan air. Air yang mengalir terlalu kecil dan sangat sedikit. Pada masa-masa tertentu air langsung tidak mengalir, terutamanya ketika air digunakan secara ...(5)... waktu pagi. 4. Selain itu, setiap kali selepas berlakunya ...(6)... bekalan air, kami mendapati bahawa air yang disalurkan tidak bersih, keruh, dan berkeladak. Justeru itu, kami berasa ...(7)... penggunaan air tersebut akan menjejaskan kesihatan penduduk di sini. 5. Sehubungan dengan itu, kami ...(8)... agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk ...(9)... masalah ini. Kami berharap agar masalah ini akan segera berakhir. Atas kerjasama daripada pihak tuan, kami ...(10)... terima kasih. Sekian. Saya yang benar,

5 Januari 2006.

Samsuri Kamaruddin
(SHAMSURI BIN KAMARUDDIN) Wakil Penduduk Pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara, Petaling Jaya.

UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

18

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

19

CATATAN
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Kamu sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu kamu. Catatkan beberapa peristiwa yang menarik semasa menghadiri majlis tersebut. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. menjadikan pengantin paluan perjalanan kelihatan

disambut

kenduri

hidangan

membekalkan

membantu

CATATAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS KENDURI KAHWIN SABTU, 28 JANUARI 2006 6.00 pagi Saya bangun lebih awal kerana hendak pergi ke Taman Medan, Petaling Jaya. Pada hari ini, pak long saya akan melangsungkan (1)... perkahwinan anak perempuan sulungnya. Selepas mandi dan bersarapan, saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk bertolak ke destinasi. 7.30 pagi Tepat pada pukul 7.30 pagi, kami bertolak ke Petaling Jaya. Cuaca cerah pada pagi itu. Keadaan jalan raya yang kurang sibuk ...(2)... perjalanan ke rumah pak cik menyeronokkan. Sepanjang ... (3)... kami melalui beberapa buah pekan, antaranya ialah Sebak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Meru. 11.00 pagi Kami tiba di Taman Medan. Kami (4) oleh Pak Cik Hamdan dengan penuh kegembiraan. Kami berbual-bual dengan Pak Cik Hamdan dan Mak Cik Halimah. Kemudian, kami ke bilik (5) untuk memberi hadiah kepada sepupu saya, Kakak Norhayati. 12.00 tengah hari Para jemputan telah membanjiri ...(6)... tetamu. Saya dan saudara mara yang lain turut membantu melayan para tetamu yang hadir. Saya mengangkat ...(7)... untuk para tetamu dan jemputan yang hadir dalam majlis itu. Para jemputan juga dihadiahi bunga telur yang berwarna-warni. 2.00 petang Rombongan pengantin lelaki tiba. Pengantin lelaki diarak dengan ....(8)... kompang. Kemudian, kedua-dua pengantin menikmati hidangan Makan Beradab bersama-sama keluarga terdekat. Kakak Norhayati dan suaminya ...(9)... sama cantik dan sama padan seperti pinang dibelah dua. 5.00 petang Kami bersalam-salaman dengan Pak Cik Hamdan sekeluarga sebelum bertolak pulang. Mak Cik Halimah ...(10)... lauk-pauk dan bunga telur kepada kami. Kakak Norhayati dan suaminya memberitahu kami bahawa mereka akan bertandang ke rumah kami pada minggu hadapan.

30
UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

19

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

20

BERITA
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Majlis sambutan Hari Keluarga telah diadakan di tempat kamu. Sebagai pemberita, kamu diminta menulis berita tentang hari tersebut untuk disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

memenangi mengukur

mengadakan merancang

menganyam memeriahkan

diperuntukkan menjalin

mengeratkan mengutip

SAMBUTAN HARI KELUARGA KEMAMAN, 18 Februari 2006 Sempena ulang tahun penubuhan Dewan Serbaguna Kemaman, penduduk di kawasan itu ...(1)... Hari Keluarga. Hari Keluarga itu diadakan di padang bola sepak, bersebelahan dengan dewan tersebut. Acara sambutan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Tujuan Hari Keluarga tersebut diadakan adalah untuk ...(2)... hubungan antara penduduk tempatan. Semua kaum terlibat menjayakan program Hari Keluarga ini. Penglibatan semua kaum ini dapat ...(3)... semangat perpaduan dan semangat kejiranan. Pelbagai acara diadakan untuk ...(4)... lagi hari tersebut. Acara untuk kanak-kanak ialah ... (5)... wang syiling dalam tepung, makan buah epal dan berjalan dengan menggunakan kasut tempurung kelapa. Semua yang terlibat dalam pertandingan itu berusahabersungguh-sungguh untuk merebut gelaran juara. Para remaja pula menyertai acara memancing, (6) ketupat dan lumba basikal. Bagi orang dewasa pula, mereka menyertai acara tarik tali, (7) kelapa dan membelah kayu getah. Semua acara yang dipertandingkan mendapat sambutan yang sungguh baik. Setelah selesai aktiviti sukan, cabutan nama bertuah pula dijalankan. Sebanyak 24 hadiah telah ...(8)... oleh pihak penganjur. Hadiah-hadiah itu disumbangkan oleh Ahli Dewan Rakyat Kawasan Kemaman. Mereka yang berjaya ...(9)... hadiah tersenyum lebar pada hari itu. Setiap peserta juga menerima hadiah sagu hati berupa sehelai baju-t dan pemegang kunci. Pihak penganjur ...(10)... akan mengadakan sambutan seperti itu lagi pada tahun hadapan.

30
UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

20

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

21

LAPORAN
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Andaikan kamu sebagai Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik di sekolah kamu. Kamu diminta menulis laporan tentang mesyuarat bilangan pertama untuk Tahun 2006 . Tulis laporan kamu itu selengkapnya. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul.

tahunan sekolah

berjaya dijalankan

bercadang disenaraikan

ditangguhkan utama

kejayaan menyertai

LAPORAN MESYUARAT BILANGAN PERTAMA PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK 2006 Persatuan Sains dan Matematik telah mengadakan mesyuarat bilangan pertama pada 12 Januari 2006 yang lalu. Objektif ...(1)... mesyuarat ini ialah untuk merancang pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Tahun 2006. Aktiviti pertama yang ...(2)... ialah pengambilan anggota baharu bagi Tahun 2006. Beberapa kriteria telah ditetapkan bagi pengambilan kali ini. Mulai Tahun 2006, yuran penggal persatuan telah ditambah sebanyak RM2.00 bagi satu tahun sesi persekolahan. Yuran ...(3)... telah menjadi RM10.00 bagi setiap orang anggota persatuan ini. Pada tahun ini, empat aktiviti utama telah disenaraikan. Aktiviti tersebut ialah persediaan murid-murid untuk ...(4)... Kuiz Sains dan Kuiz Matematik di peringkat daerah. Kuiz ini adalah dalam bentuk kumpulan yang mengandungi tiga orang peserta bagi setiap kategori. Memilih seorang wakil ...(5)... untuk menyertai pertandingan Kuiz Sains Angkasa dan seorang wakil sekolah untuk menyertai pertandingan Kira Cepat. Semua pertandingan bermula di peringkat kelompok, daerah, negeri, dan kebangsaan. Pada tahun lepas, peserta yang mewakili Kuiz Sains hanya ...(6)... memperoleh tempat ketiga di peringkat daerah. Peserta yang mewakili Kuiz Matematik dan Kuiz Sains Angkasa hanya mendapat hadiah saguhati di peringkat kelompok. Pencapaian yang membanggakan sekolah ialah ...(7)... peserta Kira Cepat yang menjadi johan di peringkat negeri. Setelah itu, persatuan juga ...(8)... untuk mengadakan siri lawatan sambil belajar untuk menambah pengalaman para peserta. Antara tempat yang telah ...(9)... dan dipersetujui secara majoriti oleh anggota persatuan ialah Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara. Mesyuarat ...(10)... pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Laporan disediakan oleh,

18 JANUARI 2006.

Siratjuddin Mohd Nazari


(SIRATJUDDIN BIN MOHD NAZARI) Setiausaha, Persatuan Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor.

UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

21

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

22

DIALOG
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Rakan anda terpilih sebagai peserta terbaik semasa sukan tahunan sekolah yang lalu. Anda berdua berbual-bual tentang kejayaan rakan kamu itu. Tulis perbualan kamu dengan rakan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. gigih berbual sumber terpilih mengutip dinobatkan tumpuan negara menjadi kunci

SEKETIKA BERSAMA SEORANG JUARA Saya sedang berbual-bual dengan seorang rakan saya yang telah ...(1)... sebagai Olahragawan Terbaik Sukan Tahunan Olahraga 2006. Yang berikut adalah perbualan saya dengan rakan saya. Halim Muthu : : Tahniah, Muthu! Akhirnya kamu berjaya juga ...(2)... olahragawan sekolah pada kali ini. Terima kasih, Halim. Saya benar-benar gembira. Sebenarnya, saya langsung tidak menduga bahawa saya ...(3)... sebagai olahragawan sekolah dalam Sukan Tahunan Olahraga pada tahun ini. Bagi saya, kejayaan kamu bukanlah sesuatu yang di luar dugaan. Kamu ...(4)... berlatih dan berusaha bersungguh-sungguh. Cikgu Roy, guru rumah sukan kita juga maklum akan hal itu. Tambahan pula, kamu banyak ...(5)... pingat emas untuk pasukan kita. Kejayaan ini adalah kejayaan semua sebenarnya. Guru-guru dan rakan-rakan banyak memberi sokongan dan perangsang kepada saya. Itulah sebenarnya ...(6)... utama kejayaan saya. Tetapi, kesungguhan kamu adalah ...(7)... kejayaan tersebut. Saya tahu bahawa kamu memang berminat dalam lapangan sukan dan menjadi atlet ...(8)... suatu hari nanti. Semoga kejayaan ini merintis cita-cita kamu itu di masa hadapan. Harap-harapnya begitulah. Memang saya minat akan sukan. Namun demikian, buat masa sekarang, saya harus mendahulukan bidang akademik. Saya mesti memberi ... (9)... sepenuhnya kepada pelajaran. Marilah kita ke kantin. Saya belanja kamu hari ini atas kejayaan kamu itu. Di situ nanti bolehlah kita ...(10)... lebih panjang lagi. Baiklah, terima kasih kerana kamu sudi belanja saya makan.

Halim Muthu

: :

Halim Muthu

: :

Halim Muthu

: :

30
UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

22

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

23

UCAPAN
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Kamu telah diminta untuk memberi ucapan semasa perhimpunan rasmi sekolah sempena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia. Tajuk ucapan yang akan kamu sampaikan ialah, Cara-cara Menabung. Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. tabung disimpan selamat ceria pulangan digemari lusuh ribuan sedikit institusi

CARA-CARA MENABUNG Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, guru-guru, dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan untuk semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ...(1)... terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan sempena majlis sambutan Hari Kemerdekaan negara kita pada hari ini. Tajuk ucapan yang diberi kepada saya ialah Cara-cara Menabung. Rakan-rakan yang disayangi, Salah satu keperluan utama dalam kehidupan seharian kita ialah wang. Wang amat perlu ... (2)... bagi menjamin masa depan seseorang. Ada pelbagai cara bagi kita untuk menyimpan wang. Sebagai contoh, ada yang menyimpan wangnya di dalam ...(3).... Ada pula yang menyimpan wangnya di dalam bank-bank tertentu. Menyimpan wang di dalam bank merupakan satu cara menabung yang ...(4)... oleh rakyat Malaysia. Di Malaysia terdapat banyak ...(5)... kewangan. Bank Simpanan Nasional merupakan sebuah institusi perbankkan yang dijamin oleh kerajaan. Terdapat juga bank-bank perdagangan seperti Malayan Banking, Bank Rakyat, dan Public Bank. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita boleh mendapat ...(6)... keuntungan perniagaan yang dijalankan oleh bank tersebut. Demikianlah halnya dengan wang yang disimpan di dalam bank. Jika kita menyimpan wang walaupun ...(7)... setiap bulan, maka wang tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa. Wang yang kita simpan di dalam bank sudah tentu lebih ...(8)... berbanding wang yang disimpan di rumah. Hal yang demikian adalah kerana wang yang disimpan di rumah mudah dicuri orang, terbakar, terlupa tempat menyimpan, ...(9)... dan sebagainya. Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapankan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dan Selamat Menabung. Semoga kita lebih ...(10)... dan bahagia selepas menabung, rancanglah masa depan anda dengan bijak. Sekian, terima kasih.

30
UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

23

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

24

SYARAHAN
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahankamu itu ialah, Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. merungut perlu agung terletak kerumitan banyak berjasa sempurna paling bijaksana

KASIH SAYANG IBU BAPA SEPANJANG HAYAT Yang dihormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Penolongpenolong Kanan, Guru Cemerlang, panel hakim yang arif lagi ...(1)..., serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat. Hadirin yang dihormati, Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak ...(2)... kepada kita. Mereka telah mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada kita. Oleh itu, memang wajarlah kita menghormati ibu bapa sebagai membalas jasa mereka. Jasa mereka terlalu ...(3)... bagi kita. Selain itu, ibu bapa juga telah membelanjakan ...(4)... wang ringgit semata-mata untuk menyara kita. Mereka tidak pernah ...(5)... atas kesusahan untuk menampung kehidupan keluarga. Segala kemahuan dan keperluan hidup kita diurusnya dengan sempurna. Seterusnya, mereka telah mengusahakan pendidikan yang ...(6)... kepada kita. Pendidikan di sekolah dan pendidikan agama telah diberi kepada kita. Oleh sebab itu, kita amat ...(7)... menghormati mereka. Kasih sayang mereka kepada kita adalah kasih sayang sepanjang hayat. Ibu bapa juga merupakan orang yang (8) hampir dengan kita. Tiap-tiap kali kita mempunyai masalah, merekalah orang pertama yang akan membantu kita. Mereka jugalah yang akan meleraikan segala ...(9)... dan kekusutan yang dialami. Mereka adalah rakan kongsi suka duka yang tiada tandingnya. Hadirin yang budiman, Oleh hal yang demikian maka kita perlulah senantiasa menghormati ibu bapa kita. Ingatlah bahawa keberkatan hidup seseorang anak ...(10)... pada restu dan doa kedua-dua orang tuanya. Oleh sebab itu, kita mesti mengasihi dan menyayangi mereka. Sekian, terima kasih.

30
UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

24

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

25

PERBAHASAN
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Andaikan bahawa anda adalah pihak pembangkang dalam pertandingan perbahasan. Tajuk perbahasab itu ialah, Internet Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan. Tuliskan hujah-hujah kamu itu selengkapnya.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. dengar kancah bermoral sinonim imej akhlak menabur hakim buktikan bersuluh

INTERNET LEBIH BANYAK MENDATANGKAN KEBAIKAN Selamat sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para ...(1)... yang bijaksana, barisan pencadang, rakan-rakan yang budiman. Saya selaku pihak pembangkang tetap menangkis tajuk perbahasan pada hari ini. Kuasa di hujung jari anda. Kata-kata ini begitu ...(2)... dengan aura internet. Ringkasnya, internet boleh melakukan apa-apa sahaja terutamanya yang bertujuan negatif. Internet sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Saya akan ...(3)... kebenarannya. Hujah saya meniti kebenaran, keburukan yang paling kerap kita ...(4)... ialah internet sebagai medium untuk menyebarkan fitnah. Fitnah-fitnah yang dilemparkan biasanya mampu menjatuhkan ...(5)... seseorang. Mencemar nama baik sesebuah organisasi, malah memburukkan nama negara. Hadirin yang dihormati, Lazimnya, orang yang ...(6)... dan meyebarkan fitnah ialah orang yang berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Malangnya, kemahiran tersebut telah disalahgunakan semata-mata untuk kepentingan peribadi. Nah, di sini sudah jelas lagi ...(7)... tentang keburukan internet kepada kita yang menggunakan perkhidmatannya. Bagi mereka yang gemar melayari laman-laman web yang tidak ...(8)... di internet, mereka sanggup menghabiskan masa yang lama menghadap komputer. Ketagihan melayari internet melalui penerokaan laman-laman web yang tidak bermoral ini juga boleh merosakkan ...(9)... para remaja. Malah, perbuatan ini juga akan merugikan masa dan membazirkan wang ringgit. Lebih malang lagi kerana ada segelintir individu yang sanggup menggunakan internet bagi melakukan penipuan demi mengaut keuntungan. Biasanya individu yang terperangkap dalam ... (10)... penipuan ini ialah mereka yang sedang mencari pekerjaan, iklan pelancungan, promosi barangan tertentu, dan sebagainya. Berdasarkan faktor-faktor tadi, ingin saya jelaskan bahawa internet lebih banyak mendatangkan keburukan. Sekian, terima kasih.

30
UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN EMPAT

25

ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B

Anda mungkin juga menyukai