Anda di halaman 1dari 11

DEFINSI/KONSEP KLAUSA

satu rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan berpotensi menjadi ayat. ( Nik Safiah Karim et al, 1987) unit di atas frasa dan di bawah ayat. ( Asmah Hj. Omar, 1982) suatu unit @ kontituen ayat yang mempunyai subjek & predikat ( Raminah Sabran, 1989 )

RUMUSAN
satu unit rangkaian perkataan satu subjek dan satu predikat

merupakan konstituen ayat.


Cthnya: Anda (subjek) pandai (predikat)

JENIS-JENIS KLAUSA
Asmah Hj. Omar (1982); 1. Klausa Utama - klausa yang tidak memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat. - klausa ini akan menjadi ayat selapis jika intonasi diujarkan. Cthnya; dia makan nasi 2. Klausa Subordinat - klausa yang memerlukan klausa lain. - wujud dalam ayat kompleks atau wacana.Cthnya; Dia tidak datang kerana anaknya sakit.

JENIS-JENIS KLAUSA
Nik Safiah Karim et. al.(1987); 1. Klausa Bebas - dapat berdiri sendiri & menjadi ayat lengkap. - dikenali ayat sempurna jika dapat berdiri sendiri & bersifat klausa bebas jika terdpt dlm sebahagian ayat besar sahaja. Cthnya: kamu pandai 2. Klausa Tak Bebas - tidak dapat berdiri sendiri sbg satu ayat lengkap - berfungsi sebagai penerang kpd klausa bebas. Cthnya: Padi itu Awang jemur supaya kering.

KEDUDUKAN KLAUSA DLM AYAT


1. Klausa Komplemen Sebagai Subjek - klausa bebas yang dpt menggantikan satu subjek dalam ayat pancangan. - terdiri daripada ayat selapis. Cthnya; Dia sudah tahu perkara yang dibincangkan tadi. 2. Klausa Relatif - klausa tak bebas yang menerangkan perkataan menjadi subjek kepada suatu ayat pancangan. - klausa ini hanya menggunakan kata ganti nama hubungan yang. Cthnya; Buku yang dibeli tadi sudah koyak.

KEDUDUKAN KLAUSA DLM AYAT


3. Klausa Keterangan - sebagai keterangan dlm ayat pancangan apabila ayat utama diterangkan itu memakai kata hubung tak setara. - terdiri daripada 9 jenis, iaitu;
(a) Klausa Keterangan Sebab & Akibat Dia membaca terlalu lama hingga rabun matanya. (b) Klausa Keterangan Syarat Jikalau hari tidak hujan, saya akan hadir ke majlis itu. (c) Klausa Keterangan Waktu Ketika datuknya sakit, dia selalu bersedih hatinya. (d) Klausa Keterangan Perbandingan Mukanya merah seperti udang kena bakar.

KEDUDUKAN KLAUSA DLM AYAT


(e) Klausa Keterangan Pengakuan Dia tetap datang sekalipun dia sibuk. (f) Klausa Keterangan Pertalian Apalagi hendak dikata nasi sudah menjadi bubur. (g) Klausa Keterangan Penyertaan Dia tidak sahaja malas, malah pendengki pula. (h) Klausa Keterangan Tujuan Dari jauh Ahmad datang ke sini untuk bertemu Ali.

(i) Klausa Keterangan Gaya Bayaran rumah itu bolehlah dijelaskan secara ansuran.

DEFINSI / KONSEP AYAT


susunan perkataan yang sekumpul-kumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya , serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap kumpulan kata yang dikatakan itu..orang yang mendengarnya atau membacanya tidak ternanti-nanti lagi akan hujungnya..kerana ada benda yang dicakapnya dan ada cerita yang dinyatakan dari hal benda itu. ( Zaba, 1965 )

rentetan kata yang diterbitkan melalui rumus-rumus nahu yang tertentu. ( Chomsky, 1967 )
unit pengucapan paling tinggi dlm susunan tatabahasa & bermakna. Terbentuk drpd satu perkataan atau susunan bbrp perkataan, pengucapannya dimula & diakhiri dgn kesenyapan & intonasi sempurna.( Nik Safiah Karim et. Al, 1987 )

RUMUSAN
bentuk linguistik yang dapat berdiri dengan sendirinya sama ada secara sintaksis atau fonologis. terdiri drpd sepatah perkataan atau beberapa perkataan yg gramatis susunan & pemilihannya ,sempurna maknanya dan perlu terletak antara dua kesenyapan. Cthnya: Anak itu lapar.

AY AT
KLAUSA

FRASA

PERKAT AAN

GOLONGAN AYAT
( Nik Safiah Karim, 1987 )

AYAT DASAR
BINAAN - terdiri 1K @ 2K - unsur S + P - 1K (AT)

AYAT TERBITAN
GUGUR 1. FN(S) 2. FP 3. FN(FR) SUSUN 1. FN(S) 2. FN(O) 3. AS LUAS 1. FN(S) 2. FP 3. KH 4. Komple mentasi

RAGAM - ayat aktif

JENIS - ayat penyata

POLA 1. FN + FN 1. SN + PN 2. FN + FK 2. SN + PS 3. FN + FA 3. SN + PK 4. FN + FS 4. SN + PRD 5. SN + PKKTT 6. SN + PKKT

1. KN + KN 2. KN + KSIFAT 3. KN + KSENDI 4. KN + KBIL. 5. KN + KKT @ TT

Catatan: FP - Frasa Predikat O - Objek KH - Kata Hubung AS - Ayat Songsang PK - Predikat Kopula PRD - Predikat Rangkai kata depan AT - Ayat Tunggal

Anda mungkin juga menyukai