Anda di halaman 1dari 1

DEFINISI AYAT DASAR BAHASA MENGIKUT AHLI BAHASA TEMPATAN

PROF. ABDULLAH HASSAN


(RENCANA

(BAHASA MELAYU I)

SITI HAJAR ABDUL AZIZI

ARBAK OTHMAN
(MENGAJAR TATABAHASA)

(NAHU MELAYU MODEN)

DR. LIAW YOCK FANG

NIK SAFIAH KARIM DAN RAKANRAKAN


(TATABAHASA

Ayat yang mempunyai 1 subjek dan 1 predikat dinamakan ayat dasar. Subjek dalam tiap-tiap ayat terdiri daripada golongan kata nama iaitu kata nama khas seperti Melaka, Ramlah; kata nama am seperti bapa dan buku; kata ganti diri seperti dia, mereka; kata ganti penunjuk seperti itu dan ini; rangkai kata nama seperti kereta api jalan itu dan juga katakata dan rangkai kata yang sefungsi dengan kata nama seperti yang di atas bukit itu. Predikat pula terdiri daripada sama ada kata nama, kata kerja, kata sifat atau keterangan tempat.

Ayat dasar juga disebut sabagai ayat inti, iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan-ayat yang lain seperti ayat tunggal dan ayat majmuk. Dalam bahasa melayu, pola atau struktur binaan ayat dasar mempunyai bentuk yang tetap.

Ayat dasar yang dimaksudkan ialah ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk daripada unsurunsur utama yang wajib yakni yang tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya. Setiap ayat dasar mesti mengandungi 1 subjek dan 1 predikat. Subjek ayat boleh terbina dengan perkataan nama, ganti nama, kata kerja dan kata sifat.

Ayat inti adalah ayat dasar dalam bentuknya yang paling sederhana. Ayat inti adalah ayat dasar sesuatu bahasa yang terbatas jumlahnya tapi dengan transformasi dapat menghasilkan sekumpulan ayat terbitan yang tidak terbatas jumlahnya.

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa.

Anda mungkin juga menyukai