Anda di halaman 1dari 2

ILMU PENGETAHUAN

1. Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap, dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

2. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

3. Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup.

4. Kejarlah ilmu kerana dengan ilmu anda dapat hidup selama-lamanya. Manusia pasti mati tetapi orang yang berilmu tetap hidup.

5. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

6. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya

7. Tuntutlah ilmu walau ke negeri China sekalipun.

8. Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.

9. Sesiapa yang menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.

10. Mengamalkan ilmu yang dimiliki merupakan salah satu cara melestarikan dan meraih lebih banyak pengetahuan.