Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK TAJUK

PROGRAM: PISMP NAMA PELAJAR :

NAMA KURSUS : Seni Dalam Pendidikan KOD KURSUS : WAJ3107

SEMESTER : 4 (Ambilan Jan 2012)

TARIKH MULA

25 OGOS 2013

TARIKH HANTAR

15 Sept 2013

Hasil Pembelajaran Kursus 1. 2. Menghuraikan peranan Seni Dalam Pendidikan Menjelaskan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran 3. Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak 4. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata pelajaran yang lain 5. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3 dan 5 Objektif Projek / Kerja Kursus Pendek 1. 2. 3. 4. 5 6. 7. Dapat menggabungjalin ketiga-tiga subjek iaitu Pendidikan Muzik, PSV dan PJ. Mengenal pasti pelajar dalam merealisasikan persembahan yang bertepatan dengan tajuk. Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam konsep muzik. Menghasikan sebuah folio mengenai perancangan dan perjalanan kerja-kerja sehinggalah selesai serta dapat menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan Mengenal pasti pelajar yang berbakat dalam bidang vokal, permainan alat dan pergerakan kreatif Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti bersesuaian dengan tema yang diberi Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni

Tugasan Projek (100%) Seni dalam Pendidikan merupakan satu mata pelajaran yang meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini lebih menegaskan pada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Disamping itu ianya juga menyentuh perasaan/estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi. Pelajar perlu didedahkan pada aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera dan dapat meningkatkan lagi kepekaan,

kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimun, menyeluruh dan menyeronokkan. Bagi memantapkan lagi pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap mata pelajaran Seni dalam Pendidikan, Kerja Kursus ini dibahagikan pada beberapa sub tugasan yang menjurus pada elemen-elemen serta konsep Seni dalam Pendidikan. 1. Membuat satu persembahan yang mengutamakan vokal dan gerakan kreatif yang menghubungkait dan mengintegrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan berdasarkan tema Patriotik. Jangkamasa persembahan adalah tidak kurang dari 8 minit dan tidak melebihi 10 minit. 2. Membuat satu laporan lengkap tentang keahlian kumpulan, proses-proses yang terlibat seperti perancangan persembahan, jangkamasa latihan, peralatan-peralatan yang disediakan, alat-alat muzik iringan, pelan lantai untuk persembahan yang mengandungi elemen-elemen yang telah anda pelajari. 3. Segala rakaman video proses perjalanan bermula dari persiapan, latihan-taihan yang telah dijalankan dan persembahan hendaklah diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk cakera padat Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini adalah tugasan secara berkumpulan. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat. 3. Maklumat boleh dipaparkan dalam sebarang bentuk visual(grafik) 4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 4.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini 4.2 Font : Arial 4.3 Saiz huruf : 11 4.4 Langkau 1.5 baris 4.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) 4.6 Lampiran 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 6. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat. 7. Tugasan ini membawa 100% dan wajaran 50%. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut a. Persembahan yang menepati tema soalan b. Persembahan yang mengutamakan vokal dan pergerakan kreatif. Permainan alat muzik boleh diketengahkan sekiranya berbakat c. Folio : Meliputi keahlian kumpulan, proses perbincangan kumpulan, visual/grafik, bahan-han yang digunakan, peralatan untuk persembahan, sesi-sesi latihan yang dijalankan dan apa saja yang berkaitan sebelum hari persembahan. d. Mempersembahkan vokal yang baik beserta dinamik dan penggunaan perangkaian dengan betul e. Penghasilan warna ton yang baik 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren 6. Penulisan tugasan harus mununjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan. 7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain). Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan

Tugasan disediakan oleh: NAZLI BIN ABDULLAH Penyelaras Kursus Seni Dalam Pendidikan Jabatan : Sains Sosial IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Disemak oleh: MOHD ZAABA BIN ISMAIL Ketua Unit Muzik IPGKSAH Jabatan : Sains Sosial IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Disahkan oleh, Ketua Jabatan ............................... Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Anda mungkin juga menyukai