Anda di halaman 1dari 6

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011

REFLEKSI AKTIVITI BINA JANUARI 2011

INSAN GURU SIRI 1 PISMP

Pada 21 Februari 2011, Institut Pendidkan Guru Kampus Tun Abdul Razak telah mengadakan kem Bina Insan Guru bertempat di Alapong, Lundu. Dalam program ini terdapatnya pelbagai aktiviti menarik lagi mencabar. Tarikh : 21 Februari 2011 (Isnin) Sepanjang program BIG dilaksanakan, banyak perkara yang telah saya pelajari. Sebelum bertolak ke kem, telah menyedari bahawa senaman amat diperlukan kerana dibimbangi sebarang kecederaan berlaku. Di sinilah saya belajar supaya meregang otot sebelum melaksanakan sesuatu perkara. Apabila berada di kem Alapong, kami telah belajar kaedah-kaedah serta teknik-teknik ketika kecemasan dengan betul. Nampak sahaja mudah tetapi ianya perlu diaplikasikan dalam hidup kita supaya kita dapat membantu seseorang dengan segera. Di sini juga saya rasa bersyukur kerana berpeluang untuk membuat amali membantu rakan saya yang luka di tangan. Ketika memasak, pengajaran yang dapat diambil ialah kita sebagai rakan sepasukan perlu bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu perkara supaya ianya mudah dilaksanakan. Ketika memasak, kami telah membahagikan tugas supaya ianya dapat disiapkan dengan pantas. Hal ini adalah disebabkan kerana masa amat penting dalam aspek kehidupan kita. Malah, saya juga dapat mempelajari cara ikatan ketika Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011 memasang gajet supaya ianya menjadi kukuh. Aktiviti tazkirah pula, saya dapat

meningkatkan ilmu yang saya ada berkaitan rukhsah, solat jamak dan Qasar. Ianya juga menjadikan diri saya untuk beramal ketika bermusafir kelak. Saya berasa sifat saya lebih keterbukaan pada malam tersebut iaitu Ice Breaking kerana ketika ini saya dapat mengenal dan bermesra dengan rakan-rakan lain di mana sebelum ini jarang saya temui. Walaupun berbilang bangsa, tetapi ianya menunjukkan sikap perpaduan dan hubungan yang erat selari dengan matlamat Satu Malaysia. Selain itu juga, saya telah mencari-cari siapakah pemilik tandatangan yang saya peroleh kerana saya tidak dapat mengecam siapakah orangnya. Pada waktu itu, saya dan dua orang rakan lain sahaja belum temui pemilik tandatangan. Akhirnya, saya telah temui pemiliknya dan berkenalan dengan lebih mendalam berkaitan latar belakangnya supaya kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Sebelum tidur, saya sempat pergi makan kerana terdapat sedikit lagi baki makanan belum habis. Ianya dapat menyedarkan diri kita supaya tidak membazir kerana membazir itu adalah amalan syaitan. Ketika di khemah, saya berasa tidak selesa dengan suasana yang sejuk. Tetapi apakan daya, sebagai seorang guru, kita haruslah menempuhi segala cabaran yang ada supaya ianya dapat meningkatkan jati diri kita sebagai profesion keguruan.

Tarikh : 22 Februari 2011 (Selasa) Pada waktu pagi, saya menyedari bahawa kita perlu bangun awal kerana masa yang disediakan amat terhad. Tazkirah subuh juga telah mengingatkan saya untuk menyedari segala kelakuan kita di bumi ini sebagai khalifah ahli dalam kumpulan terjalin. Ketika berhimpun untuk perhimpunan dan senaman pagi, kami telah membuat senaman ringan supaya menjadi segar dan aktif dengan aktiviti yang akan ditempuhi selepasnya. Selain itu, saya juga mempelajari untuk mematuhi arahan ketua kerana pepatah ada mengatakan tumpah nila setitik, rosak susu belanga Jika salah seorang Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011 Allah. Kami juga menikmati sarapan bersama-sama dan ini telah menunjukkan sikap kemesraan anta

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011 mengingkarinya, maka hancurlah kita semua. Ketika menaikkan bendera, ianya telah menunjukkan semangat patriotik amat penting demi menjaga maruah negara yang telah lama merdeka. LDK berkaitan ujian psikologi, saya telah menyedari apakah personaliti saya yang sebenarnya selama hidup saya ini. saya harap saya dapat perbaikinya lagi. Justeru itu, sikap kerjasama bersama rakan-rakan lain amat perlu untuk mengangkat segala barang keperluan dan kayak. Seperti yang kita ketahui, lelaki mempunyai fizikal yang kuat daripada perempuan. Jadi, kita haruslah membantu mereka supaya kerja menjadi lebih mudah dan selamat. Sebelum berkayak, ujian keyakinan dalam air telah membuatkan keyakinan kami tinggi apabila berada dalam air. Ketika berkayak, saya telah karam dan ini membuatkan saya berasa sedikit kecewa. Tapi dalam fikiran saya mengatakan kegagalan bukan penghalang kita untuk terus berjaya pada masa akan datang. Apabila tiba masa untuk memasak, saya bertungkus lumus untuk mencari kayu yang kering kerana keadaan ketika itu semua kayu basah. Jadi saya mengambil insiatif lain dengan mengumpul daun-daun kering untuk jadikannya bahan bakar. Dalam aktiviti LDK 1 berkenaan potensi diri, saya juga dapat mengetahui potensi saya selama ini bersesuaian dengan guru. Ini telah membuatkan saya bangga kerana pilihan saya selama ini bertepatan dengan kerjaya profesion keguruan. Pada malamnya, saya dapat belajar mengenai kerja petugas malam. Kerja ini sebenarnya banyak manfaatnya kerana keselamatan amat penting kepada kita semua. Di sini juga saya juga dapat memahami bagaimana kerjaya seorang penjaga. Amanah yang diberikan haruslah ditunaikan dengan penuh ikhlas demi keselamatan diri dan orang lain.

Tarikh : 23 Februari 2011 (Rabu) Pada hari ketiga, saya dapat belajar cara-cara untuk memasak kerana selama ini saya tidak pernah masak. Disini saya dapat melihat bagaimana sikap tolong-menolong amat perlu dalam aktiviti ini supaya kita dapat menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011 Kemudian, ketika aktiviti perhimpunan dan senaman dapat meningkatkan stamina saya apabila aktiviti senaman dilakukan dengan cergas dan semangat. Ketika LDK, barang amanah saya telah diambil oleh pihak atasan di atas kelalaian kami menjaganya. Hal ini membuatkan kami sepasukan menyesal atas kecuaian kami dan kami terpaksa mencari jalan penyelesaian. Kami juga tidak memperaktikkan amalan membazir masa sepanjang aktiviti dijalankan. Setelah itu, kami semua meneruskan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti darat. Pada mulanya saya berasa letih akibat daripada aktiviti kayak semalam. Tetapi, dengan semangat yang ada dalam diri, saya tetap menyahut cabaran demi menunjukkan seorang guru mampu menceburi pelbagai aspek walaupun terdapatnya cabaran yang menduga. Ketika di hutan, kami telah menunjukkan sikap bekerjasama ketika membawa barang-barang keperluan dan memasak. Ketika memasak, aktiviti ini telah melatih diri kami supaya bersabar kerana kami menghadapi kesukaran untuk menyalakan bahan api. Akhirnya, hasil bantuan dari semua ahli, menyedari bahawa kreativiti juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam kehidupan. Dengan kreativiti yang ada, kita mampu menghasilkan sesuatu produktiviti yang amat menarik. Ketika perjalanan pulang, kami diarahkan untuk mengangkat rakan yang cedera menggunakan stretcher. Ada di kalangan kami yang merungut untuk mengangkatnya, tetapi saya telah mengambil tindakan untuk menyedarinya tentang kepentingan kerjasama antara ahli. Saya juga dapat menikmati ciptaan Tuhan di mana terdapat pelbagai jenis, warna dan bentuk flora fauna yang ada di dalam hutan. Pada petang tersebut, kami telah mengagihkan tugas untuk memasak kerana pada malam itu ada pertandingan memasak antara kumpulan. Pada mulanya, fikiran saya buntu bagaimana untuk menyiapkan masakan dalam masa yang terhad ini. Ternyata, pembahagian tugas yang dibuat dapat menyiapkan masakan kami dalam masa yang singkat. Pada sesi malam bakat juga, saya telah belajar bahawa sifat keterbukaan amat penting kerana ia dapat membuahkan hasil yang menarik. Ketika itu juga, diri saya yang selama ini malu berubah kepada tidak malu demi kepentingan rakan-rakan yang lain. Akhir sekali, saya telah berazam untuk mengekalkan sifat keterbukaan ini dalam diri saya. Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011

Tarikh : 24 Februari 2011 (Khamis) Hari ini merupakan hari terakhir kami di sini. Pada waktu pagi, saya berasa diri ini amat berat untuk meninggalkan kem Alapong kerana di sinilah terciptanya kenangan pahit manis bersama rakan-rakan yang lain. Selain itu, saya juga berasa bangga dengan kem ini kerana kem ini telah dijadikan sebagai pusat untuk aktiviti motivasi, rekreasi dan sebagainya. Pada pandangan saya, kem Alapong sangat sesuai dibina di kawasan ini kerana persekitarannya terdapatnya pantai dan laut. Disamping pemandangannya yang indah, saya juga dapat menikmati udara yang segar sepanjang berada di kem tersebut. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan nama kem yang dinamakan Alapong. Semenjak saya berada di kem ini, fikiran saya masih tertanya-tanya mengapakan nama ini di beri. Rupa-rupanya ia adalah hasil gabungan antara perkataan ala dan kampong. Ketika perjalanan pulang, saya telah mengimbas kembali segala aktiviti dan perkara yang berlaku sepanjang program BIG dijalankan. Terdapat banyak pengajaran dan pengalaman yang telah saya dapat ketika di sana. Saya berharap apa yang telah saya dapat sepanjang tempoh empat hari program BIG kekal dalam ingatan saya dan dapat di amalkan dalam kehidupan seharian.

Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

GURU PENERAJU GENERASI GEMILANG 2011

Bina Insan Guru Siri 1 PISMP JANUARI 2011

Anda mungkin juga menyukai