Anda di halaman 1dari 8

CIRI-CIRI BAHAN SUMBER P&P

Bahan Sumber Untuk Murid


Alat rangsangan perkembangan bahasa dan komunikasi seperti boneka, cerita dan buku bergambar. Alat untuk perkembangan kognitif dan sebagai alat rangsangan Sains dan Matematik seperti pengukur, peralatan sains dan taman sains. Alat muzik seperti genderang, alat bertali dan alat tiupan. Alat dan bahan seni seperti warna air dan krayon.

Alat manipulatif seperti bongkah, manik pelbagai saiz dan set pertukangan tangan. Alat permainan akses kendiri seperti kad cantuman, permainan memancing, buku dan komputer. Alat permainan fizikal seperti bola pelbagai saiz, pundi kacang, gelung dan skitel. Alat pemainan luar seperti buaian, jongkang-jongkit dan gelongsor. Prop untuk main peranan seperti pondok, pakaian dan peralatan main kedai-kedai.

Ciri Ciri Bahan Sumber P&P


1. Kesesuaian Kesesuaian dari segi saiz, warna dan tekstur. Bagi menyediakan bahan sumber P&P, guru haruslah bijak memilih bahan mengikut kesesuaian dan kebolehan murid. Contohnya : Saiz kertas yang besar bagi murid yang rabun, gambar yang mempunyai warna yang tidak terlalu terang dan tekstur yang menarik dan tidak membahayakan.

2. Pelbagai kegunaan Mudah ubah suai dan boleh digunakan semula.

- Bahan yang disediakan mestilah boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut kesesuaian.
- Contohnya : Suvokal memperkenalkan huruf vokal, gambar, suku kata dan perkataan dalam waktu yang sama. - Bahan tersebut bersifat dwifungsi.-Bahasa Melayu, Matematik dalam waktu yang sama.

3. Mudah Alih Mudah dibawa, ringan, kecil dan mudah diuruskan. - Bahan tersebut haruslah mudah dibawa ke manamana dan bersifat kecil. - Bahan tersebut berbentuk solid dan mudah dipegang, disentuh dan digenggam. - Contohnya : krayon, pundi kacang.

4. Adaptasi - Bahan yang disediakan guru perlulah dapat menimbulkan idea untuk murid mengadaptasikan kemahiran yang diperoleh daripada penggunaan bahan tersebut dengan kehidupan seharian mereka. - Contohnya : kemahiran menggenggam dan membaling pundi kacang dapat menguatkan otot kasar murid. - Kemahiran tersebut dapat digunakan di rumah. Contohnya : memegang gelas kaca dengan genggaman yang kuat dan berhati-hati.

5. Keselamatan - Bahan perlulah memenuhi ciri-ciri keselamatan seperti

> Tidak berbentuk tajam dan membahayakan. > Berbucu bulat. > Tidak mengandungi bahan toksik. > Bahan yang digunakan tidak membahayakan pengguna.

Anda mungkin juga menyukai