Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2013

PENGAJIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TARIKH : 29 JULAI 2013

TEMPAT : MASJID KAMPUNG GONG DUEK,22000 JERTEH,BESUT,TERENGGANU.

NAMA TUTOR : EN.ZARIZI BIN ABDUL RAHMAN(PJK 1) EN,KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN (PJK 2)

1.0 Pengenalan Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu kegiatan luar kelas yang wajib bagi semua guru pelatih. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Kursus Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan pada awal semester. Ianya melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini

direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat yang akan kami jalankan di Masjid Kampung Gong Duek, 22000, Jerteh, Besut, Terengganu ini diharapkan dapat membantu membina jati diri serta sifat bekerjasama dalam kalangan guru pelatih yang terlibat. Persekitaran luar yang digunakan berupaya memberikan pendidikan secara kognitif, psikomotor dan efektif yang bertujuan untuk menghasilkan satu perubahan sikap yang positif yang perlu ada pada setiap guru dalam era globalisasi ini. Oleh itu, pembelajaran secara informal ini secara tidak langsung telah merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran-kemahiran asas dalam penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan. Dalam program ini, guru pelatih sendiri mengendalikan segala hal berkaitan dengan aktiviti dan para pensyarah pula akan bertindak sebagai medium yang dapat membantu mana-mana yang perlu.

2.0 Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) ini bertujuan untuk meningkatkan keperibadian keguruan iaitu bijak untuk bersosial dengan masyarakat setempat, kekentalan jiwa dan keyakinan diri seorang guru untuk menghadapi cabaran globalisasi. 3.0 Objektif 3.1 Berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya guru. 3.2 Menjelaskan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion, masyarakat dan negara.

3.3 Menunjukkan kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial. 3.4 Berupaya berfikir secara refleksi dan kritis ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan.

4.0 Tema Guru Berpekerti mulia membentuk negara bangsa yang cemerlang.

5.0 Tarikh Dan Tempoh Pelaksanaan Pada 29 Julai 2013 selama tujuh jam, mengikut tugasan yang diberikan.

6.0 Tempat Masjid Kampung Gong Duek, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu.

7.0 Kumpulan Sasaran Melibatkan 30 orang guru pelatih daripada unit 2PISMP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Sultan Mizan berserta 2 orang tutor. (Rujuk lampiran)

8.0 Ahli Jawatankuasa Tutor

: En.Zarizi bin Abdul Rahman (PJK 1)


En,Khairuddin bin Mat Hassan (PJK 2)

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari AJK Pengangkutan

: Muhammad Asyraf bin Shaari : Sonia Yap Yiying : Nurulazmira bt Azmi : Nor Bahiah bt Samsudin : Low Ying Yee : Amir Ikhmal bin Zuhaimi
Muhamad Tajuddin bin Manap

AJK Keselamatan

: Mohamad Hanif bin Mamat


Mohd Ikhwan bin Mohd Sabies

AJK Kebajikan & Kerohanian

: Muhammad Hidhir bin Abd Ghani


Lisa Wong Siao Ching Heu Wai Yee

AJK Aktiviti

: Muhammad Fabil bin Abu Hassan


Syahidah bt Ali Siti Fatihah bt Abdullah

AJK Cenderahati

: Nurul Anis Syamimi bt Mat Asri


Siti Suhaila bt Mat Hassan

AJK Multimedia

: Muhammad Arifuddin bin Sukiat


Wan Nurzaleha bt Wan Zaidi

AJK Makanan

: Ling Chin Chuan


Aida Sakira bt Mamat Nurul Amirah bt Hazizi Noratiqah Hanim bin Mohd Rosli

9.0 Perbelanjaan Kos


ANGGARAN Cenderahati (plak IPGKSM) CATATAN Peruntukan dari IPGKSM Kutipan Sumbangan (derma) daripada PJ1 dan PJ2 Peruntukan dari IPGKSM KOS JUMLAH

RM 0

RM 0

RM 3.00 x 30 orang = Rm 90.00

RM 90.00

Pengangkutan (bas)

RM 0

RM 0

Jumlah Keseluruhan

RM 90.00

10.0 Tentatif Program

Masa 7.00 pagi 7.30 pagi 7.30 pagi 8.00 pagi

Aktiviti Guru Pelatih bertolak ke Masjid Kampung Gong Duek,Jerteh,22000,Besut,Terengganu Taklimat bersama Pengerusi masjid En.Yusof bin Sulaiman

8.00 pagi 11.00 pagi 11.00 pagi 11.30 pagi 11.30 pagi 2.00 petang

Guru

Pelatih

menjalankan

gotong

royong

bahagian luar dan persekitaran masjid Rehat Guru pelatih menjalankan gotong royong

dibahagian dalam masjid 2.00 petang 2.15 petang Majlis penutup secara ringkas (beri sumbangan dan cenderahati) 2.15 petang 2.30 petang Guru pelatih bertolak pulang ke IPG Kampus Sultan Mizan.

11.0 Penutup Program Bina Insan Guru kali ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara para peserta serta komuniti yang terlibat. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi cabaran dalam abad ke-21. Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

.. (NURULAZMIRA BT AZMI) Setiausaha, Program Bina Insan Guru, 2 PISMP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Disemak oleh,

.. (MOHAMAD YUSSOFF BIN ALI) Penyelaras Bina Insan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Disokong oleh,

............................................................... (MOHAMAD BIN AB. LATIFF) Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Diluluskan / Tidak Diluluskan

. (KAMARUDIN BIN HASHIM) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Ulasan:

Anda mungkin juga menyukai