Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TOK RAJA

22200 JERTEH
TERENGGANU DARUL IMAN

KERTAS KERJA

SENAM CERGAS
TEMPAT:
ASTAKA SEKOLAH KEBANGSAAN TOK RAJA
TARIKH:
20 JULAI 2016
MASA:
0745 0845
ANJURAN :
GURU PELATIH INTERNSHIP
PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

1.0 PENDAHULUAN
Program Internship adalah program latihan kepada guru pelatih bertujuan untuk
mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang sedia ada dengan amalan sebenar
tugas guru permulaan. Guru Pelatih dikehendaki merancang, melaksana, dan menilai
projek/aktiviti yang berkaitan dengan perngajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik
darjah atau aktiviti rutin yang menjadi amalan dan budaya sekolah. Guru Pelatih dikehendaki
untuk melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang
dijalankan di sekolah iaitu satu projek/aktiviti yang perlu dilaksanakan secara dan individu dan
dua projek dilaksanakan secara berkumpulan.
Senam cergas di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi
memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian
murid-murid sejak dari kecil. Guru pelatih Pendidikan Jasmani dari IPG Kampus Sultan Mizan
sesuai menjalankan program ini bagi memberi pengalaman pengelolaan aktiviti sihat untuk
dipraktikkan di sekolah. Di samping itu, kerajinan melakukan senaman dapat diterapkan kepada
semua murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Tok Raja, Jerteh, Terengganu sejurus
melahirkan murid dan guru yang aktif dan sihat serta cergas. Selaras dengan elemen yang
kedua di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mengembangkan potensi individu
melalui interaksi dengan pesekitaran dan pendidikan yang berkualiti. Selain itu juga program
senam cergas ini juga selaras dengan elemen yang ketiga di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu membentuk insan yang seimbang dan harmonis.

Tambahan pula aktiviti

senamrobik ini dapat dipraktikkan oleh murid semasa waktu lapang murid.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat dan
memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan seterusnya sepanjang kehidupan
mereka. Menerusi senam cergas, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana
senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang sesuai
dengan kemampuan serta daya tahan murid serta dapat menyihatkan tubuh badan murid. Di
samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri kepada murid dengan
pengtlibatan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan dapat melahirkan murid
yang aktif dalam kegiatan sukan serta kokurikulum sekolah kerana dengan penglibatan murid

dalam aktiviti-aktiviti cergas ini dapat membantu murid mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.
3.2 Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat.
3.3 Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat.
3.4 Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru.
3.5 Mengisi masa terluang murid.
3.6 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


Tarikh

: 20 Julai 2016

Masa

: 0745 - 0845

Tempat

: Astaka Sekolah Kebangsaan Tok Raja

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


Murid- Murid Tahun 5 Taqwa
7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penasihat

: Tuan Haji Norani Bin Mahmud (Guru Besar)


En Agus Supandi Bin Ali (Guru Penolong Kanan 1)
YM Raja Azman Bin Raja Yusof (Guru Penolong Kanan HEM)

Pengerusi

: Puan Hasnah Binti Yazid (Guru Penolong Kanan Kokorikulum)

Naib pengerusi

: En Norazmiza Bin Mohd Nor (Guru Pendidikan Jasmani)

Setiausaha

: Muhammad Hidhir Bin Abd Ghani

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala aktiviti yang kami sampaikan di dalam program senamrobik ini akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid disamping memberi keseronokan kepada murid.
Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Disediakan oleh,
...................................................
(Muhammad Hidhir Bin Abd Ghani)
Setiausaha,
Program Senam Cergas,
Sekolah Kebangsaan Tok Raja,
22200 Jerteh, Terengganu.

Disemak oleh,
...................................................
(En Agus Supandi Bin Ali)
Guru Penolong Kanan 1,
Sekolah Kebangsaan Tok Raja,
22200 Jerteh, Terengganu.

Disahkan oleh,
...............................................
(Tuan Haji Norani Bin Mahmud)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tok Raja,
22200 Jerteh, Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai