Anda di halaman 1dari 24

ADAKAH KECEMERLANGAN PELAJAR DITENTUKAN OLEH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS?

SATU KAJIAN KES DI UiTM ZON UTARA (KAMPUS SUNGAI PETANI, KAMPUS BUKIT MERTAJAM DAN KAMPUS ARAU)

DISEDIAKAN OLEH : NOOR SALIZA ZAINAL NORMALA ISMAIL ZULKAFLI MOHD. YUSOF

FEBRUARI 2003

COPYRIGHT @ UiTM

Tarikh No. Fail Projek

17 Februari 2003 100 UiTMSP (HEA.9/9)

Ketua Unit Penyelidikan Dan Perundingan Universiti Teknologi Mara 40450 Shah AJam

Tuan, LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN "ADAKAH KECEMERLANGAN PELAJAR DITENTUKAN OLEH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS? SATU KAJIAN KES DI UiTM ZON UTARA (KAMPUS SUNGAI PETANI, KAMPUS BUKIT MERTAJAM DAN KAMPUS ARAU)" Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 3 (tiga) naskah Laporan Akhir Penyelidikan bertajuk "Adakah kecemerlangan pelajar ditentukan oleh penguasaan Bahasa Inggeris? Satu kajian kes di UiTM Zon Utara (Kampus Sungai Petani, Kampus Bukit Mertajam dan Kampus Arau) oleh kumpulan Penyelidik UiTM Kampus Kedah untuk makluman pihak Tuan. Sekian. Terima Kasih.

Yang Benar

NOOR SALIZA ZAINAL Ketua Projek Penyelidikan

COPYRIGHT @ UiTM

KUMPULAN PENYELIDIK

NOOR SALIZA ZAINAL KETUA PROJEK

NORMALA ISMAIL

ZULKAFLI MOHD. YUSOF Ahli u ^ r - ' V v M ^ Tandatangan

COPYRIGHT @ UiTM

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membolehkan Penyelidikan ini disiapkan dengan sempurna.

Di antaranya :

Prof. Madya Dr. Zaliha Hj. Hussin (Pengarah Kampus Kedah) Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuan Abd. Rahman (Pengarah Kampus Arau)

Prof. Madya Ir Abdullah Suhaimi Muhamed (Pengarah Kampus Bukit Mertajam)

Zauyah Abd. Razak (Tim. Pengarah Kampus (HEA) Kampus Kedah)

Anuar Hj. Wahab (Koordinator UPP Kampus Kedah)

dan Semua Pelajar Diploma UiTM Kampus Sungai Petani, Kampus Bukit Mertajam dan Kampus Arau

1 1 1

COPYRIGHT @ UiTM

ABSTRAK
Kecemerlangan akademik merupakan objektif utama bagi setiap pelajar. Ianya diukur melalui pencapaian keputusan peperiksaan setiap semester. Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan kaedah Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) untuk mengukur prestasi akademik para pelajar dalam pembelajaran. Di samping itu UiTM telah menetapkan bahasa Inggeris sebagai medium utama bagi seluruh sistem pengajian dan peperiksaan melibatkan semua fakulti dan kursus. Oleh itu prestasi HPGK seseorang pelajar di UiTM akan dipengaruhi oleh faktor bahasa pengantaraan tersebut iaitu bahasa Inggeris. Kajian ini menguji sama ada jantina, kampus dan program pengajian membezakan pencapaian HPGK pelajar. Selain itu kajian menilai sejauhmana bahasa Inggeris memberi kesan kepada HPGK seseorang pelajar serta mengenalpasti aspek dalam penguasaan bahasa Inggeris yang paling dominan mempengaruhi kecemerlangan di kalangan pelajar. Selanjutnya kajian juga mengukur sama ada tahap penggunaan bahasa Inggeris, sikap, motivasi, pengajian dan cabaran mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Hasil kajian mendapati pencapaian HPGK didasari oleh program pengajian. Manakala faktor jantina dan kampus pula tidak dapat membezakan pencapaian tersebut. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan hanya aspek ulasan dalam penguasaan bahasa Inggeris serta motivasi mempengaruhi secara signifikan pencapaian kecemerlangan akademik pelajar di UiTM Zon Utara, meliputi cawangan Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

IV

COPYRIGHT @ UiTM

KANDUNGAN
Halaman Surat Penyerahan Laporan Daftar Ahli Penyelidik Penghargaan Abstrak Kandungan Senarai Carta Senarai Jadual Senarai Singkatan Senarai Lampiran BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Objektif kajian 1.3 Defmisi Pembolehubah Dan Pengukuran 1.4 Pernyataan Masalah 1.5 Skop kajian 1.6 Rekabentuk teori 1.7 Hipotesis kajian 1.8 Organisasi Kaj ian i ii iii iv v vii viii xi xii

1 2 2 4 5 5 7 12

COPYRIGHT @ UiTM

BAB 2

KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.2 Status bahasa Inggeris di Malaysia 2.3 Kajian lepas METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Kaedah Penyelidikan 3.3 Soalselidik 3.4 Teknik Analisis Data LATARBELAKANG RESPONDEN 4.1 Pengenalan 4.2 Demografi Pengajian 4.3 Pendidikan Menengah dan Pengalaman Kerja 4.4 4.5 Kualiti penggunaan bahasa Inggeris HASIL KAJIAN 5.1 Pengenalan 5.2 Analisis Faktor 5.3 Analisis Kebolehpercayaan 5.4 Keputusan Korelasi 5.5 Keputusan Ujian Hipotesis RUMUSAN DAN CADANGAN Pengenalan 6.1 6.2 Rumusan 6.3 Limitasi Kajian 6.4 Cadangan 6.5 Penutup

13 13 17

BAB 3

20 20 24 24

BAB 4

26 26 27 28 30

BAB 5

32 32 36 39 41

BAB 6

67 67 70 70 71

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

vi

COPYRIGHT @ UiTM

SENARAI CARTA

No. Carta 4.1: JUMLAH PELAJAR MENGIKUT KAMPUS 4.2 : JUMLAH PELAJAR MENGIKUT BAHAGIAN PENGAJIAN 4.3 : KEPUTUSAN BAHASA INGGERIS S.P.M 4.4 : PENGALAMAN KERJA DI KALANGAN PELAJAR 4.5 : PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM KULIAH 4.6 : KUALITI BAHASA INGGERIS DALAM PERBUALAN HARIAN

Halaman 26 27 28 29 30

30

vii

COPYRIGHT @ UiTM

SENARAI JADUAL
No. Jadual 3.1 : AGIHAN PERSAMPELAN MENGIKUT KAMPUS DAN PROGRAM 3.2 : AGIHAN PERSAMPELAN MENGIKUT KAMPUS DAN BAHAGIAN 3.3 : STRUKTUR SOALSELIDIK 4.1 : JUMLAH PELAJAR MENGIKUT JANTINA 5.1 : KOEFISIEN KEBOLEHPERCAYAAN (PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS) 5.2 : KOEFISIEN KEBOLEHPERCAYAAN (TANGGAPAN) 5.3 : KORELASI (TANGGAPAN) 5.4 : KEPUTUSAN UJIAN-t 5.5 : KEPUTUSAN UJIAN VARIANS HOMOGENITI 5.6 : KEPUTUSAN (BILANGAN BERBAHASA ANOVA INGGERIS DI UiTM) AKTIVITI 5.7 : KEPUTUSAN UJIAN POST HOC (BILANGAN AKTIVITI BERBAHASA INGGERIS DI UiTM) 5.8 : KEPUTUSAN ANOVA (HPGK * KAMPUS) 5.9 : KEPUTUSAN ANOVA (HPGK * PROGRAM) 36 37 39 42 43 43 44 45 46 21 22 26 Halaman

21

viii

COPYRIGHT @ UiTM

5.10: KEPUTUSAN UJIAN POST HOC (HPGK * PROGRAM) 5.11: RANKS (BACAAN BUKU TEKS BERBAHASA INGGERIS) 5.12: UJIAN STATISTIK MANN-WHITNEY 5.13: RANKS (AKTIVITI BERBAHASA INGGERIS DI UiTM) 5.14: UJIAN STATISTIK KRUSKAL WALLIS (AKTIVITI BERBAHASA INGGERIS DI UiTM) 5.15: RANKS (PERBUALAN BERBAHASA INGGERIS DENG AN AHLIKELUARGA) 5.16: UJIAN STATISTIK KRUSKAL WALLIS (PERBUALAN BERBAHASA INGGERIS DENGAN AHLI KELUARGA) 5.17: PEMBOLEHUBAH DIMASUKKAN (PENGUASAAN BAHASA INGGERIS) 5.18: RUMUSAN MODEL (PENGUASAAN BAHASA INGGERIS) 5.19: KEPUTUSAN ANOVA (PENGUASAAN BAHASA INGGERIS) 5.20: NILAI-NILAI KOEFISIEN (PENGUASAAN BAHASA INGGERIS) 5.21: PEMBOLEHUBAH DIMASUKKAN (PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS) 5.22: RUMUSAN MODEL (PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS) 5.23: KEPUTUSAN ANOVA (PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS) 5.24: NILAI-NILAI KOEFISIEN (PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS) 5.25: PEMBOLEHUBAH DIMASUKKAN 5.26: RUMUSAN MODEL (TANGGAPAN) 5.27: KEPUTUSAN ANOVA (TANGGAPAN)

47 48 48 49

49

50

50

52 52 53 54

55 56 56 57 58 59 59

IX

COPYRIGHT @ UiTM

5.28 NILAI-NILAI KOEFISIEN (TANGGAPAN) 5.29: PEMBOLEHUBAH DIMASUKKAN (KESELURUHAN MODEL) 5.30: RUMUSAN MODEL (KESELURUHAN MODEL) 5.31: KEPUTUSAN ANOVA (KESELURUHAN MODEL) 5.32: NILAI-NILAI KOEFISIEN (KESELURUHAN MODEL) 5.33: PEMBOLEHUBAH DIKELUARKAN

60 61 62 62 63' 65

COPYRIGHT @ UiTM

SENARAI SINGKATAN

ANOVA DBS DIA DIB DIE DP A HPGK IPT IPTS KMO MRSM PC SPM SPSS STPM UiTM :

Analysis of Variance Diploma in Business Studies Diploma in Accountancy Diploma in Banking Studies Diploma in Engineering Diploma in Public Administration Himpunan Purata Gred Keseluruhan Institusi Pendidikan Tinggi Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Kaiser -Meyer Olkin Maktab Rendah Sains MARA Principal Component Sijil Peperiksaan Malaysia Statistical Package for Social Sciences Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Universiti Teknologi Mara

XI

COPYRIGHT @ UiTM

SENARAILAMPIRAN
I Ila lib lie Ilia Illb I lie IVa IVb SOALSELIDIK ANALISIS FAKTOR (PENGUASAAN BAHASA INGGERIS) ANALISIS FAKTOR (PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS) ANALISIS FAKTOR (TANGGAPAN) ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN (PENGUASAAN BAHASA INGGERIS) ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN (PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS) ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN (TANGGAPAN) KORELASI (PENGUASAAN BAHASA INGGERIS) KORELASI (PENGUNAAN BAHASA INGGERIS)

Xll

COPYRIGHT @ UiTM

BAB I PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Institusi pengajian tinggi tempatan sama ada awam atau swasta memainkan peranan penting untuk melahirkan graduan yang berkualiti dalam semua aspek ketrampilan diri, seperti

kecemerlangan akademik, kokurikulum.

daya kepimpinan dan aktif dalam aktiviti

Penghasilan generasi muda yang berjaya adalah perlu bagi memastikan

kesinambungan wawasan negara dan cita-cita pelajar itu sendiri dalam membentuk halatuju negara pada masa akan datang.

Namun, sejak kebelakangan ini pelbagai isu berkaitan kelesuan dan kelemahan graduan telah ditimbulkan dalam media massa. Terdapat banyak punca yang menyumbang

kepada kegagalan pelajar dalam mencapai kecemerlangan dan masalah ini memerlukan perhatian serius bagi mengelakkannya daripada berterusan.

COPYRIGHT @ UiTM

Kini,

cabaran utama yang dihadapi oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia adalah kegagalan pelajar untuk mencapai kecemerlangan, Salah satu punca

untuk mengenalpasti punca-punca

sebelum mengemukakan cadangan dan tindakan yang bersesuaian.

masalah yang telah dikenalpasti tetapi kurang diberi perhatian oleh pihak institusi mahu pun pelajar sendiri ialah tentang pengaruh penguasaan bahasa Inggeris dalam

menentukan kecemerlangan pelajar.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk a. Mengetahui sama ada faktor jantina, kampus dan program pencapaian Himpunan Purata Gred Keseluruhan pelajar UiTM. b. Menentukan aspek manakah dalam penguasaan bahasa Inggeris yang berperanan penting dalam kecemerlangan akademik pelajar UiTM. c. Mengenalpasti sama ada wujud faktor-faktor lain yang mempengaruhi membezakan

kecemerlangan akademik pelajar UiTM. d. Menyediakan cadangan dan penyelesaian kepada masalah yang telah dikenalpasti.

1.3

DEFINISI PEMBOLEHUBAH DAN PENGUKURAN

Cemerlang Cemerlang bagi seseorang pelajar didefinisikan sebagai keupayaan untuk mencapai suatu piawaian yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak tertentu terhadap beberapa elemen penting secara seragam seperti prestasi akademik, ketrampilan diri, daya kepimpinan,
2

COPYRIGHT @ UiTM

aktif di dalam kegiatan kokurikulum dan kepintaran berfikir serta pertuturan. Bagi tujuan penyelidikan ini, hanya cemerlang akademik akan digunakan dan diukur menerusi nilai Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) atau Cummulative Grade Point Average (CGPA). Di dalam penyelidikan ini, cemerlang berfungsi sebagai satu pembolehubah

bersandar yang akan dilihat pengaruhnya daripada set pembolehubah bebas seperti penguasaan bahasa Inggeris, sikap dan motivasi.

Penguasaan bahasa Inggeris Penguasaan bahasa Inggeris adalah gabungan ukuran kebolehan pelajar menerusi perbualan, penulisan, pemahaman, pendengaran, bacaan, ingatan, terjemahan serta ulasan dan soaljawab. Di dalam penyelidikan ini, penguasaan bahasa Inggeris akan

berperanan sebagai pembolehubah bebas yang mempengaruhi pembolehubah bersandar. Walau bagaimana pun, bagi penyelidikan ini penguasaan bahasa Inggeris tidak

ditentukan oleh pihak lain, sebaliknya ditentukan oleh pelajar itu sendiri.

Penggunaan bahasa Inggeris Penggunaan bahasa Inggeris merupakan kombinasi penggunaan bahasa tersebut dalam kuliah, sumber bacaan, sumber rujukan dan perbualan harian. Faktor ini berfungsi Tahap

sebagai pembolehubah bebas yang mempengaruhi pembolehubah bersandar.

penggunaan bahasa ini akan dinilai oleh responden sendiri mengikut skala yang diberikan.

COPYRIGHT @ UiTM

Sikap

Sikap adalah kombinasi daripada kepercayaan,

tanggapan,

penilaian dan sifat-sifat

semulajadi yang menyebabkan seseorang pelajar bertindak dengan cara tertentu terhadap kecemerlangan (Gleitman 1986 : 372). Di dalam penyelidikan ini, sikap akan bertindak sebagai pembolehubah bebas yang mempengaruhi pembolehubah bersandar. bagaimana pun, bagi kajian ini sikap hanya dinilai dari aspek tanggapan. Walau

Motivasi Motivasi ialah faktor-faktor yang memberi tenaga dan arah kepada tingkah laku. Seseorang pelajar yang bermotivasi akan terlibat secara lebih aktif dan lebih berkesan berbanding dengan pelajar yang tidak bermotivasi (Atkinson et al. 1983 : 283). dalam penyelidikan ini, Di

motivasi akan bertindak sebagai pembolehubah bebas yang

mempengaruhi pembolehubah bersandar. Bagi tujuan penyelidikan ini, motivasi dinilai dari segi tanggapan sahaja.

1.4

PERNYATAAN MASALAH

Adakah kecemerlangan pelajar ditentukan oleh penguasaan bahasa Inggeris sahaja? Atau pun terdapat faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi kecemerlangan pelajar?

COPYRIGHT @ UiTM

1.5

SKOP KAJIAN

Penyelidikan ini melibatkan para pelajar peringkat Diploma Semester Mei - Oktober 2002 dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pemilihan pelajar adalah mengikut Zon Utara UiTM iaitu kampus Sungai Petani (Kedah), kampus Bukit Mertajam (Pulau

Pinang) dan kampus Arau (Perlis). Data dan maklumat penyelidikan adalah berdasarkan jawapan soalselidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar terlibat.

1.6

REKABENTUK TEORI merujuk kepada

Pembolehubah bersandar dalam kajian ini adalah kecemerlangan,

pencapaian HPGK pelajar di UiTM. Perubahan dalam faktor ini akan cuba dijelaskan oleh empat pembolehubah bebas iaitu penguasaan bahasa Inggeris, penggunaan bahasa Inggeris, sikap dan motivasi pelajar.

COPYRIGHT @ UiTM

RAJAH 1.1 : HUBUNGAN KECEMERLANGAN DENGAN PEMBOLEHUBAH BEBAS

Pembolehubah bebas

Pembolehubah bersandar

Kecemerlangan dipengaruhi dan ditentukan oleh pelbagai faktor atau elemen. Umumnya faktor-faktor dalaman pelajar seperti sikap dan utama terhadap kecemerlangan. motivasi menjadi faktor penyumbang

COPYRIGHT @ UiTM

Namun begitu,

faktor luaran seperti penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium

pembelajaran khususnya di kalangan pelajar UiTM juga menjadi faktor penentu tahap kecemerlangan pelajar.

Dalam konteks ini,

penguasaan bahasa Inggeris yang baik oleh para pelajar akan sebaliknya bahasa Inggeris yang lemah menjadi faktor

menentukan kecemerlangan,

kegagalan pelajar mencapai prestasi yang baik. Oleh itu kajian terhadap pembolehubahpembolehubah yang mempengaruhi kecemerlangan amat relevan bagi menjamin

kecemerlangan di kalangan para pelajar tercapai.

1.7

HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis-hipotesis

Bagi tujuan kajian ini, sebanyak sebelas hipotesis telah dibentuk. tersebut adalah seperti berikut :HIPOTESIS 1 : Ho HA

Tiada perbezaan di antara siswa dan siswi dalam pencapaian HPGK. Wujud perbezaan di antara siswa dan siswi dalam pencapaian HPGK. H10 HI A : }i siswa = (J. siswi (J. siswa > ji siswi

HIPOTESIS 2 : HO Pencapaian HPGK adalah sama tanpa mengambilkira program pengajian pelajar.

COPYRIGHT @ UiTM

HA

Pencapaian HPGK adalah berbeza di antara program-program pengajian pelajar. H20 H2A : : n DIA =n DBS = p DIB = juDPA = jj. DIE p DIA DBS * p DIB * pDPA * p DIE

HIPOTESIS 3 : HO Pencapaian HPGK adalah sama tanpa mengambilkira kampus cawangan UiTM HA Pencapaian HPGK adalah berbeza mengikut kampus cawangan UiTM. H30 H3A : : (j. Kedah=pPerlis= pPulau Pinang p Kedah Perlis * pPulau Pinang

HIPOTESIS 4 : HO Penglibatan pelajar dalam aktiviti berbahasa Inggeris di UiTM adalah sama tanpa mengambilkira bahagian pengajian pelajar. HA Penglibatan pelajar dalam aktiviti berbahasa Inggeris di UiTM adalah berbeza mengikut bahagian pengajian pelajar. H40 H4A : : jj-02 = p 03 = p. 04 = p 05 = p 06 p02 03 * p 04 * p 05 * p 06

COPYRIGHT @ UiTM

HIPOTESIS 5 :

HO

Tiada perbezaan di kalangan pelajar bandar dan luar bandar dalam bacaan buku teks berbahasa Inggeris.

HA

Wujud perbezaan di kalangan pelajar bandar dan luar bandar dalam bacaan buku teks berbahasa Inggeris. H50 H5A jiibandar = p. luar bandar [ibandar > |i luar bandar

HIPOTESIS 6 : HO Tiada perbezaan di antara kategori umur pelajar dalam penglibatan aktiviti berbahasa Inggeris di UiTM. HA Wujud perbezaan di antara kategori umur pelajar dalam penglibatan aktiviti berbahasa Inggeris di UiTM. H60 H6A : p. 17-20tahun = n 2 1 - 2 2 tahun = ji 23 tahun ke atas

n 1 7 - 2 0 tahun > p 2 1 - 2 2 tahun > (a 23 tahun ke atas

COPYRIGHT @ UiTM

HIPOTESIS5:

HO

Tiada perbezaan di antara kategori umur pelajar dalam perbualan berbahasa Inggeris dengan ahli keluarga.

HA

Wujud perbezaan di antara kategori umur pelajar dalam perbualan berbahasa Inggeris dengan ahli keluarga. H70 : p 17 - 20 tahun atas H7A : p 1 7 - 2 0 tahun > atas p 2 1 - 2 2 tahun > p 23 tahun ke = p 2 1 - 2 2 tahun = p 23 tahun ke

HIPOTESIS 8 : H80 Penguasaan bahasa Inggeris tidak dapat menjelaskan secara signifikan sisihan dalam kecemerlangan (HPGK). H8A Penguasaan bahasa Inggeris akan menjelaskan secara signifikan sisihan dalam kecemerlangan (HPGK). H80 H8A : E (Y) = 130 E (Y) = BO = BX1

10

COPYRIGHT @ UiTM

HIPOTESIS 9 :

H90

Penggunaan bahasa Inggeris tidak dapat menjelaskan secara signifikan sisihan dalam kecemerlangan (HPGK).

H9A

Penggunaan bahasa Inggeris akan menjelaskan secara signifikan sisihan dalam kecemerlangan (HPGK). H90 H9A : E (Y) = BO E (Y) = 130 = 6X2

HIPOTESIS 10 : HlOO : Tanggapan terhadap bahasa Inggeris tidak dapat menjelaskan secara signifikan sisihan dalam kecemerlangan (HPGK). HI OA : Tanggapan terhadap bahasa Inggeris akan menjelaskan secara signifikan sisihan dalam kecemerlangan (HPGK). HlOO : H10A : E (Y) = BO E (Y) = BO = BX3

HIPOTESIS 11 : HI 10 : Penguasaan bahasa Inggeris, Penggunaan bahasa Inggeris dan Tanggapan tidak dapat menjelaskan secara signifikan sisihan dalam kecemerlangan (HPGK)

11

COPYRIGHT @ UiTM

Anda mungkin juga menyukai